Saturday 25 August 2012

TIPS,TRICK,DAPATKAN MAINAN PERCUMA:)

            
    Assalamualaikum...

Tadi masa tengah lepak-lepak depan tb, tiba-tiba terfikir nak makan burger tanpa membuang masa saya pun ajak lah ayah pergi kfc nak makan burger, sampai je dekat kfc di first place tuu.. mak aii ramai gila.. ayah cakap hang nak beratur ka?? jom lah pi makan dekat tempat lain.. saya pun emm jom lah, tapi adik pulak cakap tak mauu larhh... aku nak makan sini ja.. kan tadi aku dah habaq aku tak mau makan jauh-jauh, kalau cakap sini, sini jalah(adik darjah tiga, anak bungsu dalam keluarga, musuh ketat aku kerana selalu berselisih paham).. lepas tu kami keluar kejap, after dah bincang2 sebab masing-masing malas nak pergi beratur, then ayah kata jom lah kita makan kfc dekat R&R jalah, situ confirm tak ramai sangat nanti.. so kami pun pergi lah R&R. sampai2 ja hujan lah pulak, kebetulan payung pun ada satu ja.. Aku bab2 redah hujan ni memang perkara biasa dah, sebab kalau hujan masa kat tempat belajar, bukan aku guna payung pun, main redah ja.. renyah nak payung2. kira dah berpengalaman lah buat kerja2 ni,hehe. apa lagi lari laju-laju lah... orang first sampai okay, wah bangga kejap >.< 

Lepas dah oderr semua and makanan pun dah ambik, tunggu nak bawak ke meja dan makan je.. dah duduk-duduk tu tiba-tiba terdengar suara budak kecik menangis.. first2 tu tak pe lagi.. biar lah kan, budak2 nangis biasa lah tu, kalu bapak budak nangis lain lah kan. Malas nak layan. Tapi 10 minit aku duk makan pun budak tu tak berhenti-henti menangis lagi, kerongkong aku dan2 rasa nak termuntah, telinga apatah lagi.. ngiluuu, bingit yak amatt.. grrr nak makan pun tak selera lah. mana taknya budak tu tadi depan  meja aku jah.. adoii sakit2.

Tak kesah sangatlah kan sebab dia tu budak2 manalah dia tau apa2.. yang menyakitkan hatinya adalah MAK budak tu (seharusnya bertimbang rasa kepada pengunjung2 lain, atleast pujuk anak tu).. aku macam nak p lempang je mak dia laju-laju.. anak nangis dia buat tak tau ja,bukannya nak pujuk, ni langsung tak pujuk. Makan tanpa rasa bersalah pulak tu, Sedangkan orang ramai kot dalam kedai tu.. arhhh geramnya. Anak dia nangis 30 minit lamanya aku rasa, kesian budak tu... Suara anak dia nangis tu annoying kuat gila. bayangkanlah satu frencais tu bunyi suara budak tu je duk menangis.. semua orang makan dalam keadaan tidak tenang time tu, aku dapat nampak dari pancaran wajah setiap orang dalam kedai tu... budak tu nagis lama gila kot, sampai kan zinger buger sama cheezy wedges satu plate, and air dua gelas dapat aku habiskan time tu, perhh tadi cakap nak termuntah bagai, tapi apa.. haha. mungkin tekanan suara budak tu menyebabkan selera makan aku tiba2 meninggkat dan kepantasan makan pun jadi laju. =,="
Renungkan gambar di bawah!!

<Google image>

Pastukan pekerja2 kat situ pun datang lah.. mungkin dah than bunyi bising agaknya.. lepas tu diorang pun tanyak dekat budak tu, adik nak apa?? budak tu pun jawablah.. (bla..bla..bla..) aku pun, apa dia mak?? dia cakap nak apa?? spiecy??? mainan! ohh... mainan, ingat spiecy. nampak tak kepekakkan telinga aku tu, ni mesti effect daripada suara budak tu tadi. (ayat cover). 

seminit kemudian budak tu datang balik dengan membawa mainan patung spiderman di tangan dengan wajah penuh senyuman kepuasan. Akhirnya dunia kembali aman dan tenang.. Akhirnya.. 

Nampak tak permainan dia?? kalau korang nak mainan free and then tak cukup duwet nak beli.. silalah mencuba taktik di atas, trick ini hanya berkesan untuk kanak-kanak yang berusia 5 tahun kebawah sahaja. kalau engkau yang dah umur hampir dua puluh lima tahun tu jangan berfikiran cetek nak buat macam ni.. aku rasa pekerja tu akan datang jugak nanti.. bukan datang bawa kau pergi ambik mainan.  tapii.... datang bawak kau masuk belakang kedai. belasah kau sampai lembikk.. so kalau nak praktik tu sila tengok umur dulu ye... kalau dah nak sangat sila bawak anak2 buah atau kalau ada adik2 yang masih kecil tu untuk dinangiskan sambil mintak mainan. okay.. setakat itu dulu bebelan pada hari ini.. tak terlambat lagi rasanya kalau nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. tata. -:p





2 comments:

Unknown Unknown said...

salam aidil adha thirah :)

Unknown Unknown said...

salam aidiladha jugak ^_^

Post a Comment