Saturday, 21 July 2012

Hari Pertama Sahur


Assalamualaikum...

Malam pertama sahur sangat menyeronokkan, semua orang bangun makan sama-sama. Dan yang paling best dapat bersahur kat rumah macam ni. Lepas sahur mesti kena minum air kosong banyak-banyak. Selalu kalau makan sahur mak akan masak daging goreng, rasa macam menu wajib kut, suka sangat bila dapat makan masakan mak. Lepas ni mesti dah tak boleh macam ni lagi. Makan dekat hostel dengan kawan-kawan jela nampaknya no more family lagi. Tapi seronok juga sahur dengan kawan-kawan pun :)






lepas sahur tak elok tidur balik sebab baru sudah makan kan. Selalu kalau lepas sahur masa sekolah dulu selalu tidur balik sebab kononnya takut ngantuk pulak masa dalam kelas nanti, padahal dapat tidur setengah jam je sebelum bangun pulak time subuh dan terus mandi pegi sekolah. Kesannya lagi lah rasa mengantuk buat macam tu sebab dapat tidur kejap je. Sekarang tunggu je sampai subuh terus. Kadang-kadang tu tido balik lepas subuh. Mesti ramai yang pernah buat macam ni kan?? kan?? hehe....


No comments: