Wednesday, 10 October 2012

KELAS MEMANDU TAK DAFTAR LAGI. ECECECE..



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Hai... uoolls.. lamanya tak update blog,haha. ayat manis blogger yang selalu korang dengar.. betul tak?? ehh manis ke?? sila abaikan hehe. okey lah.. sebenarnya   tak ada story best yang nak diceritakan pun. Hemm sekarang ni kan minggu exam so budak2 student macam budak rajin ni, busy sikit lah hehe.  emm semoga Allah pemudahkan segala urusanku dan memberiku ketengan ketika menjawab paper , amiiinn.. :)

Dalam pada sibuk duk exam jugak.. hati ni dah lama rindu nak balik rumah,  dah lama tak balik rumah,  rindu nak tengok mak ayah laaa.. waaaa :'(


Sebenarnya cuti ni plan nak ambik lesen kereta lah.. agak-agak lulus tak nanti sampai dapat P haha. Takut lah.. tak reti bawak kereta. macam mana nii. orang yang ajaq bawak kereta tu garang dak?? heee.. Gelabah laa kau nii tira oii nanti depa ajaq lah bawakk.. apa lah hang nii.. ohhh yaka?hehe.



VROOOMM...VROMMM...







Saturday, 25 August 2012

TIPS,TRICK,DAPATKAN MAINAN PERCUMA:)

            
    Assalamualaikum...

Tadi masa tengah lepak-lepak depan tb, tiba-tiba terfikir nak makan burger tanpa membuang masa saya pun ajak lah ayah pergi kfc nak makan burger, sampai je dekat kfc di first place tuu.. mak aii ramai gila.. ayah cakap hang nak beratur ka?? jom lah pi makan dekat tempat lain.. saya pun emm jom lah, tapi adik pulak cakap tak mauu larhh... aku nak makan sini ja.. kan tadi aku dah habaq aku tak mau makan jauh-jauh, kalau cakap sini, sini jalah(adik darjah tiga, anak bungsu dalam keluarga, musuh ketat aku kerana selalu berselisih paham).. lepas tu kami keluar kejap, after dah bincang2 sebab masing-masing malas nak pergi beratur, then ayah kata jom lah kita makan kfc dekat R&R jalah, situ confirm tak ramai sangat nanti.. so kami pun pergi lah R&R. sampai2 ja hujan lah pulak, kebetulan payung pun ada satu ja.. Aku bab2 redah hujan ni memang perkara biasa dah, sebab kalau hujan masa kat tempat belajar, bukan aku guna payung pun, main redah ja.. renyah nak payung2. kira dah berpengalaman lah buat kerja2 ni,hehe. apa lagi lari laju-laju lah... orang first sampai okay, wah bangga kejap >.< 

Lepas dah oderr semua and makanan pun dah ambik, tunggu nak bawak ke meja dan makan je.. dah duduk-duduk tu tiba-tiba terdengar suara budak kecik menangis.. first2 tu tak pe lagi.. biar lah kan, budak2 nangis biasa lah tu, kalu bapak budak nangis lain lah kan. Malas nak layan. Tapi 10 minit aku duk makan pun budak tu tak berhenti-henti menangis lagi, kerongkong aku dan2 rasa nak termuntah, telinga apatah lagi.. ngiluuu, bingit yak amatt.. grrr nak makan pun tak selera lah. mana taknya budak tu tadi depan  meja aku jah.. adoii sakit2.

Tak kesah sangatlah kan sebab dia tu budak2 manalah dia tau apa2.. yang menyakitkan hatinya adalah MAK budak tu (seharusnya bertimbang rasa kepada pengunjung2 lain, atleast pujuk anak tu).. aku macam nak p lempang je mak dia laju-laju.. anak nangis dia buat tak tau ja,bukannya nak pujuk, ni langsung tak pujuk. Makan tanpa rasa bersalah pulak tu, Sedangkan orang ramai kot dalam kedai tu.. arhhh geramnya. Anak dia nangis 30 minit lamanya aku rasa, kesian budak tu... Suara anak dia nangis tu annoying kuat gila. bayangkanlah satu frencais tu bunyi suara budak tu je duk menangis.. semua orang makan dalam keadaan tidak tenang time tu, aku dapat nampak dari pancaran wajah setiap orang dalam kedai tu... budak tu nagis lama gila kot, sampai kan zinger buger sama cheezy wedges satu plate, and air dua gelas dapat aku habiskan time tu, perhh tadi cakap nak termuntah bagai, tapi apa.. haha. mungkin tekanan suara budak tu menyebabkan selera makan aku tiba2 meninggkat dan kepantasan makan pun jadi laju. =,="
Renungkan gambar di bawah!!

<Google image>

Pastukan pekerja2 kat situ pun datang lah.. mungkin dah than bunyi bising agaknya.. lepas tu diorang pun tanyak dekat budak tu, adik nak apa?? budak tu pun jawablah.. (bla..bla..bla..) aku pun, apa dia mak?? dia cakap nak apa?? spiecy??? mainan! ohh... mainan, ingat spiecy. nampak tak kepekakkan telinga aku tu, ni mesti effect daripada suara budak tu tadi. (ayat cover). 

seminit kemudian budak tu datang balik dengan membawa mainan patung spiderman di tangan dengan wajah penuh senyuman kepuasan. Akhirnya dunia kembali aman dan tenang.. Akhirnya.. 

Nampak tak permainan dia?? kalau korang nak mainan free and then tak cukup duwet nak beli.. silalah mencuba taktik di atas, trick ini hanya berkesan untuk kanak-kanak yang berusia 5 tahun kebawah sahaja. kalau engkau yang dah umur hampir dua puluh lima tahun tu jangan berfikiran cetek nak buat macam ni.. aku rasa pekerja tu akan datang jugak nanti.. bukan datang bawa kau pergi ambik mainan.  tapii.... datang bawak kau masuk belakang kedai. belasah kau sampai lembikk.. so kalau nak praktik tu sila tengok umur dulu ye... kalau dah nak sangat sila bawak anak2 buah atau kalau ada adik2 yang masih kecil tu untuk dinangiskan sambil mintak mainan. okay.. setakat itu dulu bebelan pada hari ini.. tak terlambat lagi rasanya kalau nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. tata. -:p





Saturday, 18 August 2012

terlupa birtday ayah

           
 Assalamualaikum...

Hai.. kalian, sihat? Alhamdulliah semua sihat :) ada cerita sedih nak di story mory nii.. semalam birthdya ayah saya entah macam mana pulak saya boleh terlupa.. sedangkan di hari-hari sebelum ni saya dah ingat sangat2 dah tarikh birtday ayah saya.. bila tiba harinya saya boleh terlupa, bukan setakat sya je lupa.. family saya yang lain pun. Mesti ayah saya sedihh kan, ye.. memang dia sedih pun. Rupa-rupanya dia tunggu text dari saya untuk wish dan ingat birthday dia, seperti yang selalu saya buat sebelum-sebelum ni, saya akan wish kepada ayah saya time tengah-tengah malam.

yang boleh membuatkan saya teringat birthday ayah saya ni, ceritanya macam ni masa dekat shopping complex, ayah tiba-tiba dia beli kek, nampak tak?? dia beli kek sndiri-sendiri je.. sebab dah tak der sorang pun anak dia ingat birthday dia,sob..sob..hehe, ok sambung.. pastu saya saja lah cakap macam ni..ehh beli kek untuk birthday sapa nii.. lepas tu adik saya yang kecik tu sambung.. beli untuk adik lah kan hari tu birthday adik,

saya pun ohhh.. bukan birthday adik mak dah beli kek ke hari tu?lagi pun birthday adik kan bulan 6 hari tu.. jangan nak ngada2 cakap birthday adik.. hee... pastu tiba-tiba mak saya bersuara ohh ni untuk birthday ayah. saya pun terkejut kejap, yelahh... semalam birthday ayah lah.. ayah happy birthday sorry kakak saja2 buat lupa, memang kakak nak ingat pun dan memang nak wish lambat sikit. (ayat cover)

lepas tu sy jalan menghampiri mak dan berbisik di telinga mak, makk.. kenapa tak ingatkan sy yang semalam birthday ayah.. kakak.. mak pun terlupa sebenarnya, hari ni baru mak ingat,ahh sudah..hehe rupa-rupanya mak pun tak ingat, pastu ayah cakap lah.. yang sebenarnya ayah dah cerita kat mak dia cakap kakak dah tak ingat birthday ayah kali ni.. selalu dia akan text dan wish birthday ayah.. tu mak cerita kat sy,

ayah pula cakap masa dia dekat sekolah ada sorang jee student dia yang ingat, budak perempuan ni tanya dekat ayah saya, cikgu.. hari ni berapa hari bulan?? hari ni hari apa cikgu?? banyak kali pulak tu dia tanya dekat ayah saya.. ayah saya cakap lah hari ni 15 hari bulan.. ye.. selamat hari jadi cikgu.. ayah sy cakap tengok anak murid dia je ingat, anak dia sendiri tak ingat pun..walaupun ayah sy nampak macam biasa-biasa je, tapi sebenarnya dia touching jugak tu dengan sy hehe..



happy birthday ayah :)


sorry ayah, lepas ni kakak tak lupa lagi tarikh birthday ayah.. ayah sy sedih lah sebab ayah rapat sikit dengan saya, lepas jalan-jalan sy diam-diam pergi singgah kedai hadiah.. pening punya nak beli apa, last-last saya belikan ayah neck tile, dalam tengah runsing duk memilih yang sesuai tu.. bukan apa takut tak sesuai pulak dengan ayah saya nanti, bab pilih barang ni sy fail,hehe... tiba-tiba tengah belek2 mak datang.. cepat sikit, dorang dah tunggu dalam kereta tu.. makk tolong kakak pilih ni, mak yang ni cantik tak?? cantik2 cepat2.. hehe, senangkan mak. Rupanay mak pun belikan ayah hadiah juga dekat kedai tu.. hehe -:p