Assalamulaikum
Hai !!
Hari tu dah lama lah kak aty dan mak kak aty pergi belajar buat kek cheese. Kek yang tengah viral sangat-sangat sekarang iaitu kek span with cream cheese lah hehe.. Memang menjadi dan sedap sangat.. kak aty dah menjual kek ni menggunakan resepi yang kami belajar di Kolej Komuniti Sik tu hehe.. Nah kak aty share resepi nya di sini.. Selamat mencuba..
kak aty dan mak kak aty
RESEPI KEK SPAN WITH
CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN
4 Biji Telur Gred A
5 Sudu Besar Butter
8 Sudu Besar Susu Segar
12 Sudu Besar Tepung Kek
1/2 Sudu Teh Cream Of Tar-Tar
8 Sudu Besar Gula Kastor
CARA-CARA
- Satukan Butter Dan Susu Ke Dalam Periuk, Panaskan Diatas Api Sehingga Butter Cair.
- Kemudian Alihkan Campuran Butter Dan Susu Tadi Dari Api. Masukkan Kuning Telur Kacau Hingga Sebati.
- Seterusnya Masukkan Tepung Kek, Kacau Hingga Sebati.
- Setelah Kesemua Adunan Disebatikan.
- Pukul Putih Telur, Cream Tat-Tar Dan Gula Sehingga Menjadi Tekstur Merangue.
- Akhirsekali Campurkan Putih Telur Dan Adunan Tepungtadi Dengan Menggunakan Kaedah Kaup Balik. Setelah Adunan Sebati Masukkan Kedalam Acuan Kek.
- Bakar Kek Dengan Menggunakan Kaedah (Water Bath) Dengan Suhu 130c Bersamaan 40 Minit.
CREAM
CHEESE
250gm Cream Cheese
120gm Susu Pekat
50ml Whipping Cream
30ml Susu Segar
CARA-CARA
· Campurkan Kesemua Bahan Di Atas Dan Mix
Hingga Sebati.
· Topping Di Atas Kek Kemudian Taburkan
Cheddar Cheese.
No comments:
Post a Comment