Monday, 25 August 2025

NEW CHAPTER

 ASSALAMUALAIKUM..

Tolong doakan saya dan suami di berikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sebab saya dan suami akan stay di Perlis kerana kami berdua bekerja di perlis. Dan rumah mak ayah kami tinggal di Kedah. Saya bekerja di trafik manakala suami saya bekerja di bawak Kementerian Belia Dan Sukan. Alhamdulillah.... Saya berharap semoga segala urusan kami dipermudahkan aaminn yaa mujibb.. Saya berharap semua yang didoakan dimakbulkan oleh Allah Inshaa'Allah...

Monday, 28 July 2025

DOA LEMBUT HATI


Assalamualaikum..

Saya sharekan doa pelembut hati semoga bermanfaat.



 



Sunday, 15 June 2025

PERMOHONAN PERTUKARAN

 ASSALAMULAIKUM...


SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN KAMI SUAMI ISTERI UNTUK MOHON BERTUKAR. SAYA DAN SUAMI PJJ. SUAMI SAYA BEKERJA DI KUALA LUMPUR MANAKALA SAYA BERTUGAS DI PERLIS. KEHIDUPAN BER PJJ SANGAT LAH MEMBUATKAN KAMI SEDIH SEBAB  PERLU TINGGAL BERJAUHAN. DOAKAN SAYA DAN SUAMI DAPAT BERTUKAR KE KEDAH DAN TINGGAL BERSAMA. 

SAYA SANGAT LAH SEDIH MEMIKIRKAN SUAMI SAYA YANG TINGGAL JAUH DARI SAYA. SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN KAMI SUAMI ISTERI. SAYA SANGAT RINDUKAN SUAMI SAYA. HANYA AIR MATA YANG MENEMANI SAYA KERANA TERLALU RINDUKAN SUAMI SAYA.





Friday, 4 April 2025

SELAMAT PENGANTIN BARU ( MAJLIS BERTANDANG SEBELAH LELAKI ) RAYA KEENAM 2025

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat pengantin baru diucapkan untuk kami 3 pasang pengantin adik beradik sebelah suami termasuk saya dan suami.. 



















Saturday, 1 February 2025

MAJLIS AKAD NIKAH

 Assalamualaikum...


Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah saya dan suami syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana dipermudahkan urusan kami suami isteri.. Pada tanggal 02.02.2025 hari Ahad bersamaan 4 Syaaban 1446 H dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri kepada suami saya.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t 




























Tuesday, 24 December 2024

MAJLIS BERTUNANG 24.12.24

Assalamualaikum…

Alhamdulillah dengan izin Allah kami selamat bertunang semoga Allah permudakan segala urusan kami berdua aaminn.. 











Wednesday, 21 February 2024

DAH NAK PUASA YA, DAH PREPARE KE TU NAK SAMBUT RAMADHAN?

 Assalamualaikum.....


Selamat petang cuools korang apa khabar semua sihat ka? dah lama kita tak bersua kat blog saya ni. Ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan daripada saya. Saya sekarang nak share saya dah berhenti buat tempahan kuih raya untuk tahun ni 2024 sebab kekangan masa dan agak sibuk. Sebenarnya mak saya yang buat kuih raya tu mak saya lah yang sibuk tu.. for the first time setelah open order kuih raya mak saya tak buat tempahan kuih raya pada tahun ni.. so sesapa yang rindu nak makan kuih-kuih raya mak saya tu sila lah datang ke rumah pada hari raya ni.. mesti korang rindu kan kuih raya mak saya hihi... mak saya buat untuk makan jer tahun ni xbuat untuk jual seperti tahun-tahun sebelum ni.. sorry ye korang..

Sedar tak sedar dah nak dekat puasa dah kita tahun ni 2024 kita akan berpuasa pada pertengahan bulan iaitu 11 Mac 2024 ini. saya sendiri suka sangat bila menjelang tiba bulan puasa ni sebab macam-macam jenis makanan akan dijual di bazar ramadhan. antara juadah yang boleh kita jumpa pada bulan puasa dan famous adalah tepung pelita. Antara lain juadah yang paling famous adalah kuih-muih dan ayam golek yang semestinya wajib ada kalau time bulan puasa.

Thursday, 5 October 2023

 Assalamualaikum...


Lama sudah saya tidak update blog rindu nak aktif berblog lagi.. sebenarnya blogging ni juga satu aktiviti yang bagus untuk release stress sebab kita boleh luahkan persaan dan apa yang kita rasa melalui penulisan. Insya Allah kalau saya ada masa saya akan aktif semula untuk berblogging saya sebenarnya ada niat nak berblogging lagi tapi akan daya saya hanya berniat disebabkan saya sekarang sibuk dengan perkerjaan hakiki saya.


Saya nak cerita sikit kisah hidup saya sekarang ini.. sebenarnya saya sekarang teringin nak pergi travel jauh memandangkan saya sekarang sudah lama tidak pergi berjalan-jalan.. first tempat yang saya teringin sangat nak pergi buat masa sekarang adalah Langkawi hihi sebenarnya xda lah jauh sangat Langkawi tu tapi saya tiada masa kan soon insyaAllah doakan sy ye kawan-kawan :)

Wednesday, 12 April 2023

TRAFIK COPS KANGAR

 Assalamualaikum...


Selamat pagi semua tenggelam timbul dah ni lama tak update blog semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan sihat selalu hendaknya. Saya sebenarnya lama tak update blog ni sebab terlalu sibuk dan tiada masa untuk update macam selalu :( Sebenarnya hari ni dah 23 hari berpuasa dan sangat seronok sebab lagi beberapa hari dah nak raya. persiapan raya dah siap ke uools hihi..



Thursday, 8 December 2022

PENGALAMAN DI TEMPAT KERJA BARU

 Assalamualaikum wbr selamat pagi sudah lama saya tidak menaip sesuatu di ruangan blog saya setelah sekian lama saya berehat.

Hari ini saya berkesempatan menulis blog disebabkan saya mempunyai masa lapang untuk menulis.

Sejak tahun 2021 pada bulan 6 saya telah berpindah tempat kerja ke ipd kangar cawangan trafik. Saya berasa amat gembira kerana saya dapat bekerja berhampiran dengan kampung saya di Jeniang Kedah.

Sejujurnya saya agak kekok untuk bekerja di jabatan unit berunifom ini memandangkan saya tidak pernah bekerja dengan badan berunifom ini. Saya pada mulanya agak terkejut atau culture shock dengan keadaan disini yang agak berlainan dengan tempat kerja saya selum-sebelum ini.

Saya berasa mereka di bandan berunifom ini agak kasar dan tegas. Saya berasa amat tidak selesa dengan perubahan persekitaran baru di tempat kerja ini. Tetapi saya akui saya perlu membiasakan diri memandangkan saya perlu berbuat demikian untuk masa depan kerjaya saya pada masa akan datang.

Sekian sampai di sini sahaja penulisan saya pada kali ini,

sehingga berjumpa lagi dilain waktu. bye Assalamulaikum.

Tuesday, 15 June 2021

HIDUP SEORANG ANAK PERANTAU

 ASSALAMUALAIKUM..


HIDUP SEORANG ANAK PERANTAU YANG MERANTAU KE NEGERI ORANG UNTUK BEKERJA ADALAH SESUATU YANG MENGUJI KEHIDUPAN SEORANG ANAK PERANTAU SEPERI SAYA. NAMUN HARUS DIHARUNGI DEMI MENCARI SESUAP NASI.

SEGALA LIKU-LIKU KEHIDUPAN HARUS DITEMPUHI BAGI DIRI YANG BERGELAR ANAK PERANTAU SEPERTIKU. BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH NAMUN HARUSKU TEMPUHI WALAUPUN PAHIT HARUS KU TELAN JUA.



Monday, 16 November 2020

ALHAMDULILLAH MOMENTS DAY OF 2020 (DAPAT KERJA DAN PENGALAMAN BARU)

                                                                Assalamualaikum..


Tahun 2020 adalah tahun yang indah tetapi penuh cabaran daripada tahun-tahun yang lain. Syukur Alhamdulillah diatas semua yang berlaku semoga banyak hikmah tersedia untuk kita semua yang bersyukur.

Tahun ini juga aku dapat pekerjaan di dalam sektor awam syukur Alhamdulillah kepada Sang Pencipta diatas rezeki ini Alhamdulillah..

Aku daftar diri di KKR pada 6 Julai 2020 dan diserap masuk ke JKR Woksyop Persekutuan pada 8 Julai 2020, syukur Alhamdulillah diatas rezeki ini. Aku bertugas sebagai Pembantu tadbir (Kewangan) W19.

Aku ditugaskan menjaga bahagian kursus iaitu terlibat didalam mengadakan kursus kepada semua penjawat awam JKR Woksyop Persekutuan. Tugas aku adalah memastikan semua staf di JKR Woksyop Persekutuan ini telah menghadiri 5 hari berkursus dalam setahun.

Alhamdulillah diatas semua kelancaran kerja yang Allah permudahkan semoga tahun-tahun seterusnya juga dipermudahkan Aamiin.

Akhir kata dariku Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah diatas semua nikmatnya semoga aku tergolong didalam kalangan orang yang beriman dan bersyukur.




Tuesday, 18 February 2020

KAK ATY COOKIES KUIH RAYA 2020

Assalammualaikum.. Kak Aty Open Kuih Raya (Home made)


- DOUGHTNUT INSPIRE COOKIES - RM30/50 BIJI

- TART NENAS RM27/50 BIJI 

- SAMPERIT KLASIK RM20/50 BIJI

- SAMPERIT SUSU RM20/50 BIJI

- NANO SKY GREEN RM27/50 BIJI

Available bulan puasa 
Postage available

e

Saturday, 9 November 2019

AKTIVITI JOGGING YANG MENYERONOKKAN

Assalamulaikum..

Minggu lepas kak aty dan family pergi berjogging di Pulau Buntring Yan kedah.. aktiviti ini dilakukan pada waktu petang dan sangat menyeronokkan sebab angin laut dan permandangan yang sangat mendamaikan...








my mom and my dad

Saturday, 26 October 2019

RESEPI KEK SPAN WITH CREAM CHEESE

Assalamulaikum

Hai !!

Hari tu dah lama lah kak aty dan mak kak aty pergi belajar buat kek cheese. Kek yang tengah viral sangat-sangat sekarang iaitu kek span with cream cheese lah hehe.. Memang menjadi dan sedap sangat.. kak aty dah menjual kek ni menggunakan resepi yang kami belajar di Kolej Komuniti Sik tu hehe.. Nah kak aty share resepi nya di sini.. Selamat mencuba..

kak aty dan mak kak aty


RESEPI KEK SPAN WITH CREAM CHEESE


 


                 BAHAN-BAHAN

                 4 Biji Telur Gred A

                 5 Sudu Besar Butter

                 8 Sudu Besar Susu Segar

                 12 Sudu Besar Tepung Kek

                 1/2 Sudu Teh Cream Of Tar-Tar

                 8 Sudu Besar Gula Kastor


            CARA-CARA

  • Satukan Butter Dan Susu Ke Dalam Periuk, Panaskan Diatas Api Sehingga Butter Cair.
  • Kemudian Alihkan Campuran Butter Dan Susu Tadi Dari Api. Masukkan Kuning Telur Kacau Hingga Sebati.
  • Seterusnya Masukkan Tepung Kek, Kacau Hingga Sebati.
  • Setelah Kesemua Adunan Disebatikan.
  • Pukul Putih Telur, Cream Tat-Tar Dan Gula Sehingga Menjadi Tekstur Merangue.
  • Akhirsekali Campurkan Putih Telur Dan Adunan Tepungtadi Dengan Menggunakan Kaedah Kaup Balik. Setelah Adunan Sebati Masukkan Kedalam Acuan Kek.
  • Bakar Kek Dengan Menggunakan Kaedah (Water Bath) Dengan Suhu 130c Bersamaan 40 Minit.


         
                 CREAM CHEESE

                 250gm Cream Cheese

                 120gm Susu Pekat

                 50ml Whipping Cream

                 30ml Susu Segar



           CARA-CARA

·   Campurkan Kesemua Bahan Di Atas Dan Mix Hingga Sebati.
·   Topping Di Atas Kek Kemudian Taburkan Cheddar Cheese.


Wednesday, 23 October 2019

LIKE MY PAGE (HELLO KITTY CIK TIP TOP)


Assalamualaikum..

Hai korang kak aty nak bagi tahu ni kak aty ada buat page hello kitty cik tip top untuk kak aty iklan kan perniagaan kak aty dan sebagainya lagi.. korang jangan lupa like facebook page kak aty tau.. okay thank you korang xoxo

macam mana nak like??? korang boleh pergi sidebar kak aty atau korang boleh direct ke facebook kak aty caranya mudah ja.. tekan pada gambar 
yang kak aty letak dekat bawah ni..
 nanti korang akan terus ke page yang kak aty maksudkan dan jangan lupa like yer...
thank you korang..much love xoxo




Wednesday, 25 September 2019

AMAN CENTARL ALOR SETAR

Assalamualaikum

Hari tu pergi jalan-jalan ke Aman Central Alor Setar... Secara tak sengaja termasuklah satu kedai ni tengok harga semua murah-murah semua ada tulis SALE!! SALE!! tanya lah adik penjaga kedai tu dia cakap kedai tu dah nak tutup akan digantikan dengan kedai baru iaitu kedai tudung pula.. patut la murah-murah diorang dah nak clear stok sebab dah nak behenti operasi rupanya hehe.. sempat la jugak kak aty beli baju jubah plain dengan dua helai tudung memang betul-betul murah hampir separuh harga daripada harga biasa yang mereka jual.. kuliti baju dan tudung ppun memang berkualiti.. memang puas hati dan berbaloi..hehe..  mak kak aty pun beli sepasang baju kurung kembang memang cantik.. hehe...