Tuesday, 29 May 2012

Musang hantu



Dulu masa kecik-kecik kalau balik kampung, waktu malam selalu aku dengar ada benda merayap kat atas bumbung. Nenek aku cakap yang merayap kat atas bumbung tu musang, aku ingatkan musang tu sejenis hantu. Mana taknya bau musang tu dah la wangi, bau dia macam pulut pandan, Nenek aku cakap musang dia keluar jalan-jalan waktu malam. kiranya dia cari makan waktu malam, siang-siang dia tido. Selalunya musang makan buah-buahan macam betik, tapi jangan buat main, ayam pun dia sebat. sebab tu orang dulu-dulu bela ayam dalam reban, kalau tak, sia-sia jela bela ayam. musang singgah makn.



macam nilah rupa musang. ada jugaklah rupa macam hantu.
<google image>


Tapi sekarang ni tak tahu lah ada lagi ke tak musang ni, aku dah jarang balik.. nenek aku pun dah tak da. Musang pun dah jadi binatang dilindungi, dah semakin pupus kut. sebab tu dah tak da. 




No comments: