Thursday 31 May 2012

apekah

Caraku menulis entry di blog, aku akan menulis entry sambil melakukan kerja lain, contohnya  sambil tengok tv, atau sambil makan juga, hehe…dan semestinya apa sahaja yang terlintas di fikiranku ketika itu aku akan terus  menaipnya, walaupun mataku tidak melihat pada papan kekunci. Maka akan terhasillah cerita yg  banyak kesalahan susunan ayat serta ejaanya.. seterusnya aku akan cuba post apa yang telah aku taip tadi tanpa memperbetulkan ejaanya terlebih dahulu. Tujuannya aku tak pasti kenapa, mungkin itu hobiku. Kemudian barulah aku menyimpannya di draf sebelum aku mengedit dan mengepostnya semula.. so kalau korang ternampak post aku yang ayat mengarut  tunggang terbalik,aku amat kesal..kah..kah..kah.. tiada apa yang cuba di samapikan disini. Hanya perkara yg tidak penting sahaja.  Sorry uolls.. '>.<Pabila kecelaruan melanda diriku>.. Bye2  :p

testinggg.....attention.......testing..testing..........

Wednesday 30 May 2012

Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie

Assalamualaikum...

Nak join: klik banner diatas



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follower Blog anda 350 dan kebawah , atau 500 dan kebawah juga (tempat terhad)
2. Tajuk "Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie"
3. Copy banner budak tecik atas ni dan linkkan ke Sini (URL segmen ini) atau anda tak pandai , anda boleh guna cara ini (Click Here)
4. Follow blog FR (nak unfollow lepas habis promosi blog pun boleh)
5. Erm.. itu jela rasanya (^_^) lebih-lebih nanti muntah uwekkkss.
6. Semua syarat dituruti blog anda dimasukkan dalam bloglist Fariz Reza [Dot] Com
7. Masukkan link entry anda di Kotak Komen bersama ayat seperti berikut "Setuju atau tidak setuju" blog anda dimasukkan dalam BW list ( Penjelasan )

Note:
Segmen ditutup apabila Blogger yang mendaftarkan diri seramai 50 orang.
Bloglist anda kekal selama seminggu dari tarikh segmen ditutup.





Tuesday 29 May 2012

"DIA KEMBALI"

Assalamualaikum...

Dah dekat dua minggu kucing aku mati.. semalam dia datang dalam mimpi aku. dalam mimpi tu BELANG(nama gelaran bagi kucing =.=") datang kat aku dia dah besar,makin besar dari dulu la. Dia bergesel kat kaki aku sambil bunyi meaw.. aku sempat la jugak usap badan dia berberapa kali sebelum dia pergi dan lenyap dari pandangan aku. kebiasaannya BELANG akan bergesel sambil memandang muka aku atau sesiapa saja yang rapat dengan dia.

BELANG memang seekor kucing yang jinak. dan sangat disayangi oleh semua orang dalam keluarga aku, dari kecik kami dah bela dia,BELANG ni kucing yang sangat istimewa bagi kami. Seminggu pertama dia tak ada kami semua berasa sedih sangat terutama adik aku yang bongsu. dialah paling terasa sekali sebab selalu lepas je, balik sekolah terus dia cari belang dan main-main dengan kucing ni. Adik aku memang suka kucing dari kecik-kecik lagi. kami bela kucing dan suka kucing pun sebab dia lah.


Sebelum ni keluarga kami tak berapa minat kucing sangat apatah lagi membela makhluk yang comel tu. memang mustahil lah. cerita pasal aku keluarga aku suka kucing ni semuanya berlaku lebih kurang dua tahun lalu. Ada seekor ibu kucing ni. mulanya dia kena buang dengan tuannya kat kawasan perumahan aku ni. aku suspek dia kena buang pun sebab keadaan dia yang tengah bunting masa tu.. memang trajis dan kejam aku rasa. Bela kucing ni takda la best mana (ada jugak peminat kucing yang tarik muka) , tetapi kita rasa sayang bila kita dah rapat dengannya. Kenapa dan mengapa belang ni mati biarlah menjadi rahsia keluarga, cehh tak da lah. Belang mati sebab kena gigit dengan <dog><", dogie mogie yang jahat!







Lepas je belang mati, ingat nak cari kucing baru, tapi belum jumpa lagi yang sesuai. Ada sesiapa nak dermakan tak??(kidding) =.="



Cara mudah tanggalkan blackhead



Assalamualikum…


Cara berkesan nak hilangkan black head/white head kat muka, terutamanya kat hidung tu. simple saja cuma perlu ada 1 biji telur, ambik putihnya saja, kuningnya boleh di goreng buat makan dengan nasi, ok mengarut! lepas tu kapas muka (facial cotton). Bila ditarik je masker  yang dah kering tu dari muka, perhhh sakit! keluar habis segala black head/white head yang menetap. Aku guna pore pack pun, tak tanggal sakan macam ni. kepada sesapa yang nak tanggalkan white head/black head kat hidung, Ha meh try cara ni, aku dah buat memang berkesan. Alhamdullilah..



Info sikit : Blackheads terhasil kerana liang roma/ pori tersumbat dengan keratin dan sebum yang menghitam kerana teroksida.




ni contoh cotton pad yang
digunakan




ni contoh gambar dari internet, 
ni apa banyak gila nih??ohh wierd.


Mula-mula korang kena wap kan dulu wajah/muka korang dengan air panas, tujuan dia kasi pori-pori tu terbuka.Lepastu, celupkan kapas muka yang korang yang dah bahagi dua tu kat dalam putih telur. kemudian tempek lah dekat wajah/muka tu ye.. Tunggu sampai kering baru tanggalkan.

last skali, cuci dengan air panas air suam, kalau aku rajin, aku guna air suam, kalau ehm..ehm..aku bantai air sejuk je(jangan ditiru ni, tujuan mencuci wajah dengan air suam adalah untuk memebersihkan pori-pori yang tersumbat dan membunuh bakteria yang bertapak di wajah/muka). Ok lepastu letak toner, dah siap.
hasilnya nanti kulit jadi lincin. smooth gitu.





p/s: kena rajin ni kalau nak buat, jimat dan mudah :)

PERWATAKAN ANAK KEDUA

Assalamualaikum....

comel pulak dia ni. kekeke.


Tadi masa jalan-jalan, ada satu blog ni yang cakap pasal ciri-ciri anak kedua,  sy pun anak kedua, jadi nak share dengan korang ni. kalau anak nombor lain macam mana ye? sebenarnya perwatakan seseorang dipengaruhi oleh persekitaran hidupnya. Contohnya cara dia dilayan di dalam keluarga dan banyak lagi faktor yang berkaitan.  Apa-apa pun ini hanyalah hiburan semata-mata.  :)

ANAK MAK
-sebab apa2pun mesti dia akan utamakan  Emak. apa sikit Emak!!

ANAK YANG DEGIL
-Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

TAK PANDAI MEMUJUK
-memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

BERCINTA
-Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

HITAM ATAU PUTIH
-Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

HATI
-No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

BERDIKARI
-very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..tapi mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..


TAK SUKA DIARAH
-anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

SEORANG YANG PEMAAF
-tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau marah faham2 sajer lah

DALAM BERPAKAIAN PULAK.
-Seorang yang simple.. 

CEPAT TERSENTUH
-Cepat sangat berasa kesian dekat orang lain.. hati mudah tersentuh.

1st GiveAway by Nabila Medan

Assalamualaikum..



wahh.. first time join giveaway ni dari Nabila Medan. Sebelum ni tak pernah join mana-mana GA lagi. Kalau tak menang pun tak pe, tapi kalau menang pun best jugak. Dah dapat pengalaman pun kira okey lah. Nak buat benda ni pun aku tak reti, ambik masa berjam-jam kekeke. Alhamdulillah jadi jugak setelah berhempas pulas nak linkkan banner ni, maklumlah first time. Korang jom lah join ramai-ramai. kasi meriah lagi, klik banner di atas untuk join. Thanks kepada Cik Iylia kerana tag sy.


Tagging:
~Yana~



Musang hantu



Dulu masa kecik-kecik kalau balik kampung, waktu malam selalu aku dengar ada benda merayap kat atas bumbung. Nenek aku cakap yang merayap kat atas bumbung tu musang, aku ingatkan musang tu sejenis hantu. Mana taknya bau musang tu dah la wangi, bau dia macam pulut pandan, Nenek aku cakap musang dia keluar jalan-jalan waktu malam. kiranya dia cari makan waktu malam, siang-siang dia tido. Selalunya musang makan buah-buahan macam betik, tapi jangan buat main, ayam pun dia sebat. sebab tu orang dulu-dulu bela ayam dalam reban, kalau tak, sia-sia jela bela ayam. musang singgah makn.



macam nilah rupa musang. ada jugaklah rupa macam hantu.


Tapi sekarang ni tak tahu lah ada lagi ke tak musang ni, aku dah jarang balik.. nenek aku pun dah tak da. Musang pun dah jadi binatang dilindungi, dah semakin pupus kut. sebab tu dah tak da. 




Sunday 27 May 2012

TRIP TO MELAKA


Assalamualaikum...

Korang pernah melawat rumah tradisional Melaka tak? Best woo. Hari tu pergi ke Melaka.Kena buat research pasal rumah tradisional. Group aku dapat rumah ni lah, hehe cantikkan. Rumah ni dah berusia lebih dari 100 tahun. Ukiran pada rumah ni taksah cakap lah memang cantik dan unik. Pemilik  rumah ni adalah generasi ketiga, kiranya rumah ni telah dibina oleh datuk beliau.  Pemilik rumah ni sekarang adalah En.Yacob bin Buang, Terima kasih tuan rumah, memang peramah : ) Kagumlah dengan rumah ni.


Rumah ni memang sejuk, tak payah pasang kipas pun tak pe.

tengok aje lubang udara/ukiran yang banyak terdapat di dinding rumah ni.







Tangga ni pulak diperbuat daripada batu Ampau. apekah?hehe.
rumah tradisional di setiap negeri di bezakan melalui element tangganya yg tersendiri.
tengok tangga pun dah kagum. memang cantik.

Part paling menarik adalah pintu rumah ni, bulatan yang tengah tu diperbuat 

daripada kaca, pemilik rumah tu cakap ada sejarah yang

tersendiri, beliau pun tak tahu kenapa di bina macam tu.


Ni loteng, loteng ni untuk kegunaan anak dara dan tempat menyimpan harta, 
kalau tak silap pemilik tu cakap loteng ni tempat tidur anak dara, kiranya macam bilik dia lah. Unik kan. Tapi sekarang anak dara tido kat bilik dalam rumah je, ni zaman dulu-dulu,hehe. loteng ni juga tujuan dia untuk pengudaraan.



DI SELITKAN PULAK DENGAN GAMBAR-GAMBAR DIORANG NI





















Thursday 24 May 2012

FREE SHOUTBOX ICON


Assalamulaikum..


Hi, selamat pagi.. sihat??hehe. Semalam aku boring tak boleh nak tido, pastu saja gatai buat icon shoutbox yang tak berapa elok ni, aku buat kecik-kecik ja tak besar mana, macam size shoutbox yang aku guna tu. Aku dah try kat blog aku dulu sebelum share sini, kalau nak, silakan ambik. Aku tak pandai mengedit, kalau tak jadi jangan marah aku. Hehe.


http://i1062.photobucket.com/albums/t499/atyrah1/shoutn.gif








http://i1062.photobucket.com/albums/t499/atyrah1/petii-borak.gif

http://i1062.photobucket.com/albums/t499/atyrah1/shoutw.gif
http://i1062.photobucket.com/albums/t499/atyrah1/FREEB.gif
http://i1062.photobucket.com/albums/t499/atyrah1/shouthe.gif






SELAMAT MENCUBA



Sunday 20 May 2012

DORAEMON



Pernah terbayang tak muka nobita dan doremon kalau mereka dah tua nanti, mesti huduh kan, tengah google2 tadi aku terjumpa gambar nobita dan doremon ni. Kesian aku tengok tak sangka mereka berkedut-kedut sampai macam ni, ni mesti sebab tak pakai Olay Total Effects. Kalau muka giant pulak? agak-agak macam mana?boleh??













CERITA ZAMAN HINGUSAN



Assalamualaikum……



Apa khabar semua?sihat ke? Kalau tak sihat cepat-cepat la pergi ambik ubat ye, kesihatan perlu dijaga, kalau dah sakit tu jangan tangguhkan lagi, cepat-cepat la jumpa doctor takut-takut penyakit tu merebak pula nanti, siapa yang susah? Diri sendiri juga kan. Aku membebel-bebel konon-konon menasihati ni bukan apa sebab aku dulu pernah cuai macam tu juga, ingat lagi masa aku tingkatan 3 kalau tak silap,huh dah lama tu(tak de lah lama sangat pun) tapi aku nak cerita jugak, sebab memang cool, cool ke? takde lah ada pengajaran sikit-sikit. Pengajaran nya walaupun kita sakit ringan contohnya selsema kita kena pergi ambik ubat, supaya tak menjadi pembawa virus kepada orang lain. Tak kiralah walaupun selsema je. Ye dak?



Dulu masa zaman sekolah, aku terkena selsema, ala selsema yang biasa-biasa kita dapat tu, mula-mula aku ingat selsema biasa ja, 3 hari lega lah kan walaupun tak makan ubat, sebab aku memang jarang minum ais. Hari-hari aku pergi sekolah bawak sapu tangan, sapu tangan aku penuh dengan hingus hijau yang berlendir-lendir.ew…ew…geli-geli.







Daripada 3 hari dah masuk seminggu, kemudian 2 minggu, kemudia 3 minggu, kemudian 4 minggu, kemudian dah masuk minggu ke 5, perh dah sebulan lebih, hingus hijau aku tu tak menunjukkan semakin kering, malah macam sama dengan yang minggu pertama sahaja. Tapi korang mesti pelik kan takkan aku tak ambik ubat kot?? Kalau dah sampai lima minggu berhingus, masa tu aku dah rasa diri aku seperti  budak hingusan. Mak aku pernah ajak aku pergi ambik ubat, tapi aku tolak sebab takut ubat, cehhh mana dalah aku tak taku pun dengan ubat, ubat takut aku adala. erk?. Pastu petang tu jugak aku aku siap-siap pergi hospital, doctor kata kat mak aku, budak hingusan ni dah tak dapat diselamatkan, mungkin dia akan berhingus sampai bila-bila. 



Huh berpeluh aku dengar, berderau peluh aku keluar mencurah-curah.  Cehh mana ada, doctor sebenarnya cakap macm ni kat aku <kenapa duk biar sampai berminggu-minggu, awat tak mai ambik ubat, nanti kena jangkitan kuman tak tau la, kena potong hidung. cehh dia ingat aku budak-budak, doctor cakap secara matang doctor, saya bukan kanak-kanak doctor, saya sudah bersekolah menengah. Tak da lah mana ada aku cakap macam tu, berani saja.



Ambik je ubat, aku dapat MC 1 hari, berkira sungguh, MC bagi sehari je, tak pa lah saya redho. Balik satu malam tu aku makan ubat ikut time, 3 kali sehari. ubat yang diberi ubat selsema dan ada jugak selit ubat kahak. makan satu hari tu, duk esok aku pegi sekolah, hingus aku dah kering colour pun dah bertukar ke hijau pekat dan mengeras dalam hidung, perhh sakit. hidung terasa keras, dan full gitu. 



besok tu pulak hingus dah hilang, aku lega dengan jayanya. kalu aku tau awai-awai lagi aku p ambik ubat, tak payah nak jadi budak hingusan berminggu-minggu. kawan-kawan pun semakin menjauh gara-gara aku berhingus, ada yang kata geli, ada yang kata takut berjangkit.
takpe-takpe hari hari aku,besok hari kau pulak. cehh gurau je!



seleganya aku dari selsema, ramai aje kawan-kawan yang datang nak jalinkan persahabatan dengan aku semula,berebut-rebut nak jadi kawan aku, sampai bertumbuk-tumbuk sesama sendiri, erkkkk????! ok tipu!  setakat itu sahaja cerita zaman hingusan aku dulu-dulu, yang mana yang baik jadikan panduan,yang buruk jadikan sempadan, kalau ada sesiapa yang terasa hati aku minta maaf, aik?. ok sekian saja wassalam......






p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada.. :)

SEMPERNA HARI GURU 16 MEI 2012

Assalamualaikum...


Selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku. tanpa guru siapalah saya. sesungguhnya anda insan teristimewa di muka bumi kerana telah melahirkan berapa banyak manusia yang hebat .. yang mana permulaannya bersal daripa pengajaran seorang insaan yang bernama guru. huhu sedihnya teringat pula zaman sekolah dulu.



Terimakasih juga kepada cikguku yang bernama Muhamad Suhaimi bin Mat Salleh. kerana suatu ketika dulu pernah menjadi guruku, saya minta maaf ye cikgu,hehe. kerana hari-hari terpksa ke sekolah lewat dan kadang-kadang sampai tak sempat nak sarapan di sekolah. biasalah saya tak berapa suka bersarapan.



Hadiah-hadiah istimewa yang pelajar-pelajar cikgu suhaimi bagi padanya. Termasuklah kad-kad ucapan yang berpuitis lagi bermakna menggambarkan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa. Sebenarnya hadiah yang paling berharga dan bermakna bagi seorang guru adalah kejayaan anak muridnya. Cikgu aku dulu-dulu cakap macam tu.









Monday 14 May 2012

"AUNTUM IN MY HEART"



Assalamulaikum….


Hari ni teringat pulak nak cerita pasal satu drama korea ni yang sampai sekarang aku tengok pun tak pernah jemu-jemu, ceritanya sangatlah sedih,menyetuh sangat-sangat. Sebenarnya drama ni pernah ditayangkan di Malaysia dulu kat tv3 masa tu tahun 2002 rasanya kalu aku tak silap lah kan drama ni diyangkan pada pukul 6 sampai 7 petang. Masa tu aku tiap-tiap petang tunggu depan tb  semata-mata nak tengok cerita ni. Masa tu aku baru darjah 3,perhh dah lama rupanya cerita ni dimainkan kat tb, entah apa lah aku baru budak-budak time tu dah layan cerita-cerita macam ni kalau tak silap aku selalu menangis masa tengok cerita ni,serius aku cakap memang cerita paling sedih yang pernah aku tonton. Kebetulan dah balik cuti panjang ni aku pun carilah balik cerita ni kat internet nak tengok balik cerita ni, dan aku tengok balik dari start sampai final 16 episod.. perhhh berbaldi-baldi lah air mata aku hari-hari duk mengadap cita ni..


Cerita ni pasal kekeluargaan percintaan adik beradik. Erkk??percintaan adik-beradik?.  Yang mana masa kecik budak perempuan ni tertukar secara tak sengaja masa kat hospital, ditukarkan ke keluarga yang kaya dan keluarga yang miskin lah. Ensuh  dia tertukar dengan keluarga yang kaya. Manakala yang  sorang lagi tukar kat keluarga miskin. Ensuh ni apa yang dia nak semua dia dapat , tapi dia baik. Ensuh ni ada sorang abang. Abang dia memang rapat dengan dia. Abang dia ni kira orang yang paling hot lah kat sekolah,haha. Yang ensuh pulak  ramai kawan sebab kaya pastu baik pulak, dalam baik-baik tu adalah pulak sorang pompuan budak kelas dia yang tak suka kat dia, selalu dengki dan kianat kat Ensuh ni. Sebenarnya ensuh ni telah tertukar dengan budak perempuan yang benci dia tu lah.. budak pompuan ni pulak hidup miskin, mak dia Cuma buka kedai makan sahaja dan mak dia seorang yang pemabuk, ayah dia pulak dah lama mati. Dia pun ada seorang abang jugak. Abang dia ni pulak kaki mintak duit.


Satu hari ensuh ni excident kena langgar dengan lori then masa kat hospital kebetulan Ensuh ni kena tambah darah pastu darah kena ambik dari family dia, lepas mak bapak dia buat pemerisaan darah jenis darah tak sama pulak dengan Ensuh ni, sebab dah bukan anak dia kan. Dipendekkan, keluarga mereka pun tukar baliklah anak masing-masing. Perh part ni aku sedih gile,haha. Mak Ensuh ni sayang gila kat dia, dia lebih sayang Ensuh ni daripada anak kandung dia, anak kandung dia tu biadap sikit. Aku pun tak suka.
Satu hari family diorang  nak berpindah ke new York. Lama jugak la diorang tinggal sana. Pastu time tu Ensuh dah besar dan dah kerja pun, abang dia balik ke korea semula. ………………………………………..(dan cerita dia panjang lagi..)


Masuk part dia bercinta dengan abang dia, mereka ni saling kenal lah mereka ni adik abang time kecik2 dulu. Tapi diorang bercinta sebab diorang  terlalu rindu satu sama lain. Sebab masa kecik2 diorang memang rapat sangat. Kesian aku tengok part yng diorang kena berpisah tu,huhu. Mereka bercinta sedangkan abang dia dah bertunang time tu, Ensuh ni pulak ada peminat yang minat kat Ensuh ni kat tempat kerja dia tu, kebetulan pulak laki tu kawan abang dia, wahh menarik. Dan paling menarik time ni lah, time dia dah jumpa dengan bekas family dia dan semestinya abang dia(panjang lagi cerita dia kena tengok sendiri ni).…………………………………………………………. Dipendekkan cerita lagi( last sekali Ensuh ni mati sebab punyai penyakit kronik iaitu kanser  otak) yang bestnya masa Ensuh kecik2 abang dia Tanya ,dalam hidup kamu kamu nak jadi apa? Dia jawab nak jadi pokok.. huhh hari2 abg dia pergi melawat pokok.
Kesimpulannya. Cinta itu buta. Erkk!









p/s: The fist k-drama in my heart..