Wednesday, 15 August 2012

ho..ho..ho..balik kampung,hati girang :)

               Assalamualaikum...

Hai apa khabar? harap-harap baik lah ye.. dah nak dekat raya ni. Hari ni excited sangat sebab dah nak balik kampung, Alhamdulillah dapat balik awal sikit walapun roommate semua dah balik dari petang lagi, sob..sob.. tinggal sy sorang je yang belum balik lagi, bas saya lepas maghrib, insyaAllah 8.30 bertolak lah balik ke kampung. Rinduunya dekat family terutama mak dan ayah yang disayangi.. tunggu ye nanti cek balik.hehe :)

Sebenarnya ada lagi sorang classmate sy yang belum balik lagi, tiket bas dia hilang jadi dia terpaksa balik hari jumaat, sabar ye.. sy doakan awak semoga selamat sampai walaupun awak balik lambat sikit pada saya, memandangkan dia masih ada jadi kami berbuka puasa sama-sama pada hari ini.. terima kasih awak kerana temankan saya berbuka :) 

Ok lepas je berbuka selesainya solat maghrib saya pun bersiap-siaplah untuk pulang, dalam diri berkobar-kobar ni nak balik raya dan berbuka puasa dekat rumah bersama-sama family, hari tu sempat berbuka 2 kali je dengan family, first2 puasa hari tu,, rindu nak berbuka bersama lagi..

Lepas je naik bas pada pukul 9 malam kami pun bertolak pulang ke kampung halaman nii.. wahhh bestnya. sebenarnya ini adalah first time saya balik raya naik bas, sebelum ni parents saya yang datang ambik. Entah macam mana sy sendiri yang offer nak balik dengan bas, waa.. menyesal pulak pergi offer diri nak balik dengan bas,hehe.. 

tapi apa2 pun saya rasa bersyukur sebab dapat jugak balik berhari raya walaupun naik bas, tak kesah lah naik apa pun kn?hehe.  Alhamdulillah pada pukul 12 lebih macam tu sy pun sampai lah di dataran, sampai je famiy dah tunggu, menanti kepulangan saya, terharuu dan bersyukur selamat sampai ke negeri sendiri.. 
so korang2 sy nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin, halal kan makan minum saya.opps terlebih sudah! hehe -:p





Sunday, 12 August 2012

majlis berbuka mengundang sakit perut

             
  Assalamualaikum...

yeay tadi ada majlis berbuka puasa bersama naik cancelor Uitm iaitu Dato' Sahol, pada mulanya rasa macam malas sangat nak pegi sebab baru balik daripada kelas mestilah rasa penatkan, so cadang memang dah tanak pergii..tapi kan 5.30 lagi aku dah sampai sana. awal kan? awal kan?? hehe. yang bestnya sebab dapat stiker tu je and ofcos lah makan free,  al maklum lah student Uitm ni berhantu sikit kalau bab stiker ni.. termasuk lah aku sekali, sanggup buat apa saja untuk stiker, even kalau perlu membunuh sekali pun. ok tipu!

ceritaa bab makan free haa meh nak cerita sikit.. ok berbalik pada majlis berbuka puasa tadi.. aku terharu ssangat sebab makanan yang dihidangkan tu perhhh tak sedap langsung... bukan nak mengomen tapi dorang hidangkan makanan yang dah basi.. memang terbaik lah kan... keesokkan harinya ramai yang mengadu sakit perut,,

waa... nasib baik aku tak makan masakan yang basi tu, memang pada mulanya salah sorang daripada kami yang tercium lauk ayam tu. lauk ayam sambal tu berbau pelik, dia cakap bau macam basi so aku dengan rasa ingin tahunya pun merapatkan hidung ke pinggan yang mengandungi ayam tadi, huhu perhh bau dia boleh tahann lah, ngiat hidunga aku, bluwekkk! yanga ku hairannya dah tahu lauk tu basi yang korang pergi makan jugak tu apahal?? sekarang tengok sapa yang susah??aku jugak. (tak da kena mengena dengan akau pun,hehe)

 selesai je berbuka kami berjemaah menunaikan solat maghrib bersama-sama Dato, selepas je selesai bersolat.. kami tunggu kejap yang berbahagia Dato Sahol nak berucap sepatah dua katanya.... dalam banyak2 perkara yang dia duk bebel tu,, aku tertarik dengan satu benda ni, dia cakap yang Uitm Shah Alam akan dibina LRT tidak lama lagii.weeee nampaknya aku bakal naik train lah nanti hhuhu. ops maaf bukan aku, student uitm shah alam bakal menikmati kemudahan yang disediakan ini lah nati huhu, bestnya  mueheheh macam jakun pulak aku ni kan.. biar lah.. ada aku kesah! >.<

Monday, 6 August 2012

"PAGI YANG MENGASYIKKAN"


    Assalamualaikum...


Hai. Apa khabar? sihat tak? tak sihat eh? alolo kesian-kesian.. Apa?? sihat?? kalau sihat bagus lah,hehe. selamat berpuasa yee, Baiklah cerita sedih nak di story mory nih, erkk sedih ke?? tadi pagi tira siap-siap awal sikit, sebab nak pergi site cari bangunan kat sidec( nama pekan kat sini) so tira bangun agak awal hari ni, alamak kantoi hehe..

Sebelum ni kalau dah hari cuti macam ni, jangan harap lah nak bangun awal-awal, lagi tak tengahari lagi tu duk membuta,kekeke.. Hadoii malas sungguh anak dara ni, kalau jejaka2 gentlement kat luar tahu ni, adartu lah aku, apa yang aku merepek nii! 

Bukan apa semalam tira tak boleh tidur, lepas subuh baru boleh lelap, sadis... Banyak fikir that's why tak boleh tidur, fikir masa depan,huhu. Oklah tadi lepas je siap-siap dalam keadaan yang tergesa-gesa ni sebab kan ingat dah terlambat, janji dengan kawan awal, tapi bangunnya lagi 15 minit sebelum time yang di janjikan tu. Apa lagi bersiap pun macam nak pergi perang lah... Gurls kalau nak keluar.. Lagi tak iron tudung tak iron baju tak sah lah, even T'shirt dengan seluar jeans pun nak di iron,hewhew... 

Tapi tadi main rembat pakai je, tak sempat nak iron2 lagi dah.. Tak sangka dapat keluar 3 minit awal dari time yang di janjikan. Bekobar-kobarlah pergi tunggu kat tempat yang dijanjijkan, hampehh..... Sorang pun tak ada lagi, rupa-rupanya tira dan witwit yang paling awal.

Bab yang paling awal tu tak pe lagi.  Yang menambahkan lagi kemarahan bila call je kawan, dia cakap dia baru bangun so cakap tunggu kejap, masa dengar je dia cakap macam tu rasa nak cekik2 je dia sampai lemas...  Sabar Nur Atira kita di bulan puasa ni sayang...Yang jadi mangsanya tira dengan kawan tira lah.. kitorang datang paling awal sama-sama sbb kitorang satu bilik and sama group, dia yang kejutkan tira bangun, tima kasih awak, sayang awak witwit, hehe. ok suda..


not at all..

Setelah hampir 15 minit menuggu datang lah sorang dengan wajah kemut kemit.. seperti muka mintak penampar jer! Muka nak cakap sorry sebab lambat sikit. setelah 10 minit pulak datang lagi sorang.. nak tunggu semua orang datang ambik masa 1 jam lebih lah jugak.. Lepas tu kitorang pun berjalan lah keluar sidec, time tu cuaca agak panas walaupun pagi, dugaan bulan puasa.. Jarak perjalanan pun boleh tahan jugak lah jauhnya.. Maybe sebab jalan kaki kot, kalau naik kereta 10 minit je dah sampai..Tak da lah jauh sangat kan =,="

Lepas je sampai kitorang pergi office pemaju untuk mintak kebenaran nak masuk tapak pembinaan diorang yang tengah sibuk dengan pembinaan banguna shopping complex tu.. Lepas ni kopak lah duit aku. After dah tanya-tanya mintak kebenaran semua. Staff tu cakap adik tak boleh masuk dengan hanya berseliper macam ni, kena pakai kasut bertutup baru kami benarkan kalian masuk ke site, ahhh sudah.. Yang jadi masalahnya sekarang semua girls dah pakai kasut bertutup, cuma guys je yang tak da sorang pun yang pakai kasut bertutup, semua berselipar ala2 tak tahu pape.. Last2 kitorang balik macam tu je... Sampai je bilik terus aku Qado tidur, hewhew.. sakit hati punya pasal.