Saturday, 25 June 2016

MY BODYGUARD 3 ORANG GENTELMENT


ASSALAMUALAIKUM


Semalam punya cerita plan nak p beli baju raya time pagi.. pastu solat jumaat kat perjalanan boleh plan jelah.. alih-alih petang baru pergi.. semalam lepas solat jumaat dalam pukul 3 macam tu kami p sungai petani beli baju raya alih2 jumpa bos kat parksoon sungai petani. nasib baik bos tak nampak.. pheww berpeluh...

Ni nak cerita pasal hero2 atau body guard aku..hahaha macho tak semua baik ngaku.. yang paling depan tu adik aku yang paling kecik. kecik ke? tak kecik sangat la... dia ni kalau pilih barang mau berejam tunggu yang dia sahaja..  yang tengah berbaju putih tu adik aku nombor tiga dia ni asyik dengan iphone dia ja. dunia dia dengan iphon dia saja yang belakang sekali tu abang sulung aku abang long hery ni pun kalau pilih apa-apa lepas tengok yang ni nampak yang lain pulak pegang yang lain yang lain pulak dia nampak.. hahaha. macam-macam kalau aku pulak ikut ja tapi sekali membeli tak ingat dunia.

itu sahaja untuk coretan kali ni daaa...




Friday, 24 June 2016

TEMA BAJU RAYA 2016 IALAH WARNA GREY ATAU KELABU



ASSALAMUALAIKUM


Hai... selamat berpuasa pembaca blog yang budiman,,, tup tap tup tap dah 20 hari genap kita berpuasa pada tahun ini. Terasa macam sat ja.. dah nak raya.. Macam mana dengan persiapan raya hampa.. dah siap ka atau tunggu last minit baru kalut nak shopping baju raya.. ok kita straight to the point..


Pada tahun 2016 ni atirah dan keluarga memilih tema baju raya kami sekeluarga dengan warna grey atau kelabu asap orang panggil haaa kau! Alhamdulillah semua dah beli baju warna grey cuma mak ja yang belum jumpa yang berkenan di hati baju warna grey..



Bagi atirah sendiri tirah menggunakan konsep mix and match haaa sebab apa atirah kata macam tu.. sebab baju raya atirah bukan yang sepasang siap dah tapi baju raya atirah kali ni unik sikit sebab tirah beli baju dan kain nya asing.. kenapa atirah kata lagu tu.. sebenarnya baju raya atirah beli asing-asing cuma warna kain dan baju tirah pilih yang seakan-akan.. haa kalau nak tengok tunggu atirah update gambarnya masa raya nanti.. Mesti tak sabarkan ceewahh.. hehehe




Wednesday, 15 June 2016

HADIAH PELANGI


ASSALAMUALAIKUM



Hai dah bertahun lama ku meninggalkanmu hahaha tinggal blog lah hampa ingat tinggal apa???
di waktu masa dan ketika aku update blog ni time bulan puasa (17/06/2016)  2016 penting untuk aku tulis tarikh tu sebab entah tahun bila pula akan aku update blog lagi huhuhu... sekarang aku nak cerita pasal kerja aku.. kalau nak baca teruskan baca.. kalau tak nak dan terfikir macam ehh macam lah aku kesah kau kerja apa.. boleh lah tinggalkan blog ni.. hehehe aku menulis di blog ini hanya sebagai dairi aku dan aku menulis hanya apabila aku terasa nak tulis.. kira macam tempat aku luangkan masa aku untuk bercerita hal-hal yang terjadi di sekeliling aku.. hehehe..



Sebenarnya dah nak masuk tiga bulan aku berkerja sebagai pembantu tadbir ukur bahan di SEMARAK LAGENDA SDN BHD dekat sini banyak benda aku belajar.. belajar jadi seorang pekerja semestinya lah kan...belajar untuk lebih bedikari sebab sebelum ni aku banyak berharap kepada orang terdekat aku terutama kedua ibu bapa aku dan adik-beradik aku.. alhamdulillah syukur aku dah semakin bahagia di samping keluarga tercinta tapi bukan bermaksud aku tak bahagia sebelum ni cuma lebih bahagia..
seperti quote ini...

Allah bagi kita hujan, kita basah..
selepas itu Allah hadiahkan kita pelangi, 
yang indah