Wednesday, 12 April 2023

TRAFIK COPS KANGAR

 Assalamualaikum...


Selamat pagi semua tenggelam timbul dah ni lama tak update blog semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan sihat selalu hendaknya. Saya sebenarnya lama tak update blog ni sebab terlalu sibuk dan tiada masa untuk update macam selalu :( Sebenarnya hari ni dah 23 hari berpuasa dan sangat seronok sebab lagi beberapa hari dah nak raya. persiapan raya dah siap ke uools hihi..



Thursday, 8 December 2022

PENGALAMAN DI TEMPAT KERJA BARU

 Assalamualaikum wbr selamat pagi sudah lama saya tidak menaip sesuatu di ruangan blog saya setelah sekian lama saya berehat.

Hari ini saya berkesempatan menulis blog disebabkan saya mempunyai masa lapang untuk menulis.

Sejak tahun 2021 pada bulan 6 saya telah berpindah tempat kerja ke ipd kangar cawangan trafik. Saya berasa amat gembira kerana saya dapat bekerja berhampiran dengan kampung saya di Jeniang Kedah.

Sejujurnya saya agak kekok untuk bekerja di jabatan unit berunifom ini memandangkan saya tidak pernah bekerja dengan badan berunifom ini. Saya pada mulanya agak terkejut atau culture shock dengan keadaan disini yang agak berlainan dengan tempat kerja saya selum-sebelum ini.

Saya berasa mereka di bandan berunifom ini agak kasar dan tegas. Saya berasa amat tidak selesa dengan perubahan persekitaran baru di tempat kerja ini. Tetapi saya akui saya perlu membiasakan diri memandangkan saya perlu berbuat demikian untuk masa depan kerjaya saya pada masa akan datang.

Sekian sampai di sini sahaja penulisan saya pada kali ini,

sehingga berjumpa lagi dilain waktu. bye Assalamulaikum.

Tuesday, 15 June 2021

HIDUP SEORANG ANAK PERANTAU

 ASSALAMUALAIKUM..


HIDUP SEORANG ANAK PERANTAU YANG MERANTAU KE NEGERI ORANG UNTUK BEKERJA ADALAH SESUATU YANG MENGUJI KEHIDUPAN SEORANG ANAK PERANTAU SEPERI SAYA. NAMUN HARUS DIHARUNGI DEMI MENCARI SESUAP NASI.

SEGALA LIKU-LIKU KEHIDUPAN HARUS DITEMPUHI BAGI DIRI YANG BERGELAR ANAK PERANTAU SEPERTIKU. BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH NAMUN HARUSKU TEMPUHI WALAUPUN PAHIT HARUS KU TELAN JUA.