Friday, 2 August 2013

Assalamualaikum....

Hai semua apa khabar? selamat berpuasa.. sedar tak sedar dah hampir ke penghujung ramadhan pada tahun ini. rasa macam baru semalam je berpuasa sekejap sangat masa berlalu. persiapan nak menyambut syawal pula macam mana? dah beli baju raya ke belum? hope korang semua tak melebih-lebih dalam berbelanja lah ye.. hehe. takot nanti jadi membazir pulak kan. hehe. macam biasa raya mesti nak ada baju baru kasut baru tudung baru. apa-apa pun tahun ni saya tak buat persiapan apa-apa lagi pun.. mungkin sebab dah tua kot. mood nak raya tu dah kureng berbanding masa kecik-kecik dulu. hehe. tahun ini ingat nak beli baju jubah pula buat dipkai masa raya nanti. dah lama menyimpan niat nak pakai jubah pada raya kali ni. 









                                                                                                                           

Saturday, 10 November 2012

Happy birthday to me.. 10.11.12 ..

      Assalamualikum...

Hai..hai.. lame tak mengupdate, what's up?? hope sihat-sihat belaka ye?? ok good. Happy birthday to me. Alhamdulillah di panjangkan umur lagi.. Tima kasih ya Allah.. Semakin lama samakin meningkat usia dah.. Syukur ya Allah kerana memberi peluang untukku bernafas dimuka bumi ini. Semoga dipanjangkan usiaku, di murahkan rezekiku, dan di beri kesihatan yang baik. Dan dipertemukanku jodoh yang baik-baik. Semoga hidupku diberkati dunia dan akhirat. Di beri kekuatan dan semangat yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan dariMU dan di beri nikmat untuk merasa kebahagiaan bersama keluarga. Aminn.. Syukur ya ALLAH ^_^

Tajuk entri ni happy birthday to me.. agak keterlaluan disitu. Wish sendiri-sendiri jee, ada jugak macam tu..Huhu. sila abaikan.

Usiaku sudah menjangkau ke angka......, born 1993 errkk kira lah sendiri hehe. Satu benda yang aku perasan tarikh hari ni agak cantik juga yaa... Tak cantik pun takpa.. sila lah iyaa kan jugak.. please..please..=.=" hehe.



10.11.12







Saturday, 3 November 2012

berhentilah menyakiti hati ini..

         

kenapa disaat aku sudah mula menerima hakikat dan sudah boleh melupakan kau.. kau hadir kembali? kenapa di saat aku sudah mula kuat menerima takdir ini.. kau datang memberi harapan. adakah kau sengaja mahu menyeksaku?? cukuplah wahai dikau.. hati ini tidak kuat lagi untuk menangis.. hati sudah kering air mata..hati ini sudah cukup derita cuba melupakanmu..jngan lah kau menyiksa hati ini lagi dengan harapan palsu mu itu.. amat pedih jiwa ini mahu melupakan orang yang satu ketika dulu pernah menyanyayi diri ini, amat perit melalui hari-hari dengan luka yang pernah engkau berikan..cukuplahh wahai dikau menyakiti perasaan ini. sesungguhnya aku tidak memerlukanmu lagi..cukuplah, dan jangan hadir lagi dalam hidup ini.. sudah tidak ada lagi ruang untukmu di hati ini.. ku harap dikau belajar dari kesilapanmu.. sayangngilah orang yang menyanyimu.. jangan sampai suatu saat bila kamu sudah kehilanganya baru kamuu mahu menghargainya... cukuplah perit yang aku lalui selama ini. ku harap dikau mengerti. maafkan daku kerana tidak dapat meneruskan ini lagi.. ku titipkan doa agar dikau bahagia..