Thursday 17 November 2011

Aku pemalu





Assalamualikum...Tetiba rasa tak boleh nak tidur pulak,mata tak rasa mengantuk, lagipun hati aku tengah resah sekarang ni mungkin sebab terlalu memikirkan cuti yang hanya tinggal berberapa hari saja lagi, sebulan terasa sekejap sangat. Kalau ikutkan hati nak saja aku buat cuti sendiri.Hurmm.. memang tak lah! kalau yang masih bersekolah pulak hari ini habis je sesi persekolahhan, budak-budak ni terus tersenyum sampai ke telinga, mana tidaknya esok dah bermula cuti akhir tahun/hujung tahun. Cuti yang time aku sekolah dulu-dulu pun aku duk tunggu cuti ni datang, Diibaratkan (dia datang membawa seribu makna, dia pergi meninggalkan seribu kenangan)cehh! ok sudah, hang duk merapu apa la! Haa... ni dia yang aku nak kongsi. Definisi bagi Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi  setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu.(sumber Wikipedia Bahasa Melayu).

kalau lah satu hari nanti aku dipertemukan dengan seorang lelaki. aku harap sangat lelaki tu  seorang yang pemalu,tahu kenapa aku cakap macam tu??? sebabnya malu itu separuh daripada iman. so pikir sendiri lah kan. 

perasaan malu ni timbul bila seseorang tu melakukan perkara tak senonoh maka kesedaran mengenai perlakuan dia tu lah menimbulkan perasaan semulajadi seorang manusia normal iaitu malu. 

bagaimana pulak dengan muka tak malu,ha.. yang tu aku tak tau haha.

kalu malu berlebihan pulak macam mana?? yang tu pun penyakit jugak, yalah kalau malu melebih-lebih sangat sampai nak cakap dengan orang pun tak mau,nak jumpa dengan orang pun tak mau, nak buat apa pun tak mau sebab malu. tu bukannya malu dah tapi malas. apa-apa pun biarlah bersederhana. jangan lah lebih-lebih jangan pulak kurang-kurang. kerana dalam islam kita diajar untuk bersederhana.


































BENDA-BENDA YANG DIRASAKAN CUTE a.k.a COMEL. (kecomelan yang tersangat comel) arhhh comelnya benda ni. kenapalah comel sangat ni.

 



Baca tajuk entri pun dah pening gila dah, otak tak betul sekejap sebab terjumpa benda comel ni tadi, masa tengah boring-boring lalu tangan pun mulalah menaip sesuatu yang terlintas di kepala. tanpa membuang masa ruangan kotak search Google image ditaip perkataan ini CUTE KITTENS . Maka muncullah image2 yang comel ni.



    
                               







                                                                                                                                                          



<makhluk ciptaan tuhan yang lemah manja & comel>

Wednesday 16 November 2011

cuti sem nonton kdrama lah kerjer








Sebenarnya cuti aku ni xder la bosan sgt pn, sebosan yg slalu aku gembar-gemburkan  kan stiap kali menulis entry kat blog aku emm..  sbenarnya aku seronok jer, sje bt xsronok hehe..banyak masa aku dihabiskan menonton kdrama jep. Kadang-kadang aku menonton sambil ditemani adik lelaki aku yang berusia 8tahun.kami sama-sama tengok sambil nangis2 bercucuran air mata bebaldi-baldi sebab terlalu 
sedih  (T__T)


Ok tipu!


 time part dimana awek kepada si hero ni nak tinggalkan si hero ni, sedangkan dua2 suka sama suka tapi malu xnak mngaku konon maco buat ,macam tu,, tau pulak bile si awek tu nak pergi atau senang citer awek tu dah nak tinggalkan si hero ni , baru lah si hero ni nak pandang si awek ni dan timbul rase nyesal sebab buat xtahu jep kat awek ni time diorang penah kenal dlu. Tahu pn taching! Bajet macho lagi kan dah nyesal, <ok annoying!!… kebanyakkan yang aku tonton semua citer lebeh kurang same jep. Si awek mesti seorang yang agak careless  then yang si heronye pulak,cold and serius (bajet sikit).. tapi best aku mamang layan pun cerita-cerita macam tu haha..


kebanyakkan drama korea yang aku tonton tu aku download kat you tube jep. Ade yang aku just tonton online jep, makan masa nak download. Then sangat membenci buffering,, hehe!


Lepas ni nak tengok cite lain pulak, emm cite ape ye yang best??nanti aku piker nak tengok cite ape huhu,excited ni. Ok macam over cikit muehehehe J



























            fall in love

Tuesday 15 November 2011

"LOCK LUCK"


Assalamualaikumm...


Aku rasa kat dunia ni tak da sorang pun yang tak nak diri dia berjaya dalam setiap perkara yang dia lakukan, even perompak sekali pun mesti nak merompak dengan successnya kalau tak sia-sia jelah dia pergi merompak kedai emas kalau tak dapat nak curi satu rantai mas pun kan. bukanlah bermaksud aku menggalakkan aktiviti merompak haha. semua orang nak diri dia berjaya kn? tapi persoalannya macam mana?nak buat apa?apa tindakan yang paling berkesan?kuncinya adalah.......



 <diri sendiri+usaha+doa+keyakinan=SUCCESS>

tapi semua tu saya dah buat dah lakukan dah laksanakan tapi still tak membuahkan hasil still jugak tak dapat apa yang saya nak. Ini tak adil! ok cuba kau pikir balik? kau kene engat yang  Allah itu ada dan Allah itu pasti ada. ok tu bermaksud setiap apa yang kau lakukan keikhlasan kau doa kau usaha kau pasti Allah nampak, pasti Allah dengar. Tapi kenapa masih tidak berjaya. kenapa? jawapannya senang je.... (Tuhan dah tentukan yang lebih baik bagi kau mugkin Dia tak bagi apa yang kau nak hari ni kerana Dia dah tentukan untuk kau yang lebih baik dari apa yang kau inginkan untuk esok) 

ok berhenti!
Tujuan sebenar aku metulis entri ni  bukan nak cerita pasal resepi kejayaan ke tips mencapai kejayaan ke ape? tapi aku nak cerita pasal benda yang tajuk entri ni lah, Lock Luck kalau orang kedah baca ni mesti dia akan cakap <ee apalah peah ni cakap lagu tu tak malu sungguh la dia ni> haa... sebabnya kalau dalam bahasa kedah loklaq merujuk kepada perkataan yang tak berapa elok lah,haish nak terang pun tak reti la, rasa korang semua penah dengar kot perkataan ni kat cerita di tb yang drama dia cakap loqhat kedah msti ada cakap perkataan ni kan2,haa... yang tu la .. kalau hampa tak tau maksud dia pun takpa sebab aku bukan nak cerita pasai tu pun.


Dulu masa sekolah rendah adalah kawan aku sorang ni dia suka sangat korek hidung.. haha pastu aku pun kata lah kat dia<hang ni awat loklaq sangat> dia pun balas <takpa lah lock luck tu kunci kejayaan> aku pun terus terkeluar perkataan ni <pala hotak hang> perkataan aku termati disitu... aku terdiam seketika memikirkan kata-kata dia yang agak kurang hajar tu. Tengok ja reaksi aku bertukar secara tiba-tiba. dia pun dengan lajunya terus gelak kat aku lebih kurang macam ni <hhahahaha> lantas dia pun cakap kat aku< awat hang diam??hang ingat apa??hang mesti pikiaq kot len kan? hahahahah> sekali lagi aku kena gelak dengan dia. <dalam hati aku nak saja bagi penampaq laju-laju kat muka dia> aku diam jelah ditambah perasaan nak tahu jugak pasai apa dia gelak2<haa...awat hang gelak? lock luck tu apa maksud hang? kunci kejayaan bagai..apa la hang ni, ckap pelik2> aku terus sound direct kat dia.. La salah apanya aku cakap macam tu dah betoi apa lock luck tu kunci kejayaan. hang tu yang tak tau. <aku still lagi tak boleh nak tangkap kata2 dia>maklum la otak aku ni lambat sikit. Dah aku tak tahu jugak apa yang dia cakap aku pun buat tak tahu jelah lagi pun malas nak pikir2 sebab bukannya penting pun lagi pun malas nak gaduh. lepas dia tengok muka aku yang dah give up  tahap  ingin tahu tu masih ada. dia pun cakap lah kat aku macam ni <laaaaaa......(6harakat) reti bahasa orang putih ka dak?? ayat mengutuk habis <aku lantas bidas balik> macam hang reti sangat....time tu lah jugak otak aku tiba-tiba berfungsi dan memproses perkataan Lock Luck yang berbahasa orang putih tu dan menukarkan maknanya ke bahasa Melayu> semuanya berlaku begitu pantas sehingga aku sendiri tak dapat nak pasti berapa saat ia mengambil masa untuk proses<sehinggalah terlintasnya Lock Luck = kunci kejayaan.Tiba-tiba mulut aku pun bersuara.. laaa(3harakat) yang tu ka! terasa bodoh dan diperbodohkan  haha Sekiann.............................