Assalamualaikum..
Makanan apekah yang sesuai untuk ikan guppy korang?? Pernah
tak korang Tanya ikan korang terlebih dahulu.. makanan jenis apekah yang dia
suka makan?? Adekah ayam kfc hot and spicy atau bubur ayam je?? jangan buat main ikan pun memilih tahu! ok. Aku ada bela
sekolam ikan guppy yang montel-montel. Mungkin diorang ni cukup makan dan cukup
tidur kot, sebab tu dia montel. Tahukah jenis makan apekah yang aku bagi
diorang ni makan?? Jawapannya semudah 1..2..3..
iaitu ichiban, yup ichiban tropical.
Harga dia pun berpatutan hanya Rm 4 je untuk satu paket
biasa. Saiz sederhana gitu. Aku bukan duta produk ichiban tetapi aku hanya
penggunanya sahaja untuk ikan-ikan aku. Lebih-lebih nak promote pulak aku ni
kan, hehe. Saje lah nak kongsi dengan korang, mana tahu korang ada bela ikan
ke? Boleh lah try ichiban ni kat ikan korang, jangan korang pulak yang try.
Manatahu Kalau-kalau korang ada yang lebih bagus, boleh share2 pulak dengan aku kan.
Sedikit tips lah untuk bela ikan guppy, ok kalau ada bela
ikan guppy, korang mesti kan letak ikan guppy korang banyak-banyak dalam satu
kolam atau pasu kan. Pagi-pagi time korang nak bagi ikan korang makan tu apa
kata korang cuba-cuba check ada tak ikan yang mati.
Kalau ada ikan yang mati cepat-cepat lah ambik buang sebab
kalau korang biar ikan yang mati tu dalam kolam ikan guppy lama-lama, nanti tak
semena-mena mesti banyak lagi ikan yang akan mati sekali. tahu sebab ape? Salah
satu sebabnya nanti air dia bertukar jadi busuk.
Dan kalau korang perasan ikan guppy dia makan kawan dia.
Kalau kawan dia mati dia akan gigit-gigit badan kawan dia tu. Sebab tu lah ikan yang mati akan bertambah-tambah nanti
kalau korang tak cegah awal-awal. Aku tahu ni pun sebab sepupu aku yang
bagitahu, dia pun ada bela banyak ikan guppy juga.
Dulu patut lah ikan guppy aku ada yang mati. Rupanya aku biar
je yang mati tu sebab malas nak buang, ikan guppy kan kecik je, jadi aku fikir
setakat sekor takkan effect air kolam dia nanti, rupa-rupanya boleh menyebabkan
banyak kematian lah,hewhew.
