Thursday, 5 October 2023

 Assalamualaikum...


Lama sudah saya tidak update blog rindu nak aktif berblog lagi.. sebenarnya blogging ni juga satu aktiviti yang bagus untuk release stress sebab kita boleh luahkan persaan dan apa yang kita rasa melalui penulisan. Insya Allah kalau saya ada masa saya akan aktif semula untuk berblogging saya sebenarnya ada niat nak berblogging lagi tapi akan daya saya hanya berniat disebabkan saya sekarang sibuk dengan perkerjaan hakiki saya.


Saya nak cerita sikit kisah hidup saya sekarang ini.. sebenarnya saya sekarang teringin nak pergi travel jauh memandangkan saya sekarang sudah lama tidak pergi berjalan-jalan.. first tempat yang saya teringin sangat nak pergi buat masa sekarang adalah Langkawi hihi sebenarnya xda lah jauh sangat Langkawi tu tapi saya tiada masa kan soon insyaAllah doakan sy ye kawan-kawan :)

Wednesday, 12 April 2023

TRAFIK COPS KANGAR

 Assalamualaikum...


Selamat pagi semua tenggelam timbul dah ni lama tak update blog semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan sihat selalu hendaknya. Saya sebenarnya lama tak update blog ni sebab terlalu sibuk dan tiada masa untuk update macam selalu :( Sebenarnya hari ni dah 23 hari berpuasa dan sangat seronok sebab lagi beberapa hari dah nak raya. persiapan raya dah siap ke uools hihi..



Thursday, 8 December 2022

PENGALAMAN DI TEMPAT KERJA BARU

 Assalamualaikum wbr selamat pagi sudah lama saya tidak menaip sesuatu di ruangan blog saya setelah sekian lama saya berehat.

Hari ini saya berkesempatan menulis blog disebabkan saya mempunyai masa lapang untuk menulis.

Sejak tahun 2021 pada bulan 6 saya telah berpindah tempat kerja ke ipd kangar cawangan trafik. Saya berasa amat gembira kerana saya dapat bekerja berhampiran dengan kampung saya di Jeniang Kedah.

Sejujurnya saya agak kekok untuk bekerja di jabatan unit berunifom ini memandangkan saya tidak pernah bekerja dengan badan berunifom ini. Saya pada mulanya agak terkejut atau culture shock dengan keadaan disini yang agak berlainan dengan tempat kerja saya selum-sebelum ini.

Saya berasa mereka di bandan berunifom ini agak kasar dan tegas. Saya berasa amat tidak selesa dengan perubahan persekitaran baru di tempat kerja ini. Tetapi saya akui saya perlu membiasakan diri memandangkan saya perlu berbuat demikian untuk masa depan kerjaya saya pada masa akan datang.

Sekian sampai di sini sahaja penulisan saya pada kali ini,

sehingga berjumpa lagi dilain waktu. bye Assalamulaikum.