Monday, 22 August 2016

DEAR HAWA

Assalamualikum...

Tadi semasa blogwalking kat satu blog ni 
‎~♥~Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari LELAKI~♥~
 Satu Soalan Buat Hawa.
 Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
... ... ...
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.
 Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.
 Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.
 ***
 Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?
 Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?
 Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?
 Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~
 Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?
 Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?
 Baca ni ;
 Satu jawapan dari LELAKI, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.
 Satu jawapan dari LELAKI, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.
 Satu jawapan dari LELAKI, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?
 Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~
 p/s : Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..~♥~ sama2 kita mnjaga ye muslimah..insyaALLAH.. ^_^ ikhlas...

Wednesday, 13 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Assalamualikum


hai selamat petang.... hari ni dah hari yang kelapan raya... seronok ke raya korang... yang bestnya tahun ni raya aku tak dak sorang pun kawan aku yang mai rumah cuma aku ja yang p rumah depa.. alhamdulillah kuih raya depa buat sedap plus banyak pula tu.. rambang mata aku.. paling aku suka kuih yang dikelilingi badam tu.. aku lupa pula nak tanya nama kuih tu.. memang sedap sehingga aku lupa nak tanya nama dia... eheheh... 


aku nak upload gambar family aku sedondon berbaju raya tahun ni.. check it up




Saturday, 2 July 2016

ENTRY KHAS SEMPERNA NAK DEKAT RAYA 2016



ASSALAMUALAIKUM


Hari ni dah 28 hari kita berpuasa lagi dua hari ja lagi nak raya. berlalu lah sudah ramadhan sebulan berpuasa tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira lalalala... cuba nyayi macam esok dah nak raya.. wahh excited nok kau! semperna nak raya ni semua nak beli baru almaklumlah raya setahun sekali jadi mestilah nak bergaya sakan dengan semuanya kalau boleh nak baru kann?? not true.... 

semuanya mesti bersederhana haa tu baru betul. ikut bajet sendiri lah bukan semua kita mampu nak beli baru ye dak?? lain lah kita ni jenis yang poket tebal makan tujuh keturunan pun tak habis.. haha anda dapatkan pointnya di situ.. 

Dalam islam kita diajar untuk bersederhana kerana bersederhana itu disukai agama kita betul dak??
membebel-bebel ni haii nak cerita lah persiapan raya cik atirah tahun ni tahun ni cik atirah bersedia ala kadar ja cewahh.. 

Dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. nak cik tirah senaraikan ka. haa meh sini nak cerita baju saja 3 pasang untuk raya pertama baju warna grey sebab warna grey ni tema baju raya sekeluarga, tu baju, jam tangan pun baru casio warna gold brown cik atirah beli dekat cmart sp.. tudung cik atirah warna putih ada titik hitam haaa macam baju putih ditumbuhi tahi lalat tu bila kau sepuk basah2 haa macam tu la.. gurau.. tudung cik atirah beli dekat pasar kemboja pendang. untuk kasut pulak cik atirah beli apa nama kasut tu tak engat nama nya pelik sikit macam kenya bukan kasut kenya ya tapi nama dia seakan-akan haha.. tu pun cik atirah beli dekat cmart sp. okk p kepada rantai pulak cik atirah pakai rantai beli daripada kedai baju dekat supermarket apa tah nama tak engat supermarket tu dekat alor star tepi pusat dakwah.


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI CIK ATIRAH SEKELUARGA


Sunday, 26 June 2016

SILAP DI PEJABAT



ASSALAMUALAIKUM

Hai.. apa kabo? ni haa nak cerita tirah ada buat kesilapan masa buat quatation untuk depo tahanan imigresen belantik.. masa atirah balik malam tu atirah belek-belek la balik apa yang atirah whatssaap kat bos kecil tengok-tengok tirah ada buat silap. tirah silap tulis jumlah yang dalam quatation tu.. tirah pun bagi tau lah mak kata tirah ada buat kesilapan pada kerja tadi.. tirah pun tunjuk lah dekat mak.. mak pun membebel-bebel lah kat tirah kata tirah buat kerja cuai.. lepas tu mak pesan dekat tirah kalau buat kerja cek lah dua tiga kali.. 

hehehe... tirah mengaku tirah tak cek balik apa yang tirah buat tu.. lepas tu tirah pun dah menggelabah macam mana lah ni nak bagi tau dekat bos kecil.. tirah dah imagine yang dia akan marah tirah.. lepas ja datang pejabat pagi tu mula-mula tirah bagi tau officemate tirah dulu yang tirah ada buat kesilapan menulis angka di quatation tu lepas tu officemate tirah pun bagi tau yang sebenarnya semalam masa dia pergi hantar quatation tu kat mercy depa dah bagi tau dah ni ada silap kira sepatutnya 68,000.00 bukan 67,000.00 pastu depa kata xpa lah macam tu ja... amboiii mentang2 salah kira depa nak lepas tangan ja.. hurmmm.. 

mak tirah ada pesan kat tirah hang bagi tau dekat depa sebab duit orang tu kalau dah terkurang duit orang kena lah bagi tau.. tirah pun mengangguk.. hurmm.. lepas ja dah bagi tau officemate tirah, tirah pun kelam kabut cari nombor telefon yang mercy bagi semalam tirah call tapi tak dapat voice mail lepas tu tirah pun kelam kabut cari nombor telfon mereka lepastu tirah teringat yang bos kecil ada suruh tirah snap alamat mereka dekat situ baru atirah teringat ada nombor telfon mereka so atirah pun buka balik telefon pergi dekat gallery belek-belek balik gambar pastu jumpa gambar alamat mereke dan nasib baik ada nombor telfon mereka.. tirah pun apa lagi terus call mereka.. 

selepas call orang tu orang ni akhirnya setel jugak masalah tu.. tapi satu yang atirah belajar lain kali kalau apa-apa pun mesti kena cek 2..3... kali kalau boleh cek bagi puas hati baru hantar.. lepas ni atirah janji kalau atirah buat kerja apa-apa atirah akan cek 2..3.. kali janji insyaaalah hehehe sebab mak atirah dah pesan dan selalu pesan dekat atirah macam tu... ok itu sahaja untuk coretan kali ini atirah ingin mengundur diri dahulu.. Selamat berpuasa...

Saturday, 25 June 2016

MY BODYGUARD 3 ORANG GENTELMENT


ASSALAMUALAIKUM


Semalam punya cerita plan nak p beli baju raya time pagi.. pastu solat jumaat kat perjalanan boleh plan jelah.. alih-alih petang baru pergi.. semalam lepas solat jumaat dalam pukul 3 macam tu kami p sungai petani beli baju raya alih2 jumpa bos kat parksoon sungai petani. nasib baik bos tak nampak.. pheww berpeluh...

Ni nak cerita pasal hero2 atau body guard aku..hahaha macho tak semua baik ngaku.. yang paling depan tu adik aku yang paling kecik. kecik ke? tak kecik sangat la... dia ni kalau pilih barang mau berejam tunggu yang dia sahaja..  yang tengah berbaju putih tu adik aku nombor tiga dia ni asyik dengan iphone dia ja. dunia dia dengan iphon dia saja yang belakang sekali tu abang sulung aku abang long hery ni pun kalau pilih apa-apa lepas tengok yang ni nampak yang lain pulak pegang yang lain yang lain pulak dia nampak.. hahaha. macam-macam kalau aku pulak ikut ja tapi sekali membeli tak ingat dunia.

itu sahaja untuk coretan kali ni daaa...




Friday, 24 June 2016

TEMA BAJU RAYA 2016 IALAH WARNA GREY ATAU KELABU



ASSALAMUALAIKUM


Hai... selamat berpuasa pembaca blog yang budiman,,, tup tap tup tap dah 20 hari genap kita berpuasa pada tahun ini. Terasa macam sat ja.. dah nak raya.. Macam mana dengan persiapan raya hampa.. dah siap ka atau tunggu last minit baru kalut nak shopping baju raya.. ok kita straight to the point..


Pada tahun 2016 ni atirah dan keluarga memilih tema baju raya kami sekeluarga dengan warna grey atau kelabu asap orang panggil haaa kau! Alhamdulillah semua dah beli baju warna grey cuma mak ja yang belum jumpa yang berkenan di hati baju warna grey..



Bagi atirah sendiri tirah menggunakan konsep mix and match haaa sebab apa atirah kata macam tu.. sebab baju raya atirah bukan yang sepasang siap dah tapi baju raya atirah kali ni unik sikit sebab tirah beli baju dan kain nya asing.. kenapa atirah kata lagu tu.. sebenarnya baju raya atirah beli asing-asing cuma warna kain dan baju tirah pilih yang seakan-akan.. haa kalau nak tengok tunggu atirah update gambarnya masa raya nanti.. Mesti tak sabarkan ceewahh.. hehehe




Wednesday, 15 June 2016

HADIAH PELANGI


ASSALAMUALAIKUM



Hai dah bertahun lama ku meninggalkanmu hahaha tinggal blog lah hampa ingat tinggal apa???
di waktu masa dan ketika aku update blog ni time bulan puasa (17/06/2016)  2016 penting untuk aku tulis tarikh tu sebab entah tahun bila pula akan aku update blog lagi huhuhu... sekarang aku nak cerita pasal kerja aku.. kalau nak baca teruskan baca.. kalau tak nak dan terfikir macam ehh macam lah aku kesah kau kerja apa.. boleh lah tinggalkan blog ni.. hehehe aku menulis di blog ini hanya sebagai dairi aku dan aku menulis hanya apabila aku terasa nak tulis.. kira macam tempat aku luangkan masa aku untuk bercerita hal-hal yang terjadi di sekeliling aku.. hehehe..



Sebenarnya dah nak masuk tiga bulan aku berkerja sebagai pembantu tadbir ukur bahan di SEMARAK LAGENDA SDN BHD dekat sini banyak benda aku belajar.. belajar jadi seorang pekerja semestinya lah kan...belajar untuk lebih bedikari sebab sebelum ni aku banyak berharap kepada orang terdekat aku terutama kedua ibu bapa aku dan adik-beradik aku.. alhamdulillah syukur aku dah semakin bahagia di samping keluarga tercinta tapi bukan bermaksud aku tak bahagia sebelum ni cuma lebih bahagia..
seperti quote ini...

Allah bagi kita hujan, kita basah..
selepas itu Allah hadiahkan kita pelangi, 
yang indah