Monday, 6 August 2012

"PAGI YANG MENGASYIKKAN"


    Assalamualaikum...


Hai. Apa khabar? sihat tak? tak sihat eh? alolo kesian-kesian.. Apa?? sihat?? kalau sihat bagus lah,hehe. selamat berpuasa yee, Baiklah cerita sedih nak di story mory nih, erkk sedih ke?? tadi pagi tira siap-siap awal sikit, sebab nak pergi site cari bangunan kat sidec( nama pekan kat sini) so tira bangun agak awal hari ni, alamak kantoi hehe..

Sebelum ni kalau dah hari cuti macam ni, jangan harap lah nak bangun awal-awal, lagi tak tengahari lagi tu duk membuta,kekeke.. Hadoii malas sungguh anak dara ni, kalau jejaka2 gentlement kat luar tahu ni, adartu lah aku, apa yang aku merepek nii! 

Bukan apa semalam tira tak boleh tidur, lepas subuh baru boleh lelap, sadis... Banyak fikir that's why tak boleh tidur, fikir masa depan,huhu. Oklah tadi lepas je siap-siap dalam keadaan yang tergesa-gesa ni sebab kan ingat dah terlambat, janji dengan kawan awal, tapi bangunnya lagi 15 minit sebelum time yang di janjikan tu. Apa lagi bersiap pun macam nak pergi perang lah... Gurls kalau nak keluar.. Lagi tak iron tudung tak iron baju tak sah lah, even T'shirt dengan seluar jeans pun nak di iron,hewhew... 

Tapi tadi main rembat pakai je, tak sempat nak iron2 lagi dah.. Tak sangka dapat keluar 3 minit awal dari time yang di janjikan. Bekobar-kobarlah pergi tunggu kat tempat yang dijanjijkan, hampehh..... Sorang pun tak ada lagi, rupa-rupanya tira dan witwit yang paling awal.

Bab yang paling awal tu tak pe lagi.  Yang menambahkan lagi kemarahan bila call je kawan, dia cakap dia baru bangun so cakap tunggu kejap, masa dengar je dia cakap macam tu rasa nak cekik2 je dia sampai lemas...  Sabar Nur Atira kita di bulan puasa ni sayang...Yang jadi mangsanya tira dengan kawan tira lah.. kitorang datang paling awal sama-sama sbb kitorang satu bilik and sama group, dia yang kejutkan tira bangun, tima kasih awak, sayang awak witwit, hehe. ok suda..


not at all..

Setelah hampir 15 minit menuggu datang lah sorang dengan wajah kemut kemit.. seperti muka mintak penampar jer! Muka nak cakap sorry sebab lambat sikit. setelah 10 minit pulak datang lagi sorang.. nak tunggu semua orang datang ambik masa 1 jam lebih lah jugak.. Lepas tu kitorang pun berjalan lah keluar sidec, time tu cuaca agak panas walaupun pagi, dugaan bulan puasa.. Jarak perjalanan pun boleh tahan jugak lah jauhnya.. Maybe sebab jalan kaki kot, kalau naik kereta 10 minit je dah sampai..Tak da lah jauh sangat kan =,="

Lepas je sampai kitorang pergi office pemaju untuk mintak kebenaran nak masuk tapak pembinaan diorang yang tengah sibuk dengan pembinaan banguna shopping complex tu.. Lepas ni kopak lah duit aku. After dah tanya-tanya mintak kebenaran semua. Staff tu cakap adik tak boleh masuk dengan hanya berseliper macam ni, kena pakai kasut bertutup baru kami benarkan kalian masuk ke site, ahhh sudah.. Yang jadi masalahnya sekarang semua girls dah pakai kasut bertutup, cuma guys je yang tak da sorang pun yang pakai kasut bertutup, semua berselipar ala2 tak tahu pape.. Last2 kitorang balik macam tu je... Sampai je bilik terus aku Qado tidur, hewhew.. sakit hati punya pasal.

1 comment:

outbound malang outbounddimalang.com said...

nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,