Thursday, 7 June 2012

RESEPI PAVLOVA


Assalamualaikum..

Hari ni terasa macam nak kongsi resepi pulak dekat my online diary ni,muehehe...dah macam rojak diary je rasa, macam-macam hal yang tak berkaitan disumbatkan di online diary ni, ok lah sebenarnya pavlova ni sy buat masa hari ibu hari tu, pavolova ni tak da susah sangat nak buat sebab bahan dia pun simple-simple je. Mari kita mulakan.


Godek punya godek ada pic ni je.
Dah tinggal separuh.

Bahan-bahannya:
-6 biji putih telur
-1 cawan gula kastor
-1 sudu kecil esen vanilla
 -1 sudu besar tepung jagung
-1 sudu cuka

ambik putinya sahaja.

pukulkan kesemua adunan tadi sehingga kembang
griskan dulang dulang@boleh juga gunakan kertas minyak.

setelah itu masukkan kedalam dulang pembakar.



Topping:

- Putar whipping cream, guna 1 kotak kecil whipping cream. 

Cara-cara:


- Putarkan putih telur sampai kembang kemudian masukkan gula kastor sikit demi sedikit sampai habis. Kemudian masukkan tepung jagung, esen vanilla   dan cuka.
- Pukul sehingga adunan betul-betul kembang.
- Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 150'c, kemudian masukkan adunan kedalam dulang pembakar dan bakar selama 1jam 30 minit.
- Setelah pavlova masak biarkan dulu pavlova selama 30 minit di dalam oven. setelah 30 minit baru dikeluarkan supaya ia tidak turun/mendap.
- Dan setelah pavlova tadi sejuk barulah diletakkan whipping cream, bolehlah dihiaskan dengan buah-buahan kegemaran.



9 comments:

Nurulee said...

Nak suruh mak buat. Hehe, thank you shared =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/studying-is-my-priority.html

Atyrah said...

welcome :)

restu bulan mish miera said...

wahh nmpk mcm sedap....

Amirul Verdasco Nadzri said...

thank you.. memang tengah cari resepi pavlova. sib baik jenjalan sini... memang pavlova ni match dengan buah2an je ke?

Atyrah said...

@Amirul Verdasco Nadzri, sebab pavlova ni manis elok letak buah-buahan klw boleh masam ke, lagi sedap.

BP Boy said...

aah la, takde la susah sgt kan..
hiasan tu ade alternatif lain x selain fruits?? hehe

Atyrah said...

@BP Boy ikut cita rasa masing2 tak nak letak buah pun tak pe, letak je yogurt. slmt mncuba :)

putryteya said...

thanks for sharing ! teringin nk rasa ..buad malas . heheh

Atyrah said...

@putryteya..ok welcome :)