Assalamualikum...Tetiba rasa tak boleh nak tidur pulak,mata tak rasa mengantuk, lagipun hati aku tengah resah sekarang ni mungkin sebab terlalu memikirkan cuti yang hanya tinggal berberapa hari saja lagi, sebulan terasa sekejap sangat. Kalau ikutkan hati nak saja aku buat cuti sendiri.Hurmm.. memang tak lah! kalau yang masih bersekolah pulak hari ini habis je sesi persekolahhan, budak-budak ni terus tersenyum sampai ke telinga, mana tidaknya esok dah bermula cuti akhir tahun/hujung tahun. Cuti yang time aku sekolah dulu-dulu pun aku duk tunggu cuti ni datang, Diibaratkan (dia datang membawa seribu makna, dia pergi meninggalkan seribu kenangan)cehh! ok sudah, hang duk merapu apa la! Haa... ni dia yang aku nak kongsi. Definisi bagi Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu.(sumber Wikipedia Bahasa Melayu).
kalau lah satu hari nanti aku dipertemukan dengan seorang lelaki. aku harap sangat lelaki tu seorang yang pemalu,tahu kenapa aku cakap macam tu??? sebabnya malu itu separuh daripada iman. so pikir sendiri lah kan.
perasaan malu ni timbul bila seseorang tu melakukan perkara tak senonoh maka kesedaran mengenai perlakuan dia tu lah menimbulkan perasaan semulajadi seorang manusia normal iaitu malu.
bagaimana pulak dengan muka tak malu,ha.. yang tu aku tak tau haha.
kalu malu berlebihan pulak macam mana?? yang tu pun penyakit jugak, yalah kalau malu melebih-lebih sangat sampai nak cakap dengan orang pun tak mau,nak jumpa dengan orang pun tak mau, nak buat apa pun tak mau sebab malu. tu bukannya malu dah tapi malas. apa-apa pun biarlah bersederhana. jangan lah lebih-lebih jangan pulak kurang-kurang. kerana dalam islam kita diajar untuk bersederhana.
No comments:
Post a Comment