Wednesday, 12 October 2011

"KAWAN" aku merinduimu



Assalamualaikum.....







Hari ni sudah genap hampir 6 bulan aku tak jumpa kawan aku. Dialah kawan baik aku,kawan karib aku,kawan yang sentiasa bersama ketika aku susah dan senang,kawan yang aku kenal sejak aku kecil lagi,kawan yang selalu buat aku tersenyum,kawan sepermainan aku, kawan yang selalu aku rujuk dan kongsikan masalah,duka yang menimpa bahkan segala yang aku lalui dalam hidup aku pasti akan aku ceritakan kepadanya. Begitulah juga dia dengan aku. Kami dah macam adik-beradik selalu berkepit  kesana kemari. Kami sentiasa bersama. Buktinya kalau disitu ada dia mesti ada aku. Kalau di situ ada aku pasti ada dia. Terumanya semasa kat sekolah. Sampai orang dah cakap "eh!! mana kembar kau? korang bergaduh ke??selalu aku tengok kau dengan dia je kat mana-mana,dah semacam je aku tengok korang ni pergi mana-mana pun asyik bersama je, tak bosan ke??Hahahah". Itu salah satu petikan atau dialog yang sering ditujukan kepada aku dan kawan aku, bukan apa itu namanya "kata-kata" orang jelous! ceh aku gurau je.




kalau sebelum ni aku dengan dia dah macam isi dengamn kuku, cahaya dengan lampu dan segala macam lagi lah hahaha. Tapi sekarang semua itu dah tinggal kenangan. Masing-masing dah pergi membawa haluan masing-masing. Aku sambung belajar. Kawan aku pulak aku dengar dia dah pergi bekerja kat johor, mak dia pulak kata dia pergi kerja di perak, kawan-kawan aku yang lain pulak cakap dia ada di sungai petani je. dia bekerja di situ..hurmmm rungsing aku yang mana satu yang betulnya??dan apa yang berlaku sehingga semua orang dah macam xbetul je bagi jawapan bila aku tanya mana dia pergi?dia ada di mana sekarang?kenapa nak berahsia dengan aku sampai macam tu sekali, bukan setakat berahsia ja, dah sampai berdolak-dalik je bila aku tanya pasal kawan aku tu. Kenapa nak berahsia sangat?aku pun tak paham. sedangkan salah ka kalau aku nak tau mana dia pegi?apa dia buat sekarang?diakan kawan aku. hurmmm....dunia-dunia kadang aku pun tak paham.



Petang tu kat kolej aku sedang berehat-rehat kejap  sebelum nak bersiap-siap pergi ke library, sebab petang tu classmate aku ajak teman dia pergi library hantar buku. dia cakap hari ni last date kena submit buku tu balik kat library. kalaw tak kene denda lah kalau hantar lewat. jadi dia paksa juga aku teman dia pergi hantar buku tu kat library,dah la aku penat sangat hari tu sebab pagi tadi aku dah bergegas kehulu-kehilir sebab nak kena submit assigment hari tu jugak. dah la isinya ada lagi sikit aku tak siap. sepatutnya assigment tu kena submit minggu depan tapi pensyarah aku terpaksa percepatkan tarikhnya sebab dia cakap 'semua kelas lain dah hantar cuma kelas kita je belum lagi. saya terpaksa juga minta hari ni sebab saya dah nak kena bagi markah untuk assigment awak semua sebab pihak universiti dah nak markahnya'. jadi mahu tak mahu aku terpaksalah bekejar-kejar siapkan assigment tu jugak. kalau nak hantar pun boleh jugak tapi nanti markahnya pun sikit la. he..aku tak sanggup. jadi aku dan classmate aku yang lain berusahalah siapkannya jugak.oh pasal classmate aku yang ajak teman dia pergi library tu aku terpaksalah jugak temankan dia sebab kesian pulak tengok dia.dah menggelabah muka takot kena denda. ha! tu la tangguhkan lagi, tu lah jadinya.




sebenarnya aku pun dua kali lima je dengan dia. masing-masing buat kerja last minit..hehe. berbalik kepada petang aku kat kolej tu. selepas je selesai segala urusan yang agak kelam-kabut sepanjang hari tu.aku pun balik la ke kolej berehat-rehat kejap kat atas katil sambil baring-baring,huh rasa bahagia yang tak terhingga sebab akhirnya dapat jugak aku berehat setelah lalui saat yang memenatkan sebentar tadi,tu baru sikit, aku mula terfikir, banyangkan banyak lagi yang perlu aku lalui dan masih banyak  cabaran yang menungu aku, yang aku sendiri pun tak tahu, itu semua adalah perancangannya dan sebagai hambanya wajiblah berusaha untuk memamajukan hidup, agar tidak lari daripa landasan tujuan hidup kita yang telah di tentukan oleh maha pencipta iaitu dia Allah s.w.t. Sebenarnya barulah aku paham bahawa setiap perkara yang kita pernah lalui itu lah yang mematangkan kita. sambil aku duk berangan-rangan atas katil tu..tuppp aku dah berada dia alam lain,hehe aku dah tidurlah tu maksudnya.





No comments:

Post a Comment