Tuesday, 15 November 2011

"LOCK LUCK"


Assalamualaikumm...


Aku rasa kat dunia ni tak da sorang pun yang tak nak diri dia berjaya dalam setiap perkara yang dia lakukan, even perompak sekali pun mesti nak merompak dengan successnya kalau tak sia-sia jelah dia pergi merompak kedai emas kalau tak dapat nak curi satu rantai mas pun kan. bukanlah bermaksud aku menggalakkan aktiviti merompak haha. semua orang nak diri dia berjaya kn? tapi persoalannya macam mana?nak buat apa?apa tindakan yang paling berkesan?kuncinya adalah.......



 <diri sendiri+usaha+doa+keyakinan=SUCCESS>

tapi semua tu saya dah buat dah lakukan dah laksanakan tapi still tak membuahkan hasil still jugak tak dapat apa yang saya nak. Ini tak adil! ok cuba kau pikir balik? kau kene engat yang  Allah itu ada dan Allah itu pasti ada. ok tu bermaksud setiap apa yang kau lakukan keikhlasan kau doa kau usaha kau pasti Allah nampak, pasti Allah dengar. Tapi kenapa masih tidak berjaya. kenapa? jawapannya senang je.... (Tuhan dah tentukan yang lebih baik bagi kau mugkin Dia tak bagi apa yang kau nak hari ni kerana Dia dah tentukan untuk kau yang lebih baik dari apa yang kau inginkan untuk esok) 

ok berhenti!
Tujuan sebenar aku metulis entri ni  bukan nak cerita pasal resepi kejayaan ke tips mencapai kejayaan ke ape? tapi aku nak cerita pasal benda yang tajuk entri ni lah, Lock Luck kalau orang kedah baca ni mesti dia akan cakap <ee apalah peah ni cakap lagu tu tak malu sungguh la dia ni> haa... sebabnya kalau dalam bahasa kedah loklaq merujuk kepada perkataan yang tak berapa elok lah,haish nak terang pun tak reti la, rasa korang semua penah dengar kot perkataan ni kat cerita di tb yang drama dia cakap loqhat kedah msti ada cakap perkataan ni kan2,haa... yang tu la .. kalau hampa tak tau maksud dia pun takpa sebab aku bukan nak cerita pasai tu pun.


Dulu masa sekolah rendah adalah kawan aku sorang ni dia suka sangat korek hidung.. haha pastu aku pun kata lah kat dia<hang ni awat loklaq sangat> dia pun balas <takpa lah lock luck tu kunci kejayaan> aku pun terus terkeluar perkataan ni <pala hotak hang> perkataan aku termati disitu... aku terdiam seketika memikirkan kata-kata dia yang agak kurang hajar tu. Tengok ja reaksi aku bertukar secara tiba-tiba. dia pun dengan lajunya terus gelak kat aku lebih kurang macam ni <hhahahaha> lantas dia pun cakap kat aku< awat hang diam??hang ingat apa??hang mesti pikiaq kot len kan? hahahahah> sekali lagi aku kena gelak dengan dia. <dalam hati aku nak saja bagi penampaq laju-laju kat muka dia> aku diam jelah ditambah perasaan nak tahu jugak pasai apa dia gelak2<haa...awat hang gelak? lock luck tu apa maksud hang? kunci kejayaan bagai..apa la hang ni, ckap pelik2> aku terus sound direct kat dia.. La salah apanya aku cakap macam tu dah betoi apa lock luck tu kunci kejayaan. hang tu yang tak tau. <aku still lagi tak boleh nak tangkap kata2 dia>maklum la otak aku ni lambat sikit. Dah aku tak tahu jugak apa yang dia cakap aku pun buat tak tahu jelah lagi pun malas nak pikir2 sebab bukannya penting pun lagi pun malas nak gaduh. lepas dia tengok muka aku yang dah give up  tahap  ingin tahu tu masih ada. dia pun cakap lah kat aku macam ni <laaaaaa......(6harakat) reti bahasa orang putih ka dak?? ayat mengutuk habis <aku lantas bidas balik> macam hang reti sangat....time tu lah jugak otak aku tiba-tiba berfungsi dan memproses perkataan Lock Luck yang berbahasa orang putih tu dan menukarkan maknanya ke bahasa Melayu> semuanya berlaku begitu pantas sehingga aku sendiri tak dapat nak pasti berapa saat ia mengambil masa untuk proses<sehinggalah terlintasnya Lock Luck = kunci kejayaan.Tiba-tiba mulut aku pun bersuara.. laaa(3harakat) yang tu ka! terasa bodoh dan diperbodohkan  haha Sekiann.............................




2 comments:

Witwithoney said...

Tulisan yang best dibaca...
good luck my friend......

Atirah said...

terima kasih Witwithoney :)