Sunday 10 November 2019

SELAMAT HARI LAHIR BUAT SAYA DAN TEMAN PADA 10.11.2019

Assalamulaikum..

Saya menyambut hari lahir yang ke-26 manakala partner saya juga menyambut hari lahir yang sama pada hari ini yang ke-27 tahun. Tarikh lahir kami sama saya 10.11.1993 dan dia 10.11.1992.

Birthday wishes from both of us sweet kan



Saturday 9 November 2019

AKTIVITI JOGGING YANG MENYERONOKKAN

Assalamulaikum..

Minggu lepas kak aty dan family pergi berjogging di Pulau Buntring Yan kedah.. aktiviti ini dilakukan pada waktu petang dan sangat menyeronokkan sebab angin laut dan permandangan yang sangat mendamaikan...








my mom and my dad

Saturday 26 October 2019

RESEPI KEK SPAN WITH CREAM CHEESE

Assalamulaikum

Hai !!

Hari tu dah lama lah kak aty dan mak kak aty pergi belajar buat kek cheese. Kek yang tengah viral sangat-sangat sekarang iaitu kek span with cream cheese lah hehe.. Memang menjadi dan sedap sangat.. kak aty dah menjual kek ni menggunakan resepi yang kami belajar di Kolej Komuniti Sik tu hehe.. Nah kak aty share resepi nya di sini.. Selamat mencuba..

kak aty dan mak kak aty


RESEPI KEK SPAN WITH CREAM CHEESE


 


                 BAHAN-BAHAN

                 4 Biji Telur Gred A

                 5 Sudu Besar Butter

                 8 Sudu Besar Susu Segar

                 12 Sudu Besar Tepung Kek

                 1/2 Sudu Teh Cream Of Tar-Tar

                 8 Sudu Besar Gula Kastor


            CARA-CARA

  • Satukan Butter Dan Susu Ke Dalam Periuk, Panaskan Diatas Api Sehingga Butter Cair.
  • Kemudian Alihkan Campuran Butter Dan Susu Tadi Dari Api. Masukkan Kuning Telur Kacau Hingga Sebati.
  • Seterusnya Masukkan Tepung Kek, Kacau Hingga Sebati.
  • Setelah Kesemua Adunan Disebatikan.
  • Pukul Putih Telur, Cream Tat-Tar Dan Gula Sehingga Menjadi Tekstur Merangue.
  • Akhirsekali Campurkan Putih Telur Dan Adunan Tepungtadi Dengan Menggunakan Kaedah Kaup Balik. Setelah Adunan Sebati Masukkan Kedalam Acuan Kek.
  • Bakar Kek Dengan Menggunakan Kaedah (Water Bath) Dengan Suhu 130c Bersamaan 40 Minit.


         
                 CREAM CHEESE

                 250gm Cream Cheese

                 120gm Susu Pekat

                 50ml Whipping Cream

                 30ml Susu Segar



           CARA-CARA

·   Campurkan Kesemua Bahan Di Atas Dan Mix Hingga Sebati.
·   Topping Di Atas Kek Kemudian Taburkan Cheddar Cheese.


Thursday 24 October 2019

TETAMU DARI PAHANG DATANG RUMAH DAN MELAWAT KEDAH SAMBIL TENGOK BOLA

Assalamualaikum..

Hai !!

Pada hari sabtu 19/10/2019 kawan kak aty dari pahang datang Kedah sambil berkunjung ke rumah kak aty hehe.. Kawan kak aty ni belajar sekali dengan kak aty dulu masa dekat Uitm Sri Iskandar..
kak aty prepare makanan sebab dia di jangka sampai sini dalam pukul 12 tengahari so prepare la makanan tengah hari siap-siap supaya nanti dia boleh terus lunch kat rumah kak aty. 

Em.. Lupa pulak nak kenalkan nama kawan kak aty ni. Ha nama dia Muhamad Nur Faiz bin Baharuddin. panjang sangat kak aty panggil dia Faiz ja hehe..Dia ni dulu senior kak aty masa dekat Uitm.. Kenal dia pun sebab dia dulu presiden BISA masa kak aty mula-mula masuk belajar kat Uitm tu.. BISA tu kak aty lupa la apa maksud dia haha.. maklumlah dah lama tinggal zaman study kan.. tapi sebenarnya pelupa saja cover ayat haha..Ok so Faiz ni ketua lah bagi course kak aty time tu untuk pengetahuan korang kak aty ambik course diploma Ukur Bangunan masa kat Uitm dulu.. kak aty masuk Uitm masa 2011 ha dah lama kan hehe.. tu yang lupa dah BISA tu apa..haha..

So berbalik kepada cerita kak aty.. si Faiz ni datang Kedah sebab ada perlawanan bola sepak sebenarnya iaitu Kedah vs Pahang.. Nasib baik seri 3-3 sama kalau tak dah cakau-cakau kitorang haha.. cehh tak der lah!! kak aty pergi ambik Faiz ni kak RnR Gurun sebab dia suruh bas yang dia naik behenti kan dia kat situ.. sebenarnya si Faiz ni datang naik bas dari Pahang.. Dia cakap diorang datang 10 biji bas dan semua nya datang nak tengok bola.. kiranya diorang ni memang datang ke kedah ni sebagai pnyokong Pahang lah.. Gitu citer dier hehe..

So bila dia call sampai tu kak aty terus lah pergi ambik dia kat RnR tu hehe.. Dia boleh pulak p tunggu dekat RnR sebelah sana.. Kak aty datang tunggu arah ni haha.. Dah tu dia kena lintas jalan raya pulak nasib baik tak da apa-apa dah la kereta banyak.. yela kan ada perlawanan bola kan..Risau tau kita haha..

So masa dalam kereta tu kak aty cuma diam jer kak aty tak banyak cakap sangat sebab kak aty malu haha.. so sampai lah kat rumah kak aty.. Masa dekat rumah kak aty tu dia sembang-sembang lah dengan parents kak aty.. Bual pasal kat mana rumah dia, dan macam-macam lagi lah.. Faiz juga ada bawakan buah tangan  iaitu keropok ikan Terengganu..hehe thank you mu..

Lepas dah berbual lama mak kak aty pun jemput dia makan tengahari masa tu ayah temankan Faiz makan..lepastu adik jat pula datang makan sekali.. kak aty tak join pun sebab malu haha.. mak kak aty pun teman diorang makan tapi mak kak aty tak makan pun bukan sebab malu eh.. haha..sebab mak kak aty tolong sendukkan nasi dan layan diorang makan jer sambil sembang-sembang dengan Faiz tu jugak hehe..

so lepas je habis makan-makan Faiz rehat-rehat kejap dan selepas tu dia pun p la sembahyang zohor kat bilik abang kak aty..hehe.. time dia  sembahyang tu la kak aty cepat-cepat p makan haha.. tunggu Faiz tak der dulu baru kak aty p makan sebab malu haha.. so lepas dah makan kak aty p sembahyang dan bersiap-siap nak hantar Faiz ni pula ke Stadium dekat Alor Setar..

Lepas dah siap-siapp tu mak kak aty bagitahu mak dengan ayah kak aty nak kekedai kejap nak beli buah tangan untuk Faiz bawa balik ke Pahang nanti.. so mak kak aty pergi lah kedai dengan ayah kak aty.. balik tu mak kak aty jamu Faiz air kopi dan cucur pisang untuk Faiz.. Akhir sekali time Faiz nak balik tu mak kak aty bekalkan buah tangan dekat Faiz mak kak aty bagi Kopi kedah dan Lempuk Durian yang mak kak aty buat sendiri tau.. hehe.. so special kan untung kau Faiz.. hehe.



Wednesday 23 October 2019

LIKE MY PAGE (HELLO KITTY CIK TIP TOP)


Assalamualaikum..

Hai korang kak aty nak bagi tahu ni kak aty ada buat page hello kitty cik tip top untuk kak aty iklan kan perniagaan kak aty dan sebagainya lagi.. korang jangan lupa like facebook page kak aty tau.. okay thank you korang xoxo

macam mana nak like??? korang boleh pergi sidebar kak aty atau korang boleh direct ke facebook kak aty caranya mudah ja.. tekan pada gambar 
yang kak aty letak dekat bawah ni..
 nanti korang akan terus ke page yang kak aty maksudkan dan jangan lupa like yer...
thank you korang..much love xoxo




Wednesday 25 September 2019

AMAN CENTARL ALOR SETAR

Assalamualaikum

Hari tu pergi jalan-jalan ke Aman Central Alor Setar... Secara tak sengaja termasuklah satu kedai ni tengok harga semua murah-murah semua ada tulis SALE!! SALE!! tanya lah adik penjaga kedai tu dia cakap kedai tu dah nak tutup akan digantikan dengan kedai baru iaitu kedai tudung pula.. patut la murah-murah diorang dah nak clear stok sebab dah nak behenti operasi rupanya hehe.. sempat la jugak kak aty beli baju jubah plain dengan dua helai tudung memang betul-betul murah hampir separuh harga daripada harga biasa yang mereka jual.. kuliti baju dan tudung ppun memang berkualiti.. memang puas hati dan berbaloi..hehe..  mak kak aty pun beli sepasang baju kurung kembang memang cantik.. hehe...








Monday 23 September 2019

OVERALL SELF CARE ROUTINE


SIMPLE HOME MADE LIPS SCRUB


DAILY STEPS SKIN CARE ROUTINE

Follow all the steps above

addition :

1. Gosok gigi
2. Scrub bibir


Things that should bring to Office

1. Lipstick
2.Tooth brush
 3.Tooth paste
4. Face wash
5. Toner
6. Moisturizer
7. Sunscreen
8. Compact powder



Monday 9 September 2019

MY LOVELY MOM AND DAD


 Assalamualaikum..

Syurga kami 
Our Beloved Mom & Dad

Monday 2 September 2019

I LOVE BEACH AND ART

Assalamualaikum..

Saya sangat sukakan pantai dan seni.. Here some picture of art and beach hehe..









TANJUNG DAWAI KEDAH

Assalamualaikum..
Pada 1 September 2019

Hai apa khabar semua pembaca blog ni.. Kemarin saya dan keluarga pergi ke Tanjung Dawai untuk jalan-jalan dan makan tengahari di restoran ikan bakar dekat tepi laut.. Seronok sangat dapat pergi dengan family.. Kami berehat di bawah pokok ruu di tepi laut sambil menikmati deruan angin dan keindahan pantai.. Mak dan Ayah lah yang bawa kami.. Saya memaksa Mak dan Ayah saya untuk mengambil gambar hehehe...Kami sekeluarga amat sukakan pantai kerana ianya amat mendamaikan..

Selalunya pada cuti hujung tahun kami selalu pergi bercuti di tempat-tempat seperti pulau atau tempat yang berpantai kerana kami gemar mandi laut.. hehe.. Tempat yang kami selalupergi adalah Pulau Langkawi dan juga Pulau Pangkor dan Teluk Batik dan tempat-tempat yang ada laut yang lain  seperti kelantan dan sebagainya..hehe..

Terima kasih Mak dan Ayah kerana membawa kami ke tempat-tempat yang menarik dan cantik dan menyeronokkan kami sangat beruntung mempunyai Mak dan Ayah yang baik dan kami sayang Mak dan Ayah...


My Love Of My Life Mak dan Ayah


Saya 





Abang Saya

Adik Saya








Tuesday 27 August 2019

AIS KRIM KELAPA


Assalamulaikum

 Pada 22 Ogos 2019

Saya bawa adik saya yang praktikal di TNB Sik makan-makan dekat karnival apa entah kat Sik ni.. Rasa ais krim kelapa memang sedap dan kenyang sebab dalam tu ada pulut, roti, kacang2 so yummy.. 







SELAMAT HARI RAYA 2019








Asssalamulaikum..

Pada 5 Jun 2019

SELAMAT HARI RAYA SEMUA DARIPADA KAMI SEKELUARGA MAAF ZAHIR DAN BATIN





AVENGERS END GAME




Assalamulaikum..

Pada 1 Mei 2019

Kami pergi tengok wayang cerita Avengers End Game so far so good movie ni memang best hehe... Ramai tahap tak boleh bawak bincang shopping mall kebetulan hari ni hari pekerja 1 Mei kan huhu nak cari parking pun susah woo..hehe..








PEMAIN BOLA SEPAK KEDAH 2019


Assalamualikum..

Pada 15 Mac 2019

Kebetulan melawat taman Tasik Darul Aman Jitra, pastu ada player bola sepak kedah kat situ jugak... Ni masa bergambor denagan diorang.. heheh..