Sunday, 22 July 2012

Melantak ke Makan??



   
Assalamualaikum...


Alhamdullillah.. Hari kedua puasa masih dapat berbuka kat rumah bersama family lagi even adik nombor 3 dah kena balik asrama petang tadi, seronok dapat makan masakan mak. Lepas bebuka nanti, aku pulak yang harus berangkat pergi. Tadi sempat jugak buat kek walaupn nampak macam tak jadi tapi adik cakap sedap. Opss dia memang tak puasa pun,hehe. Dia tidak dibenarkan berpuasa lagi sebab gastrik dia belum pulih sepenuhnya. Dia berada di darjah 3 sekarang. Hyper sungguh adikku yang tu.. Baiklah tadi sempat tolong mak kat dapur walaupun tak da apa yang nak ditolongkan sangat sebab mak cuma masak simple-simple je hari ni. Mak dah beli lauk di bazar ramadhan tadi. Nampaknya berbuka nanti dapat lah makan sup gear box.hehe (beli kat bazar tadi,special punya)..


Gambar Hiasan..


Dah lama tak makan ni, tulah untungnya bulan puasa 'semua makanan keluaq mai'( bak kata orang kedah) haha. Tapi tak boleh melantak makan banyak sangat, makan pun berpada-pada ja. Pernah dengar tak orang mati lepas berbuka puasa?? sebab terlalu banyak makan sampai tak boleh bernafas... Astagfirullahhalazim.. mintak dijauhkan. Sebenarnya apa yang aku duk merepek ni kan?? ntah la... apa2 pun selamat berbuka puasa :)




Saturday, 21 July 2012

Hari Pertama Sahur


Assalamualaikum...

Malam pertama sahur sangat menyeronokkan, semua orang bangun makan sama-sama. Dan yang paling best dapat bersahur kat rumah macam ni. Lepas sahur mesti kena minum air kosong banyak-banyak. Selalu kalau makan sahur mak akan masak daging goreng, rasa macam menu wajib kut, suka sangat bila dapat makan masakan mak. Lepas ni mesti dah tak boleh macam ni lagi. Makan dekat hostel dengan kawan-kawan jela nampaknya no more family lagi. Tapi seronok juga sahur dengan kawan-kawan pun :)






lepas sahur tak elok tidur balik sebab baru sudah makan kan. Selalu kalau lepas sahur masa sekolah dulu selalu tidur balik sebab kononnya takut ngantuk pulak masa dalam kelas nanti, padahal dapat tidur setengah jam je sebelum bangun pulak time subuh dan terus mandi pegi sekolah. Kesannya lagi lah rasa mengantuk buat macam tu sebab dapat tidur kejap je. Sekarang tunggu je sampai subuh terus. Kadang-kadang tu tido balik lepas subuh. Mesti ramai yang pernah buat macam ni kan?? kan?? hehe....


Friday, 20 July 2012

Jangan Lupa Niat ye..

      Assalamualaikum...



Hai semua apa khabar? Alhamdulillah esok dah nak puasa, pagi ni first sahur, waaahh tak sabanye. emm seperti biasalah mesti kena niat puasa kan, korang2 jangan lupa niat pulak kang puasa tak berniat pulak, dah terbatal. Selalu masa saya kecik-kecik dulu mak selalu ajar saya untuk berniat di malam pertama bulan puasa. Niatkan selama sebulan jadi lepas ni kalau terlupa untuk niat hari-hari tak payah risau lagi sebab kita dah niat berpuasa selama sebulan di awal puasa kan. Selamat menjalani ibadah puasa.


Niat Puasa Sebulan dan Esok Hari


Sunday, 15 July 2012

Alamak Hidung Saya Merah



                                         Assalamualaikum..


Hai korang.. sihat dak?? sekarang ni dah macam orang sakit je rasa, asyik berhingus tapi tak makan ubat la pulak. tak sangka datang bilik kawan tadi. tak sangka dia bawak kotak first&aid,
mai aii banyak gila ubat dia bawak, dah macam kerja doktor pulak aku tengok minah sorang ni. Tengok dia bawak keluar ubat hingus(selsema) so aku makan lah satu.







Buat kedua kalinya aku rasa macam budak hingusan sekarang ni. Opss... lupa nak cakap kalau selsema pastu korang tak da ubat nak makan so korang bolehlah lawat bilik kawan korang, mana tahu untung-untung dia ada bawak ubat, korang boleh jugak mintak sikit  kan haha... sebenarnya aku malas nak pegi kelinik thats why aku biar je sakit-sakit berlarutan, malas punya pasal. Bukan apa kalau pergi kelinik mak aii punya lah lama nak tunggu giliran nak dirawat tuh. Kalau amik ubat kat kelinik dalam ni free jer, saja mention nanti korang fikir aku kedekut pulak thats why ubat-ubatan  aku ambik kat kawan jer, bukan kat doktor. Sakit selsema jer tak pe kot. Esok nak pegi Teluk Batik lah huhu. Mandi laut, hmmm dah lama tak mandi laut ni, awkward excited kejap,kekeke. Apa yang aku melalut kan ni... nanti korang menci pulak, weee... bye2.