Sunday, 20 May 2012

DORAEMON



Pernah terbayang tak muka nobita dan doremon kalau mereka dah tua nanti, mesti huduh kan, tengah google2 tadi aku terjumpa gambar nobita dan doremon ni. Kesian aku tengok tak sangka mereka berkedut-kedut sampai macam ni, ni mesti sebab tak pakai Olay Total Effects. Kalau muka giant pulak? agak-agak macam mana?boleh??













CERITA ZAMAN HINGUSAN



Assalamualaikum……



Apa khabar semua?sihat ke? Kalau tak sihat cepat-cepat la pergi ambik ubat ye, kesihatan perlu dijaga, kalau dah sakit tu jangan tangguhkan lagi, cepat-cepat la jumpa doctor takut-takut penyakit tu merebak pula nanti, siapa yang susah? Diri sendiri juga kan. Aku membebel-bebel konon-konon menasihati ni bukan apa sebab aku dulu pernah cuai macam tu juga, ingat lagi masa aku tingkatan 3 kalau tak silap,huh dah lama tu(tak de lah lama sangat pun) tapi aku nak cerita jugak, sebab memang cool, cool ke? takde lah ada pengajaran sikit-sikit. Pengajaran nya walaupun kita sakit ringan contohnya selsema kita kena pergi ambik ubat, supaya tak menjadi pembawa virus kepada orang lain. Tak kiralah walaupun selsema je. Ye dak?



Dulu masa zaman sekolah, aku terkena selsema, ala selsema yang biasa-biasa kita dapat tu, mula-mula aku ingat selsema biasa ja, 3 hari lega lah kan walaupun tak makan ubat, sebab aku memang jarang minum ais. Hari-hari aku pergi sekolah bawak sapu tangan, sapu tangan aku penuh dengan hingus hijau yang berlendir-lendir.ew…ew…geli-geli.







Daripada 3 hari dah masuk seminggu, kemudian 2 minggu, kemudia 3 minggu, kemudian 4 minggu, kemudian dah masuk minggu ke 5, perh dah sebulan lebih, hingus hijau aku tu tak menunjukkan semakin kering, malah macam sama dengan yang minggu pertama sahaja. Tapi korang mesti pelik kan takkan aku tak ambik ubat kot?? Kalau dah sampai lima minggu berhingus, masa tu aku dah rasa diri aku seperti  budak hingusan. Mak aku pernah ajak aku pergi ambik ubat, tapi aku tolak sebab takut ubat, cehhh mana dalah aku tak taku pun dengan ubat, ubat takut aku adala. erk?. Pastu petang tu jugak aku aku siap-siap pergi hospital, doctor kata kat mak aku, budak hingusan ni dah tak dapat diselamatkan, mungkin dia akan berhingus sampai bila-bila. 



Huh berpeluh aku dengar, berderau peluh aku keluar mencurah-curah.  Cehh mana ada, doctor sebenarnya cakap macm ni kat aku <kenapa duk biar sampai berminggu-minggu, awat tak mai ambik ubat, nanti kena jangkitan kuman tak tau la, kena potong hidung. cehh dia ingat aku budak-budak, doctor cakap secara matang doctor, saya bukan kanak-kanak doctor, saya sudah bersekolah menengah. Tak da lah mana ada aku cakap macam tu, berani saja.



Ambik je ubat, aku dapat MC 1 hari, berkira sungguh, MC bagi sehari je, tak pa lah saya redho. Balik satu malam tu aku makan ubat ikut time, 3 kali sehari. ubat yang diberi ubat selsema dan ada jugak selit ubat kahak. makan satu hari tu, duk esok aku pegi sekolah, hingus aku dah kering colour pun dah bertukar ke hijau pekat dan mengeras dalam hidung, perhh sakit. hidung terasa keras, dan full gitu. 



besok tu pulak hingus dah hilang, aku lega dengan jayanya. kalu aku tau awai-awai lagi aku p ambik ubat, tak payah nak jadi budak hingusan berminggu-minggu. kawan-kawan pun semakin menjauh gara-gara aku berhingus, ada yang kata geli, ada yang kata takut berjangkit.
takpe-takpe hari hari aku,besok hari kau pulak. cehh gurau je!



seleganya aku dari selsema, ramai aje kawan-kawan yang datang nak jalinkan persahabatan dengan aku semula,berebut-rebut nak jadi kawan aku, sampai bertumbuk-tumbuk sesama sendiri, erkkkk????! ok tipu!  setakat itu sahaja cerita zaman hingusan aku dulu-dulu, yang mana yang baik jadikan panduan,yang buruk jadikan sempadan, kalau ada sesiapa yang terasa hati aku minta maaf, aik?. ok sekian saja wassalam......






p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada.. :)

SEMPERNA HARI GURU 16 MEI 2012

Assalamualaikum...


Selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku. tanpa guru siapalah saya. sesungguhnya anda insan teristimewa di muka bumi kerana telah melahirkan berapa banyak manusia yang hebat .. yang mana permulaannya bersal daripa pengajaran seorang insaan yang bernama guru. huhu sedihnya teringat pula zaman sekolah dulu.



Terimakasih juga kepada cikguku yang bernama Muhamad Suhaimi bin Mat Salleh. kerana suatu ketika dulu pernah menjadi guruku, saya minta maaf ye cikgu,hehe. kerana hari-hari terpksa ke sekolah lewat dan kadang-kadang sampai tak sempat nak sarapan di sekolah. biasalah saya tak berapa suka bersarapan.



Hadiah-hadiah istimewa yang pelajar-pelajar cikgu suhaimi bagi padanya. Termasuklah kad-kad ucapan yang berpuitis lagi bermakna menggambarkan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa. Sebenarnya hadiah yang paling berharga dan bermakna bagi seorang guru adalah kejayaan anak muridnya. Cikgu aku dulu-dulu cakap macam tu.