Sunday, 22 July 2012

Melantak ke Makan??



   
Assalamualaikum...


Alhamdullillah.. Hari kedua puasa masih dapat berbuka kat rumah bersama family lagi even adik nombor 3 dah kena balik asrama petang tadi, seronok dapat makan masakan mak. Lepas bebuka nanti, aku pulak yang harus berangkat pergi. Tadi sempat jugak buat kek walaupn nampak macam tak jadi tapi adik cakap sedap. Opss dia memang tak puasa pun,hehe. Dia tidak dibenarkan berpuasa lagi sebab gastrik dia belum pulih sepenuhnya. Dia berada di darjah 3 sekarang. Hyper sungguh adikku yang tu.. Baiklah tadi sempat tolong mak kat dapur walaupun tak da apa yang nak ditolongkan sangat sebab mak cuma masak simple-simple je hari ni. Mak dah beli lauk di bazar ramadhan tadi. Nampaknya berbuka nanti dapat lah makan sup gear box.hehe (beli kat bazar tadi,special punya)..


Gambar Hiasan..


Dah lama tak makan ni, tulah untungnya bulan puasa 'semua makanan keluaq mai'( bak kata orang kedah) haha. Tapi tak boleh melantak makan banyak sangat, makan pun berpada-pada ja. Pernah dengar tak orang mati lepas berbuka puasa?? sebab terlalu banyak makan sampai tak boleh bernafas... Astagfirullahhalazim.. mintak dijauhkan. Sebenarnya apa yang aku duk merepek ni kan?? ntah la... apa2 pun selamat berbuka puasa :)




5 comments:

Puteri Kasih said...

selamat berpuasa yer :)

Phat said...

makan jgn byk sangat nanti nk solat sangkut kat perut hehe

Atyrah said...

Tima kasih, selamat bpuasa juga @Puteri Kasih... :)

Hehe.. yelah @Phat... :)

dyabunga said...

slmt berpuasa ye.hihih

Atyrah said...

Tima kasih @dyabunga.. slmat pbuasa jgk,hehe :)