Sunday, 20 May 2012

CERITA ZAMAN HINGUSAN



Assalamualaikum……



Apa khabar semua?sihat ke? Kalau tak sihat cepat-cepat la pergi ambik ubat ye, kesihatan perlu dijaga, kalau dah sakit tu jangan tangguhkan lagi, cepat-cepat la jumpa doctor takut-takut penyakit tu merebak pula nanti, siapa yang susah? Diri sendiri juga kan. Aku membebel-bebel konon-konon menasihati ni bukan apa sebab aku dulu pernah cuai macam tu juga, ingat lagi masa aku tingkatan 3 kalau tak silap,huh dah lama tu(tak de lah lama sangat pun) tapi aku nak cerita jugak, sebab memang cool, cool ke? takde lah ada pengajaran sikit-sikit. Pengajaran nya walaupun kita sakit ringan contohnya selsema kita kena pergi ambik ubat, supaya tak menjadi pembawa virus kepada orang lain. Tak kiralah walaupun selsema je. Ye dak?



Dulu masa zaman sekolah, aku terkena selsema, ala selsema yang biasa-biasa kita dapat tu, mula-mula aku ingat selsema biasa ja, 3 hari lega lah kan walaupun tak makan ubat, sebab aku memang jarang minum ais. Hari-hari aku pergi sekolah bawak sapu tangan, sapu tangan aku penuh dengan hingus hijau yang berlendir-lendir.ew…ew…geli-geli.







Daripada 3 hari dah masuk seminggu, kemudian 2 minggu, kemudia 3 minggu, kemudian 4 minggu, kemudian dah masuk minggu ke 5, perh dah sebulan lebih, hingus hijau aku tu tak menunjukkan semakin kering, malah macam sama dengan yang minggu pertama sahaja. Tapi korang mesti pelik kan takkan aku tak ambik ubat kot?? Kalau dah sampai lima minggu berhingus, masa tu aku dah rasa diri aku seperti  budak hingusan. Mak aku pernah ajak aku pergi ambik ubat, tapi aku tolak sebab takut ubat, cehhh mana dalah aku tak taku pun dengan ubat, ubat takut aku adala. erk?. Pastu petang tu jugak aku aku siap-siap pergi hospital, doctor kata kat mak aku, budak hingusan ni dah tak dapat diselamatkan, mungkin dia akan berhingus sampai bila-bila. 



Huh berpeluh aku dengar, berderau peluh aku keluar mencurah-curah.  Cehh mana ada, doctor sebenarnya cakap macm ni kat aku <kenapa duk biar sampai berminggu-minggu, awat tak mai ambik ubat, nanti kena jangkitan kuman tak tau la, kena potong hidung. cehh dia ingat aku budak-budak, doctor cakap secara matang doctor, saya bukan kanak-kanak doctor, saya sudah bersekolah menengah. Tak da lah mana ada aku cakap macam tu, berani saja.



Ambik je ubat, aku dapat MC 1 hari, berkira sungguh, MC bagi sehari je, tak pa lah saya redho. Balik satu malam tu aku makan ubat ikut time, 3 kali sehari. ubat yang diberi ubat selsema dan ada jugak selit ubat kahak. makan satu hari tu, duk esok aku pegi sekolah, hingus aku dah kering colour pun dah bertukar ke hijau pekat dan mengeras dalam hidung, perhh sakit. hidung terasa keras, dan full gitu. 



besok tu pulak hingus dah hilang, aku lega dengan jayanya. kalu aku tau awai-awai lagi aku p ambik ubat, tak payah nak jadi budak hingusan berminggu-minggu. kawan-kawan pun semakin menjauh gara-gara aku berhingus, ada yang kata geli, ada yang kata takut berjangkit.
takpe-takpe hari hari aku,besok hari kau pulak. cehh gurau je!



seleganya aku dari selsema, ramai aje kawan-kawan yang datang nak jalinkan persahabatan dengan aku semula,berebut-rebut nak jadi kawan aku, sampai bertumbuk-tumbuk sesama sendiri, erkkkk????! ok tipu!  setakat itu sahaja cerita zaman hingusan aku dulu-dulu, yang mana yang baik jadikan panduan,yang buruk jadikan sempadan, kalau ada sesiapa yang terasa hati aku minta maaf, aik?. ok sekian saja wassalam......






p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada.. :)

SEMPERNA HARI GURU 16 MEI 2012

Assalamualaikum...


Selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku. tanpa guru siapalah saya. sesungguhnya anda insan teristimewa di muka bumi kerana telah melahirkan berapa banyak manusia yang hebat .. yang mana permulaannya bersal daripa pengajaran seorang insaan yang bernama guru. huhu sedihnya teringat pula zaman sekolah dulu.



Terimakasih juga kepada cikguku yang bernama Muhamad Suhaimi bin Mat Salleh. kerana suatu ketika dulu pernah menjadi guruku, saya minta maaf ye cikgu,hehe. kerana hari-hari terpksa ke sekolah lewat dan kadang-kadang sampai tak sempat nak sarapan di sekolah. biasalah saya tak berapa suka bersarapan.



Hadiah-hadiah istimewa yang pelajar-pelajar cikgu suhaimi bagi padanya. Termasuklah kad-kad ucapan yang berpuitis lagi bermakna menggambarkan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa. Sebenarnya hadiah yang paling berharga dan bermakna bagi seorang guru adalah kejayaan anak muridnya. Cikgu aku dulu-dulu cakap macam tu.









Monday, 14 May 2012

"AUNTUM IN MY HEART"



Assalamulaikum….


Hari ni teringat pulak nak cerita pasal satu drama korea ni yang sampai sekarang aku tengok pun tak pernah jemu-jemu, ceritanya sangatlah sedih,menyetuh sangat-sangat. Sebenarnya drama ni pernah ditayangkan di Malaysia dulu kat tv3 masa tu tahun 2002 rasanya kalu aku tak silap lah kan drama ni diyangkan pada pukul 6 sampai 7 petang. Masa tu aku tiap-tiap petang tunggu depan tb  semata-mata nak tengok cerita ni. Masa tu aku baru darjah 3,perhh dah lama rupanya cerita ni dimainkan kat tb, entah apa lah aku baru budak-budak time tu dah layan cerita-cerita macam ni kalau tak silap aku selalu menangis masa tengok cerita ni,serius aku cakap memang cerita paling sedih yang pernah aku tonton. Kebetulan dah balik cuti panjang ni aku pun carilah balik cerita ni kat internet nak tengok balik cerita ni, dan aku tengok balik dari start sampai final 16 episod.. perhhh berbaldi-baldi lah air mata aku hari-hari duk mengadap cita ni..


Cerita ni pasal kekeluargaan percintaan adik beradik. Erkk??percintaan adik-beradik?.  Yang mana masa kecik budak perempuan ni tertukar secara tak sengaja masa kat hospital, ditukarkan ke keluarga yang kaya dan keluarga yang miskin lah. Ensuh  dia tertukar dengan keluarga yang kaya. Manakala yang  sorang lagi tukar kat keluarga miskin. Ensuh ni apa yang dia nak semua dia dapat , tapi dia baik. Ensuh ni ada sorang abang. Abang dia memang rapat dengan dia. Abang dia ni kira orang yang paling hot lah kat sekolah,haha. Yang ensuh pulak  ramai kawan sebab kaya pastu baik pulak, dalam baik-baik tu adalah pulak sorang pompuan budak kelas dia yang tak suka kat dia, selalu dengki dan kianat kat Ensuh ni. Sebenarnya ensuh ni telah tertukar dengan budak perempuan yang benci dia tu lah.. budak pompuan ni pulak hidup miskin, mak dia Cuma buka kedai makan sahaja dan mak dia seorang yang pemabuk, ayah dia pulak dah lama mati. Dia pun ada seorang abang jugak. Abang dia ni pulak kaki mintak duit.


Satu hari ensuh ni excident kena langgar dengan lori then masa kat hospital kebetulan Ensuh ni kena tambah darah pastu darah kena ambik dari family dia, lepas mak bapak dia buat pemerisaan darah jenis darah tak sama pulak dengan Ensuh ni, sebab dah bukan anak dia kan. Dipendekkan, keluarga mereka pun tukar baliklah anak masing-masing. Perh part ni aku sedih gile,haha. Mak Ensuh ni sayang gila kat dia, dia lebih sayang Ensuh ni daripada anak kandung dia, anak kandung dia tu biadap sikit. Aku pun tak suka.
Satu hari family diorang  nak berpindah ke new York. Lama jugak la diorang tinggal sana. Pastu time tu Ensuh dah besar dan dah kerja pun, abang dia balik ke korea semula. ………………………………………..(dan cerita dia panjang lagi..)


Masuk part dia bercinta dengan abang dia, mereka ni saling kenal lah mereka ni adik abang time kecik2 dulu. Tapi diorang bercinta sebab diorang  terlalu rindu satu sama lain. Sebab masa kecik2 diorang memang rapat sangat. Kesian aku tengok part yng diorang kena berpisah tu,huhu. Mereka bercinta sedangkan abang dia dah bertunang time tu, Ensuh ni pulak ada peminat yang minat kat Ensuh ni kat tempat kerja dia tu, kebetulan pulak laki tu kawan abang dia, wahh menarik. Dan paling menarik time ni lah, time dia dah jumpa dengan bekas family dia dan semestinya abang dia(panjang lagi cerita dia kena tengok sendiri ni).…………………………………………………………. Dipendekkan cerita lagi( last sekali Ensuh ni mati sebab punyai penyakit kronik iaitu kanser  otak) yang bestnya masa Ensuh kecik2 abang dia Tanya ,dalam hidup kamu kamu nak jadi apa? Dia jawab nak jadi pokok.. huhh hari2 abg dia pergi melawat pokok.
Kesimpulannya. Cinta itu buta. Erkk!









p/s: The fist k-drama in my heart..