Thursday 24 October 2019

TETAMU DARI PAHANG DATANG RUMAH DAN MELAWAT KEDAH SAMBIL TENGOK BOLA

Assalamualaikum..

Hai !!

Pada hari sabtu 19/10/2019 kawan kak aty dari pahang datang Kedah sambil berkunjung ke rumah kak aty hehe.. Kawan kak aty ni belajar sekali dengan kak aty dulu masa dekat Uitm Sri Iskandar..
kak aty prepare makanan sebab dia di jangka sampai sini dalam pukul 12 tengahari so prepare la makanan tengah hari siap-siap supaya nanti dia boleh terus lunch kat rumah kak aty. 

Em.. Lupa pulak nak kenalkan nama kawan kak aty ni. Ha nama dia Muhamad Nur Faiz bin Baharuddin. panjang sangat kak aty panggil dia Faiz ja hehe..Dia ni dulu senior kak aty masa dekat Uitm.. Kenal dia pun sebab dia dulu presiden BISA masa kak aty mula-mula masuk belajar kat Uitm tu.. BISA tu kak aty lupa la apa maksud dia haha.. maklumlah dah lama tinggal zaman study kan.. tapi sebenarnya pelupa saja cover ayat haha..Ok so Faiz ni ketua lah bagi course kak aty time tu untuk pengetahuan korang kak aty ambik course diploma Ukur Bangunan masa kat Uitm dulu.. kak aty masuk Uitm masa 2011 ha dah lama kan hehe.. tu yang lupa dah BISA tu apa..haha..

So berbalik kepada cerita kak aty.. si Faiz ni datang Kedah sebab ada perlawanan bola sepak sebenarnya iaitu Kedah vs Pahang.. Nasib baik seri 3-3 sama kalau tak dah cakau-cakau kitorang haha.. cehh tak der lah!! kak aty pergi ambik Faiz ni kak RnR Gurun sebab dia suruh bas yang dia naik behenti kan dia kat situ.. sebenarnya si Faiz ni datang naik bas dari Pahang.. Dia cakap diorang datang 10 biji bas dan semua nya datang nak tengok bola.. kiranya diorang ni memang datang ke kedah ni sebagai pnyokong Pahang lah.. Gitu citer dier hehe..

So bila dia call sampai tu kak aty terus lah pergi ambik dia kat RnR tu hehe.. Dia boleh pulak p tunggu dekat RnR sebelah sana.. Kak aty datang tunggu arah ni haha.. Dah tu dia kena lintas jalan raya pulak nasib baik tak da apa-apa dah la kereta banyak.. yela kan ada perlawanan bola kan..Risau tau kita haha..

So masa dalam kereta tu kak aty cuma diam jer kak aty tak banyak cakap sangat sebab kak aty malu haha.. so sampai lah kat rumah kak aty.. Masa dekat rumah kak aty tu dia sembang-sembang lah dengan parents kak aty.. Bual pasal kat mana rumah dia, dan macam-macam lagi lah.. Faiz juga ada bawakan buah tangan  iaitu keropok ikan Terengganu..hehe thank you mu..

Lepas dah berbual lama mak kak aty pun jemput dia makan tengahari masa tu ayah temankan Faiz makan..lepastu adik jat pula datang makan sekali.. kak aty tak join pun sebab malu haha.. mak kak aty pun teman diorang makan tapi mak kak aty tak makan pun bukan sebab malu eh.. haha..sebab mak kak aty tolong sendukkan nasi dan layan diorang makan jer sambil sembang-sembang dengan Faiz tu jugak hehe..

so lepas je habis makan-makan Faiz rehat-rehat kejap dan selepas tu dia pun p la sembahyang zohor kat bilik abang kak aty..hehe.. time dia  sembahyang tu la kak aty cepat-cepat p makan haha.. tunggu Faiz tak der dulu baru kak aty p makan sebab malu haha.. so lepas dah makan kak aty p sembahyang dan bersiap-siap nak hantar Faiz ni pula ke Stadium dekat Alor Setar..

Lepas dah siap-siapp tu mak kak aty bagitahu mak dengan ayah kak aty nak kekedai kejap nak beli buah tangan untuk Faiz bawa balik ke Pahang nanti.. so mak kak aty pergi lah kedai dengan ayah kak aty.. balik tu mak kak aty jamu Faiz air kopi dan cucur pisang untuk Faiz.. Akhir sekali time Faiz nak balik tu mak kak aty bekalkan buah tangan dekat Faiz mak kak aty bagi Kopi kedah dan Lempuk Durian yang mak kak aty buat sendiri tau.. hehe.. so special kan untung kau Faiz.. hehe.



No comments:

Post a Comment