Assalamualaikum……
Apa khabar semua?sihat ke? Kalau tak sihat
cepat-cepat la pergi ambik ubat ye, kesihatan perlu dijaga, kalau dah
sakit tu jangan tangguhkan lagi, cepat-cepat la jumpa doctor takut-takut
penyakit tu merebak pula nanti, siapa yang susah? Diri sendiri juga kan. Aku membebel-bebel konon-konon menasihati ni bukan apa sebab aku dulu pernah
cuai macam tu juga, ingat lagi masa aku tingkatan 3 kalau tak silap,huh dah
lama tu(tak de lah lama sangat pun) tapi aku nak cerita jugak, sebab memang cool, cool ke? takde lah ada pengajaran sikit-sikit. Pengajaran nya walaupun kita sakit ringan contohnya selsema kita kena pergi ambik ubat, supaya tak menjadi pembawa virus kepada orang lain. Tak kiralah walaupun selsema je. Ye dak?
Dulu masa zaman sekolah, aku terkena selsema, ala selsema
yang biasa-biasa kita dapat tu, mula-mula aku ingat selsema biasa ja, 3 hari lega
lah kan walaupun tak makan ubat, sebab aku memang jarang minum ais. Hari-hari
aku pergi sekolah bawak sapu tangan, sapu tangan aku penuh dengan hingus hijau
yang berlendir-lendir.ew…ew…geli-geli.
Daripada 3 hari dah masuk seminggu, kemudian
2 minggu, kemudia 3 minggu, kemudian 4 minggu, kemudian dah masuk minggu ke 5,
perh dah sebulan lebih, hingus hijau aku tu tak menunjukkan semakin kering,
malah macam sama dengan yang minggu pertama sahaja. Tapi korang mesti pelik kan
takkan aku tak ambik ubat kot?? Kalau dah sampai lima minggu berhingus, masa tu
aku dah rasa diri aku seperti budak
hingusan. Mak aku pernah ajak aku pergi ambik ubat, tapi aku tolak
sebab takut ubat, cehhh mana dalah aku tak taku pun dengan ubat, ubat takut aku
adala. erk?. Pastu petang tu jugak aku aku siap-siap pergi hospital, doctor kata
kat mak aku, budak hingusan ni dah tak dapat diselamatkan, mungkin dia akan
berhingus sampai bila-bila.
Huh berpeluh aku dengar, berderau peluh aku keluar
mencurah-curah. Cehh mana ada, doctor sebenarnya cakap macm ni kat aku <kenapa duk biar sampai berminggu-minggu, awat tak mai ambik ubat,
nanti kena jangkitan kuman tak tau la, kena potong hidung. cehh dia
ingat aku budak-budak, doctor cakap secara matang doctor, saya bukan
kanak-kanak doctor, saya sudah bersekolah menengah. Tak da lah mana ada aku cakap macam tu, berani saja.
Ambik je ubat, aku dapat MC 1 hari, berkira sungguh, MC bagi sehari je, tak pa lah saya redho. Balik satu malam tu aku makan ubat ikut time, 3 kali sehari. ubat yang diberi ubat selsema dan ada jugak selit ubat kahak. makan satu hari tu, duk esok aku pegi sekolah, hingus aku dah kering colour pun dah bertukar ke hijau pekat dan mengeras dalam hidung, perhh sakit. hidung terasa keras, dan full gitu.
besok tu pulak hingus dah hilang, aku lega dengan jayanya. kalu aku tau awai-awai lagi aku p ambik ubat, tak payah nak jadi budak hingusan berminggu-minggu. kawan-kawan pun semakin menjauh gara-gara aku berhingus, ada yang kata geli, ada yang kata takut berjangkit.
takpe-takpe hari hari aku,besok hari kau pulak. cehh gurau je!
seleganya aku dari selsema, ramai aje kawan-kawan yang datang nak jalinkan persahabatan dengan aku semula,berebut-rebut nak jadi kawan aku, sampai bertumbuk-tumbuk sesama sendiri, erkkkk????! ok tipu! setakat itu sahaja cerita zaman hingusan aku dulu-dulu, yang mana yang baik jadikan panduan,yang buruk jadikan sempadan, kalau ada sesiapa yang terasa hati aku minta maaf, aik?. ok sekian saja wassalam......
p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada.. :)
No comments:
Post a Comment