Thursday, 31 May 2012

apekah

Caraku menulis entry di blog, aku akan menulis entry sambil melakukan kerja lain, contohnya  sambil tengok tv, atau sambil makan juga, hehe…dan semestinya apa sahaja yang terlintas di fikiranku ketika itu aku akan terus  menaipnya, walaupun mataku tidak melihat pada papan kekunci. Maka akan terhasillah cerita yg  banyak kesalahan susunan ayat serta ejaanya.. seterusnya aku akan cuba post apa yang telah aku taip tadi tanpa memperbetulkan ejaanya terlebih dahulu. Tujuannya aku tak pasti kenapa, mungkin itu hobiku. Kemudian barulah aku menyimpannya di draf sebelum aku mengedit dan mengepostnya semula.. so kalau korang ternampak post aku yang ayat mengarut  tunggang terbalik,aku amat kesal..kah..kah..kah.. tiada apa yang cuba di samapikan disini. Hanya perkara yg tidak penting sahaja.  Sorry uolls.. '>.<Pabila kecelaruan melanda diriku>.. Bye2  :p

testinggg.....attention.......testing..testing..........

Wednesday, 30 May 2012

Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie

Assalamualaikum...

Nak join: klik banner diatas



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follower Blog anda 350 dan kebawah , atau 500 dan kebawah juga (tempat terhad)
2. Tajuk "Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie"
3. Copy banner budak tecik atas ni dan linkkan ke Sini (URL segmen ini) atau anda tak pandai , anda boleh guna cara ini (Click Here)
4. Follow blog FR (nak unfollow lepas habis promosi blog pun boleh)
5. Erm.. itu jela rasanya (^_^) lebih-lebih nanti muntah uwekkkss.
6. Semua syarat dituruti blog anda dimasukkan dalam bloglist Fariz Reza [Dot] Com
7. Masukkan link entry anda di Kotak Komen bersama ayat seperti berikut "Setuju atau tidak setuju" blog anda dimasukkan dalam BW list ( Penjelasan )

Note:
Segmen ditutup apabila Blogger yang mendaftarkan diri seramai 50 orang.
Bloglist anda kekal selama seminggu dari tarikh segmen ditutup.





Tuesday, 29 May 2012

"DIA KEMBALI"

Assalamualaikum...

Dah dekat dua minggu kucing aku mati.. semalam dia datang dalam mimpi aku. dalam mimpi tu BELANG(nama gelaran bagi kucing =.=") datang kat aku dia dah besar,makin besar dari dulu la. Dia bergesel kat kaki aku sambil bunyi meaw.. aku sempat la jugak usap badan dia berberapa kali sebelum dia pergi dan lenyap dari pandangan aku. kebiasaannya BELANG akan bergesel sambil memandang muka aku atau sesiapa saja yang rapat dengan dia.

BELANG memang seekor kucing yang jinak. dan sangat disayangi oleh semua orang dalam keluarga aku, dari kecik kami dah bela dia,BELANG ni kucing yang sangat istimewa bagi kami. Seminggu pertama dia tak ada kami semua berasa sedih sangat terutama adik aku yang bongsu. dialah paling terasa sekali sebab selalu lepas je, balik sekolah terus dia cari belang dan main-main dengan kucing ni. Adik aku memang suka kucing dari kecik-kecik lagi. kami bela kucing dan suka kucing pun sebab dia lah.


Sebelum ni keluarga kami tak berapa minat kucing sangat apatah lagi membela makhluk yang comel tu. memang mustahil lah. cerita pasal aku keluarga aku suka kucing ni semuanya berlaku lebih kurang dua tahun lalu. Ada seekor ibu kucing ni. mulanya dia kena buang dengan tuannya kat kawasan perumahan aku ni. aku suspek dia kena buang pun sebab keadaan dia yang tengah bunting masa tu.. memang trajis dan kejam aku rasa. Bela kucing ni takda la best mana (ada jugak peminat kucing yang tarik muka) , tetapi kita rasa sayang bila kita dah rapat dengannya. Kenapa dan mengapa belang ni mati biarlah menjadi rahsia keluarga, cehh tak da lah. Belang mati sebab kena gigit dengan <dog><", dogie mogie yang jahat!







Lepas je belang mati, ingat nak cari kucing baru, tapi belum jumpa lagi yang sesuai. Ada sesiapa nak dermakan tak??(kidding) =.="