Wednesday, 28 December 2011

DEGIL (The sTubborn child)






child ke yg tu haha,yg sorang tu aku percaya la..kalau yang sorang lagi tu hemm dah macam mak child je aku tengok. apa pon tak boleh! heh, child la still 18 tahun ke bawah. Hea! hari tu cuti hujung-hujung tahun mak ayah aku bawak pergi melawat tempat bersejarah. kebetulan kami semua tak pernah sampai lagi tempat tu so kami pun ikut la. kali ni lain sikit selalunya kalau kami nak pi jalan mana-mana mak ayah aku akan bagi tau dulu hala tuju kami tapi kali ni bila aku dengan adik aku tanya ja.< mak. ayah. kita nak pi mana ni? mak ayah akan cakap< ikot dah la tok sah duk tanya banyak> kebiasaan aku dengan adik-adik aku ni jeneh yang tak reti bahasa sikit lagi mak ayah tak habaq lagi tu kami pakat duk lawan tanya tak sudah-sudah. tapi jawapan yang kami dapat tetap sama<hampa ikot jala orang nak bawak jalan mana pun satgi tak bawak kot baru tau!! dengaq ja ayat tu kami semua diam bukan apa takut bukan ja takat tak bawak pi jalan silap-silap  tak pi teruih hahaha

so bagi mengelakkan perkara-perkara tak diingini  berlaku maka kami anak beranak adik-beradik pun mengambil keputusan untuk behenti bertanya. Dalam perjalanan kebiasaannya adik aku tu naik ja kereta tak tidur lagi tapi sat lagi start ja kereta jalan ha dia pun jalan sekali la haha kadang-kadang aku pun bengang dengan budak ni. Duk rumah jangan harap nak tengok dia tidoq. tengah hari buta pun dia pi keluaq main lagi     tapi pantang saja naik keta dan-dan dia mengantuk. kalau tidoq duduk tak pa jugak ni dak hantam tidoq melintang terus, melentang gaya-gaya tidoq atas katil. aku dengan adik aku jat la yang jadi mangsa keadaan. kepala dia rebah kat riba jat adik aku. kaki pulak dia hala belah aku. mau tak mau aku biaq jela dia.haha


ttuu diia lari tajuk!


cerita pasal DEGIL (The sTubborn child). sebenaqnya dah tak dak cerita dah mak duk panggil-panggil dah tu suruh pi cabut uban nanti mai sambung lain k bye.















Wednesday, 7 December 2011

KISAH CIKGU ZAMBRI CIKGU YANG PALING GARANG

Dulu masa zaman sekolah rendah time darjah empat, aku cukup gerun dengan cikgu seorang ni yang bernama cikgu zamri. Beliau suka bagi kerja rumah yang banyak, beliau mengajar subjek bm.. kan dulu masa kita time sekolah rendah ada dua sesi, satu penulisan/karangan lagi satu tatabahasa. Kerja yang beliau bagi adalah menyuruh kami membuat karangan dirumah. Banyagkanlah sehari kena buat satu karangan yang ditiru dari buku karangan, walaupun dah nazak,tapi Alhamdullah, masih ada. Sebenarnya aku tak pernah siap pun karangan yang dia bagi, mana tak nya petang lepas je balik sekolah, pergi kelas kafa pula, dah pukul5.30(alas an ruji kekeke).. masa tu kan masih zaman budak2, patang kawan ajk main aci ligan(kejar-mengejar) aku terus kalah. Bila dari pagi sampai lah ke petang asyik sibuk je satu hari malam2 pulak lepas je mandi dalam pukul lapan @ lapn setengah..aku dah tido, time tu tido merata @ dekat ruang tamu pun best lagi sebab kalau dah tido nanti mesti ayah aku yang kena angkat aku pergi tido dekat bilik.

Satu hari tu ck.zambri nak buat sport check kerja yang dia bagi, dan semestinyalah seluruh kelas berasa kelam dan suram serta disebungi ketakutan yang amat dasyat, smampaikan ada yang hamper nak menagis , meggigil-gigil sebab takut. Tak terkecuali lah aku juga. Time dah tak banyang benda lain dah, Cuma Nampak hukuman je depan mata, sungguh dasyat kegarangan cikgu zambri sehingga kehari ini, aku masih ingat. Kelibat beliau sangat menakutkan. Tapi Alhamdulillah, sepanjangn aku menjadi anak muridnya, buku karangan aku belum pernah lagi disemaknya. Cuma buku karangan latihan sahaja yang pernah beliau semak, tu pun aku dah pernah kena marah denggannya sebab tak letak titik di akhir ayat, sehingga apabaila beliau membaca karanganku. Beliau sendiri tak dapat nak berhenti. Pernah beliau bertanya maksud perkataan antonim dan sinonim tetapi semua budak kelas aku tak dapat nak jawab, satu kelas didendanya supaya menulis maksudnaya sebanyak seratus kali, ada pelajar yang nak jawab tapi tak berdya nak menjwabnya kerana dikuatiari kalau salah akan dirotan cikgu tu nanti. Jadi terpaksalah berdiam sahaja walaupun ada yg mengetahiu jawapannya. Dicampur perasaan was2 juga.

Pada satu hari beliau telah mengecheck karangan dirumah, beliau telah menyemak buku seorang budak lelaki dan keadaan cukup parah kerana budak lelaki itu tidak siap karangannya. Tahu kah apa hukuman yang ckg itu beri? Beliau telah mencuba melondeh seluar pelajar lelaki tersebut.semua budak perempuan memalingkan muka ada juga yg memejamkan mata sambil ketakutan,  termasuklah aku, aku juga telah memejamkan mata, dalam hati aku rasa sangat gerun dicampur  perasaan kasihan kepada budak lelaki tu pun ada juga, kerana beliau adalah jiran sebelah rumahku. Satu saja yang aku lakukan untuk mengelak dari bukuku disemak oleh cikgu, aku akan mengelakkan mata aku daripada memangdang mata cikgu, kerana apa yang aku perhatikan beliau akan memilih mereka yang secara sengaja atau xsenagja memandang muka beliau.

Berbalik kepada cerita jiranku yang dilondeh kan seluarnya oleh ckg tersebut, beliau hampi2 menangis, ya walaupun dia budak lelaki tetapi dia juga mempunyai perasaan sehinggah beliau mahu menagis, aku yg menyaksikan pun hampir menangis kerana kasian. Bayagkanlah beliau diperlakukan seperti itu didepan seluruh pelajar, Di depan berhampiran papan hitam yg hijau tu.  Selepas sahaja beliau rotan budak lelaki tadi dengan pmbaris tebal. Beliau pun terus mengajar seperti biasa. Bergitulah cikgu zambri, cikgu yg cukup menakutkan aku rasa. Apa2 pun aku bersyukur kerana beliau pernah menjadi guruku, sesungguhnya tanpa gurur siapalah kita. Aku telah berguru denganya selama dua tahun, dari darjah 4 hingga darjah 5. Dan nasiblah aku telah bertukar sekolah semasa darjah 6, kalau tidak aku perlu bertemu lagi dengannya di darjah enam sekali lagi, dan semasa di darjah enam guru bahasa yang telah mengajarku subjek bahasa melayu adalah ayah aku sendiri. Dan bermula lah episod2 nakal ku apabiala bersekolah disekolah yang sama dengan ayahku dan dimana  beliau mengajarku dan pada masa yang sama beliau juga telah menjadi guru kelas ku. 

Thursday, 17 November 2011

Aku pemalu





Assalamualikum...Tetiba rasa tak boleh nak tidur pulak,mata tak rasa mengantuk, lagipun hati aku tengah resah sekarang ni mungkin sebab terlalu memikirkan cuti yang hanya tinggal berberapa hari saja lagi, sebulan terasa sekejap sangat. Kalau ikutkan hati nak saja aku buat cuti sendiri.Hurmm.. memang tak lah! kalau yang masih bersekolah pulak hari ini habis je sesi persekolahhan, budak-budak ni terus tersenyum sampai ke telinga, mana tidaknya esok dah bermula cuti akhir tahun/hujung tahun. Cuti yang time aku sekolah dulu-dulu pun aku duk tunggu cuti ni datang, Diibaratkan (dia datang membawa seribu makna, dia pergi meninggalkan seribu kenangan)cehh! ok sudah, hang duk merapu apa la! Haa... ni dia yang aku nak kongsi. Definisi bagi Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi  setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu.(sumber Wikipedia Bahasa Melayu).

kalau lah satu hari nanti aku dipertemukan dengan seorang lelaki. aku harap sangat lelaki tu  seorang yang pemalu,tahu kenapa aku cakap macam tu??? sebabnya malu itu separuh daripada iman. so pikir sendiri lah kan. 

perasaan malu ni timbul bila seseorang tu melakukan perkara tak senonoh maka kesedaran mengenai perlakuan dia tu lah menimbulkan perasaan semulajadi seorang manusia normal iaitu malu. 

bagaimana pulak dengan muka tak malu,ha.. yang tu aku tak tau haha.

kalu malu berlebihan pulak macam mana?? yang tu pun penyakit jugak, yalah kalau malu melebih-lebih sangat sampai nak cakap dengan orang pun tak mau,nak jumpa dengan orang pun tak mau, nak buat apa pun tak mau sebab malu. tu bukannya malu dah tapi malas. apa-apa pun biarlah bersederhana. jangan lah lebih-lebih jangan pulak kurang-kurang. kerana dalam islam kita diajar untuk bersederhana.