Sunday 17 June 2012

ICHIBAN UNTUK SI MANJA ANDA

Assalamualaikum..


Makanan apekah yang sesuai untuk ikan guppy korang?? Pernah tak korang Tanya ikan korang terlebih dahulu.. makanan jenis apekah yang dia suka makan?? Adekah ayam kfc hot and spicy atau bubur ayam je?? jangan buat main ikan pun memilih tahu! ok. Aku ada bela sekolam ikan guppy yang montel-montel. Mungkin diorang ni cukup makan dan cukup tidur kot, sebab tu dia montel. Tahukah jenis makan apekah yang aku bagi diorang ni makan?? Jawapannya semudah 1..2..3..  iaitu ichiban, yup ichiban tropical.


Harga dia pun berpatutan hanya Rm 4 je untuk satu paket biasa. Saiz sederhana gitu. Aku bukan duta produk ichiban tetapi aku hanya penggunanya sahaja untuk ikan-ikan aku. Lebih-lebih nak promote pulak aku ni kan, hehe. Saje lah nak kongsi dengan korang, mana tahu korang ada bela ikan ke? Boleh lah try ichiban ni kat ikan korang, jangan korang pulak yang try. Manatahu Kalau-kalau korang ada yang lebih bagus, boleh share2  pulak dengan aku kan.





Sedikit tips lah untuk bela ikan guppy, ok kalau ada bela ikan guppy, korang mesti kan letak ikan guppy korang banyak-banyak dalam satu kolam atau pasu kan. Pagi-pagi time korang nak bagi ikan korang makan tu apa kata korang cuba-cuba check ada tak ikan yang mati.


Kalau ada ikan yang mati cepat-cepat lah ambik buang sebab kalau korang biar ikan yang mati tu dalam kolam ikan guppy lama-lama, nanti tak semena-mena mesti banyak lagi ikan yang akan mati sekali. tahu sebab ape? Salah satu sebabnya nanti air dia bertukar jadi busuk.


Dan kalau korang perasan ikan guppy dia makan kawan dia. Kalau kawan dia mati dia akan gigit-gigit badan kawan dia tu. Sebab tu lah  ikan yang mati akan bertambah-tambah nanti kalau korang tak cegah awal-awal. Aku tahu ni pun sebab sepupu aku yang bagitahu, dia pun ada bela banyak ikan guppy juga.


Dulu patut lah ikan guppy aku ada yang mati. Rupanya aku biar je yang mati tu sebab malas nak buang, ikan guppy kan kecik je, jadi aku fikir setakat sekor takkan effect air kolam dia nanti, rupa-rupanya boleh menyebabkan banyak kematian lah,hewhew.

Saturday 16 June 2012

SELAMAT HARI AYAH



Assalamualaikum


Hai selamat hari ayah... tadi sy buat lagi pavlova, kali ni untuk hari ayah pula, hari tu hari mak. ohh plus hari jadi adik sy juga, walaupun tak cantik tapi ayah sy cakap sedap, erk?? =.="
untuk resepi boleh klik sini











Friday 15 June 2012

"ERTI BAHUMU"

  Assalamualaikum..

Hai... Kalian, sihat? Alhamdullilah masih lagi bernafas, hampa apa khabar? sayangnya terlepas cerita di tb tadi, cerita apa? nanti sy story mory sini. Orait jom kita baca ni....




Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting?? aku menjawab, suara kerana setiap manusia memerlukan suara untuk berkomunikasi dan memahami orang lain. 
Ibu berkata, 
"Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menggerakkan lengan?"Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. 
Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. 
Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

p/s: Kat sini nak bagi tahu bertapa pentingnya bahu kita tu.  Sangat bermakna juga kepada orang lain.

Thursday 7 June 2012

RESEPI PAVLOVA


Assalamualaikum..

Hari ni terasa macam nak kongsi resepi pulak dekat my online diary ni,muehehe...dah macam rojak diary je rasa, macam-macam hal yang tak berkaitan disumbatkan di online diary ni, ok lah sebenarnya pavlova ni sy buat masa hari ibu hari tu, pavolova ni tak da susah sangat nak buat sebab bahan dia pun simple-simple je. Mari kita mulakan.



Bahan-bahannya:
-6 biji putih telur
-1 cawan gula kastor
-1 sudu kecil esen vanilla
 -1 sudu besar tepung jagung
-1 sudu cuka





Topping:

- Putar whipping cream, guna 1 kotak kecil whipping cream. 

Cara-cara:

- Putarkan putih telur sampai kembang kemudian masukkan gula kastor sikit demi sedikit sampai habis. Kemudian masukkan tepung jagung, esen vanilla   dan cuka.
- Pukul sehingga adunan betul-betul kembang.
- Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 150'c, kemudian masukkan adunan kedalam dulang pembakar dan bakar selama 1jam 30 minit.
- Setelah pavlova masak biarkan dulu pavlova selama 30 minit di dalam oven. setelah 30 minit baru dikeluarkan supaya ia tidak turun/mendap.
- Dan setelah pavlova tadi sejuk barulah diletakkan whipping cream, bolehlah dihiaskan dengan buah-buahan kegemaran.



Wednesday 6 June 2012

AIR TERJUN

Assalamualaikum...


2 hari yang lepas kami satu family pergi mandi-manda di air terjun Lata mengkuang, best jugak main air sebab dah lama tak mandi sungai, Air dia sejuk dan bersih. Sempat jugak aku tangkap anak-anak ikan dengan adik-adik aku. Kami juga berkelah di situ. Berkelah ikan bakar. kami bakar anak-anak ikan yg kami tangkap tadi. Ramai juga pengunjung yang datang untuk bermandi-manda dan berkelah di situ, kawasan air terjunnya sangat luas dan pemandangan sekitarnya juga sangat menarik. Sampai mengigil-gigil aku mandi, mana tidaknya berendam lama kemain. Air sungai dia pulak sejuk amat, setelah berpenat bermandi-manda pada pukul 4.30  petang kami pun bertolak balik. Hari pun makin petang dah rupa macam nak hujan. 








Monday 4 June 2012

PETUA RAMBUT LEBAT

Assalamualaikum...


Rambut yang lebat ikal dan mayang adalah idaman setiap orang, tak kiralah lelaki mahupun wanita,acece..ayat. ok nak sambung cerita ni, dulu masa darjah 3 aku ada 2 orang kawan baik. Kawan yang sorang ni cakap kalau bulu mata jatuh jangan dibuang dulu sebaliknya kau ambik letak dekat rambut kau, nanti rambut boleh jadi lebat(tahyul) kesannya setiap kali bulu mata aku jatuh je aku beriya-iya nak ambik letak kat kepala. begitu jugak dengan yang si pemberi petua dan kawan aku yang lagi sorang turut sama-sama terjebak mengamalkan petua ni. Hasilnya wallah rambut aku lebat 3kali ganda daripada yang asal.ok tipu! 



Kalau ikut petua orang dulu-dulu kalau tak silap diorang guna pati santan yang dilumur-lumur ke kepala dan dibiarkan selama 1jam. Hasilnya rambut lebat lah kot. Pati santan tu diperah daripada sebiji kelapa dengan menggunakan air suam. Setelah selesai cucilah bersih-bersih. Dah lebat.....silalah mencubanya kalau anda menginginkan rambut yang lebat serta hitam bermaya. Amalkan 2-3 minggu sekali.

Saturday 2 June 2012

BLOGLIST JUN INSAN BIASA

Assalamualaikum..





Sy join segment bloglist dari aridz, Thanks aridz sudi jemput sy, ^_^
kawan-kawan jum lah join, klik banner diatas untuk join.










Tarikh Tamat  : 5JUN 2012

Friday 1 June 2012

PUNCA HASAD DENGKI...

Assalamualaikum... Apakah itu hasat dengki? Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.

Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."

Dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:

1.Perasaan Permusuhan Dan Kebencian

Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur.

Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub..

Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan Dan Habuan.

Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.

Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.

Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai 'ghibtah' iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Wassalam


Marilah kita bermuhasabah diri, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan diri saya juga, wallahualam... 

Terima kasih kpd: Erti Hidup Seketika