Wednesday, 30 May 2012

Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie

Assalamualaikum...

Nak join: klik banner diatas



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follower Blog anda 350 dan kebawah , atau 500 dan kebawah juga (tempat terhad)
2. Tajuk "Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie"
3. Copy banner budak tecik atas ni dan linkkan ke Sini (URL segmen ini) atau anda tak pandai , anda boleh guna cara ini (Click Here)
4. Follow blog FR (nak unfollow lepas habis promosi blog pun boleh)
5. Erm.. itu jela rasanya (^_^) lebih-lebih nanti muntah uwekkkss.
6. Semua syarat dituruti blog anda dimasukkan dalam bloglist Fariz Reza [Dot] Com
7. Masukkan link entry anda di Kotak Komen bersama ayat seperti berikut "Setuju atau tidak setuju" blog anda dimasukkan dalam BW list ( Penjelasan )

Note:
Segmen ditutup apabila Blogger yang mendaftarkan diri seramai 50 orang.
Bloglist anda kekal selama seminggu dari tarikh segmen ditutup.





Tuesday, 29 May 2012

"DIA KEMBALI"

Assalamualaikum...

Dah dekat dua minggu kucing aku mati.. semalam dia datang dalam mimpi aku. dalam mimpi tu BELANG(nama gelaran bagi kucing =.=") datang kat aku dia dah besar,makin besar dari dulu la. Dia bergesel kat kaki aku sambil bunyi meaw.. aku sempat la jugak usap badan dia berberapa kali sebelum dia pergi dan lenyap dari pandangan aku. kebiasaannya BELANG akan bergesel sambil memandang muka aku atau sesiapa saja yang rapat dengan dia.

BELANG memang seekor kucing yang jinak. dan sangat disayangi oleh semua orang dalam keluarga aku, dari kecik kami dah bela dia,BELANG ni kucing yang sangat istimewa bagi kami. Seminggu pertama dia tak ada kami semua berasa sedih sangat terutama adik aku yang bongsu. dialah paling terasa sekali sebab selalu lepas je, balik sekolah terus dia cari belang dan main-main dengan kucing ni. Adik aku memang suka kucing dari kecik-kecik lagi. kami bela kucing dan suka kucing pun sebab dia lah.


Sebelum ni keluarga kami tak berapa minat kucing sangat apatah lagi membela makhluk yang comel tu. memang mustahil lah. cerita pasal aku keluarga aku suka kucing ni semuanya berlaku lebih kurang dua tahun lalu. Ada seekor ibu kucing ni. mulanya dia kena buang dengan tuannya kat kawasan perumahan aku ni. aku suspek dia kena buang pun sebab keadaan dia yang tengah bunting masa tu.. memang trajis dan kejam aku rasa. Bela kucing ni takda la best mana (ada jugak peminat kucing yang tarik muka) , tetapi kita rasa sayang bila kita dah rapat dengannya. Kenapa dan mengapa belang ni mati biarlah menjadi rahsia keluarga, cehh tak da lah. Belang mati sebab kena gigit dengan <dog><", dogie mogie yang jahat!







Lepas je belang mati, ingat nak cari kucing baru, tapi belum jumpa lagi yang sesuai. Ada sesiapa nak dermakan tak??(kidding) =.="



Cara mudah tanggalkan blackhead



Assalamualikum…


Cara berkesan nak hilangkan black head/white head kat muka, terutamanya kat hidung tu. simple saja cuma perlu ada 1 biji telur, ambik putihnya saja, kuningnya boleh di goreng buat makan dengan nasi, ok mengarut! lepas tu kapas muka (facial cotton). Bila ditarik je masker  yang dah kering tu dari muka, perhhh sakit! keluar habis segala black head/white head yang menetap. Aku guna pore pack pun, tak tanggal sakan macam ni. kepada sesapa yang nak tanggalkan white head/black head kat hidung, Ha meh try cara ni, aku dah buat memang berkesan. Alhamdullilah..



Info sikit : Blackheads terhasil kerana liang roma/ pori tersumbat dengan keratin dan sebum yang menghitam kerana teroksida.




ni contoh cotton pad yang
digunakan




ni contoh gambar dari internet, 
ni apa banyak gila nih??ohh wierd.


Mula-mula korang kena wap kan dulu wajah/muka korang dengan air panas, tujuan dia kasi pori-pori tu terbuka.Lepastu, celupkan kapas muka yang korang yang dah bahagi dua tu kat dalam putih telur. kemudian tempek lah dekat wajah/muka tu ye.. Tunggu sampai kering baru tanggalkan.

last skali, cuci dengan air panas air suam, kalau aku rajin, aku guna air suam, kalau ehm..ehm..aku bantai air sejuk je(jangan ditiru ni, tujuan mencuci wajah dengan air suam adalah untuk memebersihkan pori-pori yang tersumbat dan membunuh bakteria yang bertapak di wajah/muka). Ok lepastu letak toner, dah siap.
hasilnya nanti kulit jadi lincin. smooth gitu.





p/s: kena rajin ni kalau nak buat, jimat dan mudah :)