Tuesday, 29 May 2012

"DIA KEMBALI"

Assalamualaikum...

Dah dekat dua minggu kucing aku mati.. semalam dia datang dalam mimpi aku. dalam mimpi tu BELANG(nama gelaran bagi kucing =.=") datang kat aku dia dah besar,makin besar dari dulu la. Dia bergesel kat kaki aku sambil bunyi meaw.. aku sempat la jugak usap badan dia berberapa kali sebelum dia pergi dan lenyap dari pandangan aku. kebiasaannya BELANG akan bergesel sambil memandang muka aku atau sesiapa saja yang rapat dengan dia.

BELANG memang seekor kucing yang jinak. dan sangat disayangi oleh semua orang dalam keluarga aku, dari kecik kami dah bela dia,BELANG ni kucing yang sangat istimewa bagi kami. Seminggu pertama dia tak ada kami semua berasa sedih sangat terutama adik aku yang bongsu. dialah paling terasa sekali sebab selalu lepas je, balik sekolah terus dia cari belang dan main-main dengan kucing ni. Adik aku memang suka kucing dari kecik-kecik lagi. kami bela kucing dan suka kucing pun sebab dia lah.


Sebelum ni keluarga kami tak berapa minat kucing sangat apatah lagi membela makhluk yang comel tu. memang mustahil lah. cerita pasal aku keluarga aku suka kucing ni semuanya berlaku lebih kurang dua tahun lalu. Ada seekor ibu kucing ni. mulanya dia kena buang dengan tuannya kat kawasan perumahan aku ni. aku suspek dia kena buang pun sebab keadaan dia yang tengah bunting masa tu.. memang trajis dan kejam aku rasa. Bela kucing ni takda la best mana (ada jugak peminat kucing yang tarik muka) , tetapi kita rasa sayang bila kita dah rapat dengannya. Kenapa dan mengapa belang ni mati biarlah menjadi rahsia keluarga, cehh tak da lah. Belang mati sebab kena gigit dengan <dog><", dogie mogie yang jahat!



dia kecil




Lepas je belang mati, ingat nak cari kucing baru, tapi belum jumpa lagi yang sesuai. Ada sesiapa nak dermakan tak??(kidding) =.="



9 comments:

miss kecoh said...

laa... sedeynyee.. kucengg kite pon nme 'gafi'.. dia mati,, xtau nape.. sobss

Atyrah said...

gafi,alahai comelnya nma kucin :) jangan sedih2 lagi ye.. T_T

mohdhazlan Dreadlock said...

jgn cedih2...nanti dapatkn yg baru k :)

Atyrah said...

Baiklah mohdhazlan Dreadlock :)

Witwithoney said...

Nama awak ditag...

http://witwithoney93.blogspot.com/2012/05/exclusive-giveaway-by-cik-bunny.html

harap2 boleh la join....

Nelly The Strange said...

sabar yaaaa ...

kawan nelly dah banyak kali kucing dia mati .. cian btul ~

Atyrah said...

okey @Nelly The Strange :)

tirahzairi said...

kucin tkt ngn tirah la...ehhee

Atyrah said...

hehe,knp tirah? alamak mcm tnya dkt dri sndri la... :)