Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan
perkataan hasad bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu
atau iri hati yang amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan
tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat
sesuatu kebaikan."
Dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada
disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:
1.Perasaan Permusuhan Dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian.
Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan
kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.
2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan
kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang
lain yang melebihinya.
3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka
membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan
seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat
oleh Allah S.W.T.
4. Ujub..
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di
zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini
menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.
5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan Dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling
berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada
saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.
6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau
terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada
sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang
diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.
7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan
menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah
yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba
Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila
diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa
gembira dan suka hati.
Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang
dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai 'ghibtah' iaitu iri hati
dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati
kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta
lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri
hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya
setiap malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Wassalam
Marilah kita bermuhasabah diri, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan diri saya juga, wallahualam...
Terima kasih kpd: Erti Hidup Seketika
7 comments:
Aamiin ya ukhti.. semoga kita bermuhasabhkn diri kita...
Aaminn... ty ya @Azira Ldu
hm..btl tu..
maka perlulah kita jauhi dr sifat2 cm tu ..amin
yup @ Norlida Ramli, Amin.. moga2 kita dijauhkan drp hasad dengki.
tak fhm dgn org2 yg dengki kat org lain.. kan rezeki masing2 dah ade, nape perlu dengki kan..
Semoga kita dapat menghindarkan diri daripada sikap sedemikian...
@BP Boy betul tu..
@Koding semoga sahaja dijauhkan amin..
Post a Comment