Monday, 22 August 2016

DEAR HAWA

Assalamualikum...
Tadi semasa blogwalking kat satu blog ni ‎~♥~Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari LELAKI~♥~ Satu Soalan Buat Hawa. Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.... ... ...Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous. Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo. Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW. *** Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan? Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia? Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga? Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~ Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden? Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas? Baca ni ; Satu jawapan dari LELAKI, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup. Satu jawapan dari LELAKI, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Satu jawapan dari LELAKI, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak? Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~ p/s : Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..~♥~ sama2 kita mnjaga ye muslimah..insyaALLAH.. ^_^ ikhlas...


Wednesday, 13 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Assalamualikum


hai selamat petang.... hari ni dah hari yang kelapan raya... seronok ke raya korang... yang bestnya tahun ni raya aku tak dak sorang pun kawan aku yang mai rumah cuma aku ja yang p rumah depa.. alhamdulillah kuih raya depa buat sedap plus banyak pula tu.. rambang mata aku.. paling aku suka kuih yang dikelilingi badam tu.. aku lupa pula nak tanya nama kuih tu.. memang sedap sehingga aku lupa nak tanya nama dia... eheheh... 


aku nak upload gambar family aku sedondon berbaju raya tahun ni.. check it up




Saturday, 2 July 2016

ENTRY KHAS SEMPERNA NAK DEKAT RAYA 2016



ASSALAMUALAIKUM


Hari ni dah 28 hari kita berpuasa lagi dua hari ja lagi nak raya. berlalu lah sudah ramadhan sebulan berpuasa tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira lalalala... cuba nyayi macam esok dah nak raya.. wahh excited nok kau! semperna nak raya ni semua nak beli baru almaklumlah raya setahun sekali jadi mestilah nak bergaya sakan dengan semuanya kalau boleh nak baru kann?? not true.... 

semuanya mesti bersederhana haa tu baru betul. ikut bajet sendiri lah bukan semua kita mampu nak beli baru ye dak?? lain lah kita ni jenis yang poket tebal makan tujuh keturunan pun tak habis.. haha anda dapatkan pointnya di situ.. 

Dalam islam kita diajar untuk bersederhana kerana bersederhana itu disukai agama kita betul dak??
membebel-bebel ni haii nak cerita lah persiapan raya cik atirah tahun ni tahun ni cik atirah bersedia ala kadar ja cewahh.. 

Dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. nak cik tirah senaraikan ka. haa meh sini nak cerita baju saja 3 pasang untuk raya pertama baju warna grey sebab warna grey ni tema baju raya sekeluarga, tu baju, jam tangan pun baru casio warna gold brown cik atirah beli dekat cmart sp.. tudung cik atirah warna putih ada titik hitam haaa macam baju putih ditumbuhi tahi lalat tu bila kau sepuk basah2 haa macam tu la.. gurau.. tudung cik atirah beli dekat pasar kemboja pendang. untuk kasut pulak cik atirah beli apa nama kasut tu tak engat nama nya pelik sikit macam kenya bukan kasut kenya ya tapi nama dia seakan-akan haha.. tu pun cik atirah beli dekat cmart sp. okk p kepada rantai pulak cik atirah pakai rantai beli daripada kedai baju dekat supermarket apa tah nama tak engat supermarket tu dekat alor star tepi pusat dakwah.


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI CIK ATIRAH SEKELUARGA