Saturday, 31 December 2011

JANGAN PERGIIIII im still need you :(



Hari ni last day bagi tahun 2011, sekejap je rase setahun. Setahun datang setahun dah pergi. Aku duk macam tu jugak,haha! macam ape?? macam tu lah sperti tahun-tahun yang sebelumnya. Umur makin meningkat. Tak lama lagi habis belajar pastu kerja pastu kahwin. oppss! kahwin amboi jauhnye berfikir haha, normal lah tu kan. Semua orang nak kahwin tak kan tak kahwin kot,tak tau la pulak kalau ada orang yang memang tak nak kahwin. Bukan sebab tak cukup duit ke ape tapi tak nak kahwin sebab saje tak nak kahwin,huhu ape aku mengarut ni.


termelalut bab kahwin pulak muehehehe!


Hurmmm 2012 cantik jugak angka tu,maknanya tahun depan umur aku dah masuk 19 tahun, tahun depan??? esok la tu! ohhh tidakk! esok aku dah masuk 19 tahun.. fikiran tak matang-matang jugak haha! tak matang ke? bestnya kalau aku masih budak-budak. tak banyak tanggungjawab. Yang paling senang tak payah nak fikir banyak. Assigment pun tak payah nak buat. Wahh suke-suke. Boleh tak kalau nak patah balik ke masa lalu. 
boleh blah haha!



Tetiba rasa rajin sikit hari ni,maka aku pun berfikir sesuatu yang boleh aku buat humm aku nak buat ape ye? so hari ni  pun aku buat sesuatu. 






Hari ni aku buat ape??  



Yeay aku masak!  ~ ~"




kalau rajin aku buat!   J



nampaknya aku rajin (@__________#)
hah puji diri!!!
nak kasi semangat je tak pe kan ^_^







aku pun laju-laju search internet  8   cari benda nak masak, tak perlu yang susah,simple pun tak pe janji senang nak buat. sebenarnya aku bukan rajin sangat tu pasal aku cari yang senang je weee~~~~






Benda senang ni pun aku ambik masa 3 ke 4 jam nak masak,tapi hasilnya what lah!! yummy.
ni lah hasil kerja aku satu hari ni kentang putar sama coslow, ok tak? ada masa pulak duk buat macam-macam assigment aku tak siap jugak. yaww!!
takpa janji dapat makan.   J  J   J   




kentag putar sama coslow  "PENUTUP 2011"





Nanti nak buat lagii.. rasa dia boleh tahan jugak sedapnya. adik aku cakap! aku?? ofcos la aku kata sedap kan haha, puji sikit tak pa kan, bukan ape  Semangat tu penting kalau tak puji tak da semangat kalau tak semangat tak da la kentang putar sama coslow ni nanti. hehe J  

kentag putar sama coslow  "PENUTUP 2011"J   




J
   


Kalau nak try boleh lah search resepinya kat internet. kalau korang search senang je boleh dapat resepi ni ada macam-macam version pulak tu, kalau aku aku buat yang macam ni je,


Ha ni resepi nye ^_^


coslow
parut/atau potong kecil-kecil kobis dengan carrot
kemudian masuk la mayonis sikit. kalau nak lebih sedap boleh tambah gula dengan perah limau sikit, kompem terangkat rasanya nanti! tak caya buat la. hehe. ohh jangan lupa letak garam sikit.



kentang putar pulak
rebus kentang. ikut korang la nak buat banyak mana. kalau aku buat tadi aku rebus 6biji je tu pun dah berlambak.haha puas makan J 
resbus sampai empuk ye.
then bila dah masak lenyek la kentang tu pastu taruk sikit susu segar, aku main taruk je tadi tapi jangan la pulak suke main taruk-taruk sampai lembik pulak kentang tu. kompem tak jadi.hehe 
lepastu letak la garam dengan mentega sikit, gaul sebati lepastu ketepikan.


sos dia pulak(sos kentang putar)
1 kiub pati ayam
bawang besar
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap pekat
mentega
3 sudu tepung gandum


mula-mula masak dulu kiub tu dengan bawang besar yang dihiris kecik-kecik,masak dengan 3 gelas air lebih kurang then bila dah masak bolehlah tapis dulu air stok tu letak tepi.
periuk yang kedua pulak masukkan mentega biar cair pastu masuk tepung sikit-sikit sampai habis. sambil  kacau. jangan biar macam tu je kang hangit tepung tu,kacau jangan kasi dia bergumpal dan melekat. kemudian masukkan air stok tadi sikit-sikit, masukkan sos tiram,kicak pekat dengan sos tomato. kacau sampai sebati.  kalau kau nak kasi kuah dia pekat kacau la lama sikit kalau nak kuah dia cair je,then dah boleh tutup api la. Aku buat pekat sebab aku suka kuah dia pekat-pekat. baru sedap! korang boleh la buat ikut rasa kesedapan korang sendiri. ye dak?



aku rinduu 2011.sedih dia dah nak pergi.®











SELAMAT TINGGAL 
2011





J






SELAMAT DATANG
2012
























Wednesday, 28 December 2011

MANIS-MANIS pun boleh




Hari ni tetiba rasa macam teringin nak makan manis-manis tapi sekarang pagi lagi tak kan nak melantak makanan manis sekarang cari sakit perut lah. sarapan pun belum. Rasanya petang karang nak pergi beli cendul pulut sama ais kacang kat kedai yang famous tu. haha dah lama tak makan cendol sama ais kacang hari ni mengidam pulak, tapi cendol kat kedai yang famous tu manisnya huu...memang terangkat,manis betul tu yang buat aku suka tu. Aku memang dari dulu suka makan manis-manis terutama yang manis berlemak tapi aku tak makan banyak sangat la sebab makan manis-manis ni boleh dapat kencing manis,tak gitu. mak pulak kalau tengok aku melantak makanan manis banyak-banyak contohnya la kan kalau aku buat air aku suka buat manis-manis lepas tu jamu pulak kat mak,ha apa lagi dileter nya aku. Tapi petang ni aku memang nak pergi beli jugak,sekali-sekala tak pa la jangan hari-hari ja tak boleh. kat atas tu manis-manis pun boleh apa ni.
nak pi ratah milo campur air sikit,nyumm..nyummm..




tabiat aku dari dulu memang tak ubah. aku suka ratah milo compoq gan ayaq sikit.perhhhh terbaik!
nikmat sungguh,sumpah tak tipu.. pi la try buat.






Haha





huhu..yummy









kalu nak buat tambah creamer sikit lagi terangkat habis. kalau oran yang tak suka makan manis. memang dia takkkan makan benda-benda macam gini.





















Tuesday, 15 November 2011

"LOCK LUCK"


Assalamualaikumm...


Aku rasa kat dunia ni tak da sorang pun yang tak nak diri dia berjaya dalam setiap perkara yang dia lakukan, even perompak sekali pun mesti nak merompak dengan successnya kalau tak sia-sia jelah dia pergi merompak kedai emas kalau tak dapat nak curi satu rantai mas pun kan. bukanlah bermaksud aku menggalakkan aktiviti merompak haha. semua orang nak diri dia berjaya kn? tapi persoalannya macam mana?nak buat apa?apa tindakan yang paling berkesan?kuncinya adalah.......



 <diri sendiri+usaha+doa+keyakinan=SUCCESS>

tapi semua tu saya dah buat dah lakukan dah laksanakan tapi still tak membuahkan hasil still jugak tak dapat apa yang saya nak. Ini tak adil! ok cuba kau pikir balik? kau kene engat yang  Allah itu ada dan Allah itu pasti ada. ok tu bermaksud setiap apa yang kau lakukan keikhlasan kau doa kau usaha kau pasti Allah nampak, pasti Allah dengar. Tapi kenapa masih tidak berjaya. kenapa? jawapannya senang je.... (Tuhan dah tentukan yang lebih baik bagi kau mugkin Dia tak bagi apa yang kau nak hari ni kerana Dia dah tentukan untuk kau yang lebih baik dari apa yang kau inginkan untuk esok) 

ok berhenti!
Tujuan sebenar aku metulis entri ni  bukan nak cerita pasal resepi kejayaan ke tips mencapai kejayaan ke ape? tapi aku nak cerita pasal benda yang tajuk entri ni lah, Lock Luck kalau orang kedah baca ni mesti dia akan cakap <ee apalah peah ni cakap lagu tu tak malu sungguh la dia ni> haa... sebabnya kalau dalam bahasa kedah loklaq merujuk kepada perkataan yang tak berapa elok lah,haish nak terang pun tak reti la, rasa korang semua penah dengar kot perkataan ni kat cerita di tb yang drama dia cakap loqhat kedah msti ada cakap perkataan ni kan2,haa... yang tu la .. kalau hampa tak tau maksud dia pun takpa sebab aku bukan nak cerita pasai tu pun.


Dulu masa sekolah rendah adalah kawan aku sorang ni dia suka sangat korek hidung.. haha pastu aku pun kata lah kat dia<hang ni awat loklaq sangat> dia pun balas <takpa lah lock luck tu kunci kejayaan> aku pun terus terkeluar perkataan ni <pala hotak hang> perkataan aku termati disitu... aku terdiam seketika memikirkan kata-kata dia yang agak kurang hajar tu. Tengok ja reaksi aku bertukar secara tiba-tiba. dia pun dengan lajunya terus gelak kat aku lebih kurang macam ni <hhahahaha> lantas dia pun cakap kat aku< awat hang diam??hang ingat apa??hang mesti pikiaq kot len kan? hahahahah> sekali lagi aku kena gelak dengan dia. <dalam hati aku nak saja bagi penampaq laju-laju kat muka dia> aku diam jelah ditambah perasaan nak tahu jugak pasai apa dia gelak2<haa...awat hang gelak? lock luck tu apa maksud hang? kunci kejayaan bagai..apa la hang ni, ckap pelik2> aku terus sound direct kat dia.. La salah apanya aku cakap macam tu dah betoi apa lock luck tu kunci kejayaan. hang tu yang tak tau. <aku still lagi tak boleh nak tangkap kata2 dia>maklum la otak aku ni lambat sikit. Dah aku tak tahu jugak apa yang dia cakap aku pun buat tak tahu jelah lagi pun malas nak pikir2 sebab bukannya penting pun lagi pun malas nak gaduh. lepas dia tengok muka aku yang dah give up  tahap  ingin tahu tu masih ada. dia pun cakap lah kat aku macam ni <laaaaaa......(6harakat) reti bahasa orang putih ka dak?? ayat mengutuk habis <aku lantas bidas balik> macam hang reti sangat....time tu lah jugak otak aku tiba-tiba berfungsi dan memproses perkataan Lock Luck yang berbahasa orang putih tu dan menukarkan maknanya ke bahasa Melayu> semuanya berlaku begitu pantas sehingga aku sendiri tak dapat nak pasti berapa saat ia mengambil masa untuk proses<sehinggalah terlintasnya Lock Luck = kunci kejayaan.Tiba-tiba mulut aku pun bersuara.. laaa(3harakat) yang tu ka! terasa bodoh dan diperbodohkan  haha Sekiann.............................




Wednesday, 12 October 2011

"KAWAN" aku merinduimu



Assalamualaikum.....







Hari ni sudah genap hampir 6 bulan aku tak jumpa kawan aku. Dialah kawan baik aku,kawan karib aku,kawan yang sentiasa bersama ketika aku susah dan senang,kawan yang aku kenal sejak aku kecil lagi,kawan yang selalu buat aku tersenyum,kawan sepermainan aku, kawan yang selalu aku rujuk dan kongsikan masalah,duka yang menimpa bahkan segala yang aku lalui dalam hidup aku pasti akan aku ceritakan kepadanya. Begitulah juga dia dengan aku. Kami dah macam adik-beradik selalu berkepit  kesana kemari. Kami sentiasa bersama. Buktinya kalau disitu ada dia mesti ada aku. Kalau di situ ada aku pasti ada dia. Terumanya semasa kat sekolah. Sampai orang dah cakap "eh!! mana kembar kau? korang bergaduh ke??selalu aku tengok kau dengan dia je kat mana-mana,dah semacam je aku tengok korang ni pergi mana-mana pun asyik bersama je, tak bosan ke??Hahahah". Itu salah satu petikan atau dialog yang sering ditujukan kepada aku dan kawan aku, bukan apa itu namanya "kata-kata" orang jelous! ceh aku gurau je.




kalau sebelum ni aku dengan dia dah macam isi dengamn kuku, cahaya dengan lampu dan segala macam lagi lah hahaha. Tapi sekarang semua itu dah tinggal kenangan. Masing-masing dah pergi membawa haluan masing-masing. Aku sambung belajar. Kawan aku pulak aku dengar dia dah pergi bekerja kat johor, mak dia pulak kata dia pergi kerja di perak, kawan-kawan aku yang lain pulak cakap dia ada di sungai petani je. dia bekerja di situ..hurmmm rungsing aku yang mana satu yang betulnya??dan apa yang berlaku sehingga semua orang dah macam xbetul je bagi jawapan bila aku tanya mana dia pergi?dia ada di mana sekarang?kenapa nak berahsia dengan aku sampai macam tu sekali, bukan setakat berahsia ja, dah sampai berdolak-dalik je bila aku tanya pasal kawan aku tu. Kenapa nak berahsia sangat?aku pun tak paham. sedangkan salah ka kalau aku nak tau mana dia pegi?apa dia buat sekarang?diakan kawan aku. hurmmm....dunia-dunia kadang aku pun tak paham.



Petang tu kat kolej aku sedang berehat-rehat kejap  sebelum nak bersiap-siap pergi ke library, sebab petang tu classmate aku ajak teman dia pergi library hantar buku. dia cakap hari ni last date kena submit buku tu balik kat library. kalaw tak kene denda lah kalau hantar lewat. jadi dia paksa juga aku teman dia pergi hantar buku tu kat library,dah la aku penat sangat hari tu sebab pagi tadi aku dah bergegas kehulu-kehilir sebab nak kena submit assigment hari tu jugak. dah la isinya ada lagi sikit aku tak siap. sepatutnya assigment tu kena submit minggu depan tapi pensyarah aku terpaksa percepatkan tarikhnya sebab dia cakap 'semua kelas lain dah hantar cuma kelas kita je belum lagi. saya terpaksa juga minta hari ni sebab saya dah nak kena bagi markah untuk assigment awak semua sebab pihak universiti dah nak markahnya'. jadi mahu tak mahu aku terpaksalah bekejar-kejar siapkan assigment tu jugak. kalau nak hantar pun boleh jugak tapi nanti markahnya pun sikit la. he..aku tak sanggup. jadi aku dan classmate aku yang lain berusahalah siapkannya jugak.oh pasal classmate aku yang ajak teman dia pergi library tu aku terpaksalah jugak temankan dia sebab kesian pulak tengok dia.dah menggelabah muka takot kena denda. ha! tu la tangguhkan lagi, tu lah jadinya.




sebenarnya aku pun dua kali lima je dengan dia. masing-masing buat kerja last minit..hehe. berbalik kepada petang aku kat kolej tu. selepas je selesai segala urusan yang agak kelam-kabut sepanjang hari tu.aku pun balik la ke kolej berehat-rehat kejap kat atas katil sambil baring-baring,huh rasa bahagia yang tak terhingga sebab akhirnya dapat jugak aku berehat setelah lalui saat yang memenatkan sebentar tadi,tu baru sikit, aku mula terfikir, banyangkan banyak lagi yang perlu aku lalui dan masih banyak  cabaran yang menungu aku, yang aku sendiri pun tak tahu, itu semua adalah perancangannya dan sebagai hambanya wajiblah berusaha untuk memamajukan hidup, agar tidak lari daripa landasan tujuan hidup kita yang telah di tentukan oleh maha pencipta iaitu dia Allah s.w.t. Sebenarnya barulah aku paham bahawa setiap perkara yang kita pernah lalui itu lah yang mematangkan kita. sambil aku duk berangan-rangan atas katil tu..tuppp aku dah berada dia alam lain,hehe aku dah tidurlah tu maksudnya.