Monday 16 November 2020

ALHAMDULILLAH MOMENTS DAY OF 2020 (DAPAT KERJA DAN PENGALAMAN BARU)

                                                                Assalamualaikum..


Tahun 2020 adalah tahun yang indah tetapi penuh cabaran daripada tahun-tahun yang lain. Syukur Alhamdulillah diatas semua yang berlaku semoga banyak hikmah tersedia untuk kita semua yang bersyukur.

Tahun ini juga aku dapat pekerjaan di dalam sektor awam syukur Alhamdulillah kepada Sang Pencipta diatas rezeki ini Alhamdulillah..

Aku daftar diri di KKR pada 6 Julai 2020 dan diserap masuk ke JKR Woksyop Persekutuan pada 8 Julai 2020, syukur Alhamdulillah diatas rezeki ini. Aku bertugas sebagai Pembantu tadbir (Kewangan) W19.

Aku ditugaskan menjaga bahagian kursus iaitu terlibat didalam mengadakan kursus kepada semua penjawat awam JKR Woksyop Persekutuan. Tugas aku adalah memastikan semua staf di JKR Woksyop Persekutuan ini telah menghadiri 5 hari berkursus dalam setahun.

Alhamdulillah diatas semua kelancaran kerja yang Allah permudahkan semoga tahun-tahun seterusnya juga dipermudahkan Aamiin.

Akhir kata dariku Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah diatas semua nikmatnya semoga aku tergolong didalam kalangan orang yang beriman dan bersyukur.