Sunday, 27 May 2012

TRIP TO MELAKA


Assalamualaikum...

Korang pernah melawat rumah tradisional Melaka tak? Best woo. Hari tu pergi ke Melaka.Kena buat research pasal rumah tradisional. Group aku dapat rumah ni lah, hehe cantikkan. Rumah ni dah berusia lebih dari 100 tahun. Ukiran pada rumah ni taksah cakap lah memang cantik dan unik. Pemilik  rumah ni adalah generasi ketiga, kiranya rumah ni telah dibina oleh datuk beliau.  Pemilik rumah ni sekarang adalah En.Yacob bin Buang, Terima kasih tuan rumah, memang peramah : ) Kagumlah dengan rumah ni.





Rumah ni memang sejuk, tak payah pasang kipas pun tak pe.
tengok aje lubang udara/ukiran yang banyak terdapat di dinding rumah ni.







Tangga ni pulak diperbuat daripada batu Ampau. apekah?hehe.
rumah tradisional di setiap negeri di bezakan melalui element tangganya yg tersendiri.
tengok tangga pun dah kagum. memang cantik.





Part paling menarik adalah pintu rumah ni, bulatan yang tengah tu diperbuat
daripada kaca, pemilik rumah tu cakap ada sejarah yang
tersendiri, beliau pun tak tahu kenapa di bina macam tu.




Ni loteng, loteng ni untuk kegunaan anak dara dan tempat menyimpan harta, 
kalau tak silap pemilik tu cakap loteng ni tempat tidur anak dara, kiranya macam bilik dia lah. Unik kan. Tapi sekarang anak dara tido kat bilik dalam rumah je, ni zaman dulu-dulu,hehe. loteng ni juga tujuan dia untuk pengudaraan.




4 comments:

POSH76 said...

santek umah melaka

Atyrah said...

kan.. :D

Yana Libra said...

hehe..dekat je dengan rumah saya~~ :p

Atyrah said...

bestnye yana :)