Satu hari tu ck.zambri nak buat sport check kerja
yang dia bagi, dan semestinyalah seluruh kelas berasa kelam dan suram serta
disebungi ketakutan yang amat dasyat, smampaikan ada yang hamper nak menagis ,
meggigil-gigil sebab takut. Tak terkecuali lah aku juga. Time dah tak banyang
benda lain dah, Cuma Nampak hukuman je depan mata, sungguh dasyat kegarangan
cikgu zambri sehingga kehari ini, aku masih ingat. Kelibat beliau sangat
menakutkan. Tapi Alhamdulillah, sepanjangn aku menjadi anak muridnya, buku
karangan aku belum pernah lagi disemaknya. Cuma buku karangan latihan sahaja
yang pernah beliau semak, tu pun aku dah pernah kena marah denggannya sebab tak
letak titik di akhir ayat, sehingga apabaila beliau membaca karanganku. Beliau
sendiri tak dapat nak berhenti. Pernah beliau bertanya maksud perkataan antonim
dan sinonim tetapi semua budak kelas aku tak dapat nak jawab, satu kelas
didendanya supaya menulis maksudnaya sebanyak seratus kali, ada pelajar yang
nak jawab tapi tak berdya nak menjwabnya kerana dikuatiari kalau salah akan
dirotan cikgu tu nanti. Jadi terpaksalah berdiam sahaja walaupun ada yg
mengetahiu jawapannya. Dicampur perasaan was2 juga.
Pada satu hari beliau telah mengecheck karangan
dirumah, beliau telah menyemak buku seorang budak lelaki dan keadaan cukup
parah kerana budak lelaki itu tidak siap karangannya. Tahu kah apa hukuman yang
ckg itu beri? Beliau telah mencuba melondeh seluar pelajar lelaki
tersebut.semua budak perempuan memalingkan muka ada juga yg memejamkan mata
sambil ketakutan, termasuklah aku, aku
juga telah memejamkan mata, dalam hati aku rasa sangat gerun dicampur perasaan kasihan kepada budak lelaki tu pun
ada juga, kerana beliau adalah jiran sebelah rumahku. Satu saja yang aku
lakukan untuk mengelak dari bukuku disemak oleh cikgu, aku akan mengelakkan
mata aku daripada memangdang mata cikgu, kerana apa yang aku perhatikan beliau
akan memilih mereka yang secara sengaja atau xsenagja memandang muka beliau.
Berbalik kepada cerita jiranku yang dilondeh kan
seluarnya oleh ckg tersebut, beliau hampi2 menangis, ya walaupun dia budak
lelaki tetapi dia juga mempunyai perasaan sehinggah beliau mahu menagis, aku
yg menyaksikan pun hampir menangis kerana kasian. Bayagkanlah beliau
diperlakukan seperti itu didepan seluruh pelajar, Di depan berhampiran papan
hitam yg hijau tu. Selepas sahaja beliau
rotan budak lelaki tadi dengan pmbaris tebal. Beliau pun terus mengajar seperti
biasa. Bergitulah cikgu zambri, cikgu yg cukup menakutkan aku rasa. Apa2 pun
aku bersyukur kerana beliau pernah menjadi guruku, sesungguhnya tanpa gurur
siapalah kita. Aku telah berguru denganya selama dua tahun, dari darjah 4
hingga darjah 5. Dan nasiblah aku telah bertukar sekolah semasa darjah 6, kalau
tidak aku perlu bertemu lagi dengannya di darjah enam sekali lagi, dan semasa
di darjah enam guru bahasa yang telah mengajarku subjek bahasa melayu adalah
ayah aku sendiri. Dan bermula lah episod2 nakal ku apabiala bersekolah
disekolah yang sama dengan ayahku dan dimana
beliau mengajarku dan pada masa yang sama beliau juga telah menjadi guru
kelas ku.
No comments:
Post a Comment