Wednesday, 26 April 2017

HANYA MAMPU TERSENYUM


Assalamualaikum....

Hai kalian, apa khabar??  khabar baik hendaknya ya... hehe.. kak aty ada satu story story ni best ke tak best?? ko rase hehe.. terover pula disitu.. sebenarnya kan 01.04.2017 genap setahun kak aty berkerja di komponi big boss kak aty En. Abdul Halim Ali... kak aty nak mengomel sikit lah kan.. seberenarnya kak aty seronok cuma ada tapi?? apa tapinya?? ha meh sini kak aty nak kobar kek ekau ni haa.. dengar baik-baik ye.. Hadam dan halusi cukup2 cerita kak aty yang kak aty bakal cerita kan dekat korang ni.. dari tadi tak cerita-cerita.. ok.. haha.. saje buat suspend.. 

sebenarnya kak aty happy sangat sebab 1 ada kerja, 2 dekat dengan rumah, 3 makan free, 4 dan banyak lagi kalau kak aty nak senarai kelebihannya syukur sangat... kak aty ni jenis yang sensitif nau orang nye.. apa2 orang buat kak aty jenis yang cepat terasa.. korang rasa ada tak tips nak buang atau kurang kan tabiat ni.. kak aty rasa benda ni sedikit sebanyak mengganggu kehidupan dan kerja kat aty.. sbb tahap kesensitifan kat aty ni dah terlampau over sampaikan mengganggu emosi kak aty.. 

kalau korang ada tips share la degan kak at.. kak aty perlu sangat.. sikit2 kat aty ni cepat terasa..

kak aty rasa kak aty perlu muhasabah diri dan banyak bersyukur diatas rezeki dan nikmat kehidupan yang Allah pinjamkan ni.. kak aty akan bvelajar sikit demi sedikit sampai kak aty berjaya buang tabiat buruk kak aty tu.. korang doakan lah kak aty berjaya ye... Sekian kak aty mohon undur diri.. Assalamualaikum....


HIDUP KENA CHILL DAN BANYAK BERSYUKUR KEPADA ALLAH


                          

Monday, 22 August 2016

DEAR HAWA

Assalamualikum...
Tadi semasa blogwalking kat satu blog ni ‎~♥~Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari LELAKI~♥~ Satu Soalan Buat Hawa. Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.... ... ...Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous. Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo. Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW. *** Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan? Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia? Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga? Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~ Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden? Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas? Baca ni ; Satu jawapan dari LELAKI, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup. Satu jawapan dari LELAKI, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Satu jawapan dari LELAKI, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak? Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~ p/s : Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..~♥~ sama2 kita mnjaga ye muslimah..insyaALLAH.. ^_^ ikhlas...


Wednesday, 13 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Assalamualikum


hai selamat petang.... hari ni dah hari yang kelapan raya... seronok ke raya korang... yang bestnya tahun ni raya aku tak dak sorang pun kawan aku yang mai rumah cuma aku ja yang p rumah depa.. alhamdulillah kuih raya depa buat sedap plus banyak pula tu.. rambang mata aku.. paling aku suka kuih yang dikelilingi badam tu.. aku lupa pula nak tanya nama kuih tu.. memang sedap sehingga aku lupa nak tanya nama dia... eheheh... 


aku nak upload gambar family aku sedondon berbaju raya tahun ni.. check it up