Wednesday 21 February 2024

DAH NAK PUASA YA, DAH PREPARE KE TU NAK SAMBUT RAMADHAN?

 Assalamualaikum.....


Selamat petang cuools korang apa khabar semua sihat ka? dah lama kita tak bersua kat blog saya ni. Ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan daripada saya. Saya sekarang nak share saya dah berhenti buat tempahan kuih raya untuk tahun ni 2024 sebab kekangan masa dan agak sibuk. Sebenarnya mak saya yang buat kuih raya tu mak saya lah yang sibuk tu.. for the first time setelah open order kuih raya mak saya tak buat tempahan kuih raya pada tahun ni.. so sesapa yang rindu nak makan kuih-kuih raya mak saya tu sila lah datang ke rumah pada hari raya ni.. mesti korang rindu kan kuih raya mak saya hihi... mak saya buat untuk makan jer tahun ni xbuat untuk jual seperti tahun-tahun sebelum ni.. sorry ye korang..

Sedar tak sedar dah nak dekat puasa dah kita tahun ni 2024 kita akan berpuasa pada pertengahan bulan iaitu 11 Mac 2024 ini. saya sendiri suka sangat bila menjelang tiba bulan puasa ni sebab macam-macam jenis makanan akan dijual di bazar ramadhan. antara juadah yang boleh kita jumpa pada bulan puasa dan famous adalah tepung pelita. Antara lain juadah yang paling famous adalah kuih-muih dan ayam golek yang semestinya wajib ada kalau time bulan puasa.

No comments:

Post a Comment